Mesej utama
- Penggunaan kedua-dua sampel pernafasan dan najis untuk ujian automatik kerumitan rendah (LC-aNAATs) yang meningkatkan bilangan kes pulmonari tuberkulosis yang dikesan pada kanak-kanak (dengan dan tanpa HIV).
- Penambahan ujian lipoarabinomannan air kencing aliran selari (LF-LAM) telah mengenal pasti kes pulmonari tuberkulosis tambahan pada kanak-kanak dengan HIV.
- Ujian selari mungkin boleh menyebabkan lebih banyak kes kanak-kanak yang salah diagnosis yang tidak mempunyai tuberkulosis (positif palsu), dan kesan yang tidak diingini mungkin lebih ketara dalam keadaan di mana tuberkulosis pulmonari kurang biasa.
Mengapakah sukar untuk mendiagnosis tuberkulosis pulmonari pada kanak-kanak?
Kanak-kanak dengan tuberkulosis paru-paru (tuberkulosis pulmonari) mempunyai gejala tidak spesifik yang menjadikannya sukar untuk didiagnosis. Pendekatan piawai untuk mendiagnosis tuberkulosis pulmonari adalah untuk mengesan bakteria ( Mycobacterium tuberkulosis) dalam paru-paru dengan mengumpul kahak. Walau bagaimanapun, kanak-kanak sering tidak boleh batuk kahak dan memerlukan prosedur yang lebih rumit untuk mendapatkan sampel pernafasan. Di samping itu, kanak-kanak mempunyai bilangan bakteria yang kurang dalam kahak berbanding dengan orang dewasa, menjadikan kurang berguna berbanding dengan yang berlaku dengan orang dewasa. Hal ini terutamanya betul untuk kanak-kanak dengan HIV.
Apakah ujian selari?
Ujian selari merujuk kepada penggunaan lebih daripada satu ujian pada masa yang sama. Hal ini bermakna menggunakan dua atau lebih ujian, atau dua atau lebih jenis sampel dengan ujian yang sama. Hasil ujian selari positif bermakna mana-mana ujian yang mengembalikan keputusan positif. Kami telah mengkaji ujian selari dengan menggunakan kedua-dua sampel positif respiratori dan najis dengan LC-aNAATs untuk mengesan bakteria tuberkulosis. Untuk kanak-kanak dengan HIV, kami juga telah mengkaji kesan penambahan ujian air kencing untuk tuberkulosis (LF-LAM).
Apakah yang kami ingin tahu?
Kami ingin mengetahui:
- ketepatan ujian selari untuk tuberkulosis pulmonary pada kanak-kanak; dan
- sama ada ujian selari meningkatkan ketepatan mengesan tuberkulosis pulmonari kanak-kanak berbanding dengan kanak-kanak berbanding ujian tunggal.
Apakah yang kami lakukan?
Kami telah mencari kajian yang menjalankan pelbagai ujian ini pada kanak-kanak yang sedang diuji untuk tuberkulosis pulmonari. Kami menggabungkan keputusan merentasi kajian ini, dan kami melihat kepada ketepatan ujian ini sahaja dan apabila digunakan secara selari. Kami kemudian menentukan sama ada ujian selari dapat mengenal pasti lebih banyak kes tuberkulosis pada kanak-kanak daripada satu ujian sahaja. Kami juga telah menentukan sama ada ujian selari membawa kepada lebih banyak kanak-kanak tanpa tuberkulosis salah didiagnosis sebagai menghidap tuberkulosis.
Apakah yang kami temui?
Secara keseluruhannya, kami telah melihat kepada keputusan daripada 14 kajian, enam daripadanya melibatkan kanak-kanak dengan HIV. Dua kanak-kanak di dalam kajian adalah berasal daripada 14 negara berbeza di mana tuberkulosis adalah perkara biasa.
Keputusan utama
Kanak-kanak tanpa HIV atau status HIV yang tidak diketahui
Dalam populasi kanak-kanak tanpa HIV, di mana 100 kanak-kanak yang mempunyai tuberkulosis pulmonari, penggunaan LC-aNAATs pada sampel pernafasan dan najis akan mendiagnosis 7 kanak-kanak tambahan dengan tuberkulosis, berbanding dengan sekiranya kami hanya menggunakan LC-aNAAT pada sampel pernafasan. Walau bagaimanapun, ia juga mengakibatkan 16 kanak-kanak tanpa tuberkulosis didiagnosis salah sebagai mempunyai tuberkulosis.
Berbanding dengan menggunakan hanya LC-anaat pada najis sahaja, ujian selari LC-anaat pada sampel pernafasan dan najis akan mengenal pasti 22 lagi kanak-kanak dengan tuberkulosis, tetapi akan salah mendiagnosis 37 lagi kanak-kanak tanpa tuberkulosis.
Kanak-kanak dengan HIV
Dalam populasi teori 1000 kanak-kanak dengan HIV, di mana 400 kanak-kanak dengan tuberkulosis pulmonari, penggunaan selari LC-aNAATs terhadap sampel pernafasan dan najis akan mendiagnosis 16 lebih kanak-kanak, berbanding dengan sekiranya kami hanya menggunakaan LC-aNAATs terhadap sampel pernafasan, tetapi akan salah diagnosis lebih 11 kanak-kanak tanpa tuberkulosis.
Berbanding dengan hanya menggunakan LC-aNAAT terhadap najis sahaja, ujian selari LC-aNAAT terhadap sampel respiratori dan najis akan mengenal pasti 34 kanak-kanak dengan tuberkulosis, tetapi akan mendiagnosis salah sembilan lebih kanak-kanak tanpa tuberkulosis.
Sekiranya kami menambahkan ujian LF-LAM kepada penggunaan selari LC-aNAAT terhadap sampel pernafasan dan najis, kami akan mendiagnosis dengan betul 28 lebih kanak-kanak dengan tuberkulosis berbanding dengan hanya kami melakukan LC-aNAAT terhadap sampel pernafasan dan najis, tetapi di samping itu, kami akan salah mendiagnosis 61 kanak-kanak tanpa tuberkulosis.
Prevalens tuberkulosis (kejadian dalam populasi)
Bagi kanak-kanak dengan dan tanpa HIV, jika lebih sedikit kanak-kanak menghidap tuberkulosis dalam populasi, maka ujian selari akan mendiagnosis lebih sedikit kanak-kanak dengan tuberkulosis, sementara salah mendiagnosis lebih banyak kanak-kanak tanpa tuberkulosis.
Apakah batasan bukti?
Walaupun kami dapat menyertakan sebilangan besar kanak-kanak daripada tetapan yang lain, kami tidak dapat memasukkan data untuk beberapa kajian sedia ada. Ia adalah mencabar untuk mendiagnosis tuberkulosis paru-paru dalam kanak-kanak, walaupun dengan ujian tanda, dan ini mengurangkan keyakinan kami bahawa ujian selari salah mendiagnosis kanak-kanak dengan pulmonari tuberkulosis. Disebabkan batasan tersebut, keyakinan kami terhadap bukti secara umumnya rendah hingga sederhana.
Sejauh manakah bukti ini terkini?
Bukti berdasarkan carian sehingga 3 November 2023.
Sila hubungi cochrane@rumc.edu.my untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini. Diterjemah oleh Kuan Pei Xuan (Institute for Clinical Research). Disunting oleh Mohamad Masykurin Mafauzy (Universiti Sains Malaysia).