Mesej utama
-
Program tingkah laku pelbagai aspek adalah bertujuan untuk meningkatkan penggunaan ubat titis mata penurun tekanan mata pada orang dengan glaukoma atau yang didiagnosis dengan glaukoma boleh termasuk gabungan peringatan, pendidikan multimedia, pendidikan secara peribadi, bantuan dos, pengurangan tekanan berasaskan kesedaran, insentif kewangan, pemudahan rejimen, dan pendidikan doktor.
-
Sejauh mana program ini berfungsi tidak jelas; sesetengah data menunjukkan kesan yang menggalakkan berbanding dengan penjagaan standard, dan data yang lain tidak menunjukkannya.
-
Kami memerlukan penyelidikan: 1) dengan cara seragam untuk mengukur penggunaan ubat titis mata; 2) yang merangkumi perkara lain penting yang digunakan oleh doktor untuk menyemak status penyakit; dan 3) yang merangkumi cabaran atau isu berkaitan pesakit yang boleh mempengaruhi penggunaan ubat titis mata atau benda lain, seperti sejauh mana kestabilan penyakit itu.
Apakah glaukoma, dan mengapakah kepatuhan rawatan penting?
Glaukoma adalah keadaan yang boleh menyebabkan kehilangan penglihatan dan kebutaan. Ia terhasil daripada pelbagai faktor yang mengakibatkan saraf optik, sekumpulan fiber saraf yang membawa maklumat visual kepada otak, menjadi merosot. Tekanan tinggi dalam mata adalah satu-satunya faktor risiko glaukoma yang boleh dirawat. Penggunaan ubat mata titisan glaukoma boleh membantu, tetapi kerap rendah penggunaannya disebabkan orang:
-
terlupa untuk mengambilnya;
-
mempunyai aktiviti bersaing;
-
mempunyai kesukaran untuk mengekalkan dos dan pemilihan waktu yang betul;
-
mempunyai kesukaran fizikal atau mental (cth. ketakutan, kebimbangan) dengan memasukkan ubat titis mata; atau
-
mempunyai kesukaran untuk membelinya disebabkan oleh kos ubat-ubatan titis mata.
Apakah yang kami ingin tahu?
Kami ingin mengetahui sama ada dua atau lebih komponen tingkah laku semasa menggunakan bersama meningkatkan penggunaan ubat titis mata penurun tekanan mata secara kerap di kalangan orang dengan tekanan mata tinggi atau glaukoma.
Apakah yang kami lakukan?
Kami telah mencari kajian yang membandingkan gabungan sekurang-kurangnya dua jenis program tingkah laku kepada penjagaan biasa atau dengan satu intervensi tingkah laku. Program tingkah laku boleh termasuk peringatan melalui panggilan telefon, mesej teks, kalendar, penggunaan bantuan dos, peranti yang membantu dengan titisan mata, video pendidikan, bahan bertulis dan pendidikan secara peribadi. Penjagaan biasa melibatkan doktor yang menerangkan penyakit, tujuan rawatan, dan butiran tentang rawatan atau titisan (cth. berapa kerap menggunakannya, masa hari, mata yang mana), di mana kerap dilakukan semasa lawatan ke klinik secara peribadi.
Kami telah merumuskan keputusan kajian tersebut, dan menilai keyakinan kami terhadap bukti berdasarkan faktor seperti kaedah dan saiz kajian.
Apakah yang kami temui?
Kami telah menemui 17 kajian yang melibatkan 4536 orang yang mempunyai glaukoma atau tekanan mata tinggi dan telah menggunakan ubat titis mata penurun tekanan. Purata umur peserta dalam kajian tersebut merangkumi umur 42 sehingga 76 tahun. Kebanyakan orang dalam kajian adalah Putih (62%), tetapi juga melibatkan Hitam (26%), Hispanik (1%), Asia (7%), dan lain-lain (3%). Kebanyakan kajian yang disertakan telah dijalankan di Amerika Syarikat (47%), tetapi juga di negara lain di Eropah dan Asia.
Keputusan analisa kami adalah bercampur-campur. Kebanyakan kajian telah menggunakan beberapa jenis komponen pendidikan. Analisa kami telah menemui bahawa mempunyai pelbagai komponen tingkah laku yang mungkin sedikit membantu orang dengan menggunakan ubat titis mata biasa, tetapi ia boleh tidak meningkatkan penggunaan ubat titis mata. Ia tidak pasti sama ada program dengan pelbagai komponen tingkah laku mempunyai kesan terhadap hasil berkaitan dengan penyakit (cth. perkembangan penyakit atau pencegahan kehilangan penglihatan) berkaitan dengan ukuran tekanan mata.
Apakah batasan bukti?
Kualiti kajian yang disertakan berbeza-beza. Cabaran dengan jenis penyelidikan tingkah laku ini adalah ia sukar untuk mencegah orang daripada mengetahui jenis intervensi yang digunakan oleh mereka (iaitu tugasan berkumpulan belajar mereka). Cara kajian mengukur pematuhan dan hasil yang lain berbeza-beza, menjadikannya susah untuk menggabungkan dan membandingkan keputusannya. Banyak kajian tidak menyukat faktor klinikal yang akan diminati oleh pengamal kesihatan, seperti tekanan mata, kehilangan penglihatan tepi, atau kestabilan penyakit, sebagai tambahan kepada isu atau halangan berkaitan dengan pesakit, seperti keupayaan untuk memahami status kesihatan sendiri atau kewangan peribadi. Penyelidikan masa depan boleh menyertakan pelaporan yang konsisten, cara standard untuk mengukur hasil, dan cara berkaitan pesakit yang membantu untuk memajukan pengetahuan saintifik dalam bidang tersebut.
Sejauh manakah bukti ini terkini?
Bukti ini terkini sehingga 31 Mei 2024.
Sila hubungi cochrane@rumc.edu.my untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini. Diterjemah oleh Kuan Pei Xuan (Institute for Clinical Research). Disunting oleh Mohamad Masykurin Mafauzy (Universiti Sains Malaysia.