Langkau ke kandungan utama

Penapis

Bukti

Buku Panduan/Manual

Berita

Bagaimanakah reseksi (melalui pembedahan) kanser pundi kencing yang disokong dengan kaedah visualisasi khas (cahaya biru) berbanding reseksi standard dengan cahaya putih kepada orang yang disyaki mempunyai tumor pada dinding dalam pundi kencing?

Bantu menambah baik Ringkasan Cochrane – lengkapkan survey ringkas ini

Mesej utama

  • Reseksi yang disokong cahaya biru (pembuangan pembedahan) pundi kencing mungkin mempunyai sedikit atau tiada kesan terhadap kemungkinan kanser kembali kepada orang yang berisiko rendah (risiko kanser kembali), tetapi boleh kurang kemungkinan bagi mereka yang berisiko sederhana dan tinggi.

  • Reseksi pundi kencing yang disokong cahaya biru mungkin mempunyai sedikit atau tiada kesan terhadap kemungkinan kanser menjadi lebih teruk kepada orang yang berisiko rendah (untuk kanser menjadi lebih teruk) atau berisiko sederhana, tetapi boleh mengurangkan peluang bagi mereka yang berisiko tinggi.

Mengapakah kaedah visualisasi khas (cahaya biru) digunakan semasa reseksi pundi kencing?

Bagi orang yang mungkin menghidap kanser pundi kencing, tumor mungkin akan dipotong dari dinding dalam pundi kencing menggunakan alat khas yang dimasukkan melalui tiub yang membawa air kencing dari pundi kencing ke luar badan (uretra) ke dalam pundi kencing. Walau bagaimanapun, kadangkala adalah sukar untuk membezakan tisu pundi kencing yang normal dan kanser. Untuk melihat tumor dengan lebih baik dan membuangnya dengan penuh, cecair (agen kontras) dimasukkan ke dalam pundi kencing melalui tiub halus (kateter). Semasa pembedahan, lampu khas digunakan untuk menjadikan sel kanser menyala merah.

Apakah yang ingin diketahui?

Kami ingin mengetahui sama ada reseksi pundi kencing yang disokong cahaya biru adalah lebih baik daripada penggunaan cahaya putih semasa pembedahan pundi kencing untuk orang dengan kanser pundi kencing invasif bukan otot (superfisial). Kami melihat sama ada ia memberi kesan:

  • masa yang diperlukan untuk kanser kembali (berulang);

  • masa yang diperlukan untuk kanser menjadi lebih teruk (perkembangan);

  • sama ada orang hidup lebih lama;

  • komplikasi serius semasa pembedahan;

  • komplikasi ringan semasa pembedahan;

  • dan jika ia mempunyai sebarang kesan tidak diingini.

Apakah yang dilakukan?

Kami telah mencari kajian yang membahagikan orang dengan kanser pundi kencing secara rawak untuk menjalani sama ada reseksi pundi kencing dengan cahaya biru atau cahaya putih. Kami membandingkan dan merumuskan keputusan kajian-kajian dan menilai keyakinan kami terhadap bukti, berdasarkan faktor seperti kaedah dan saiz kajian.

Apakah yang ditemukan?

Kami mengenal pasti 17 kajian yang membandingkan penggunaan reseksi pundi kencing yang disokong cahaya biru dengan cahaya putih. Kajian-kajian ini melibatkan sejumlah 4890 peserta dalam ulasan ini. Reseksi pundi kencing yang disokong cahaya biru boleh mempunyai sedikit atau tiada kesan terhadap risiko berulang kepada orang yang berisiko rendah, tetapi boleh mengurangkan risiko berulang pada mereka yang berisiko sederhana dan tinggi. Reseksi pundi kencing yang disokong cahaya biru mungkin mempunyai sedikit atau tiada kesan terhadap risiko perkembangan pada orang yang berisiko rendah, mungkin mempunyai sedikit atau tiada kesan terhadap risiko perkembangan pada orang yang berisiko sederhana, tetapi boleh mengurangkan risiko perkembangan pada mereka yang berisiko tinggi. Kami juga menemui cahaya biru mungkin mempunyai sedikit atau tiada kesan terhadap bilangan komplikasi pembedahan ringan atau serius, risiko kematian akibat kanser pundi kencing dari semasa ke semasa, sebarang kesan tidak diingini dan komplikasi pembedahan ringan.

Apakah keterbatasan bukti tersebut?

Batasan paling ketara bagi bukti yang dipertimbangkan dalam ulasan ini berpunca daripada kualiti kajian yang terlibat. Dalam beberapa kajian, rawatan tidak diberikan seperti yang dirancang, menjadikannya lebih sukar untuk membandingkan kumpulan secara adil. Kajian-kajian lain mempunyai maklumat yang hilang, dan jumlah atau sebab-sebab data yang hilang berbeza antara kumpulan rawatan, yang boleh menjejaskan keputusan. Di samping itu, sesetengah kajian mungkin hanya melaporkan hasil terpilih dan tidak memasukkan hasil lain, sekali gus mewujudkan risiko penemuan tersebut tidak memberikan gambaran lengkap tentang kesan intervensi.

Adakah bukti ini yang terkini?

Ulasan ini mengemaskini ulasan kami yang terdahulu. Bukti yang tersedia adalah terkini sehingga Mac 2026.

Nota terjemahan

Sila hubungi cochrane@rumc.edu.my untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ulasan ini. Diterjemah oleh Pang Zhi Chiing (Pusat Perubatan Universiti Malaya). Dikemaskini oleh Cochrane Malaysia. Disunting oleh Norhayati Mohd Noor (Universiti Sains Malaysia).

Ulasan Cochrane ini pada asalnya dicipta dalam bahasa Inggeris. Ketepatan terjemahan adalah tanggungjawab pasukan terjemahan yang menghasilkannya. Terjemahan dihasilkan dengan berhati-hati dan mengikut proses standard untuk memastikan kawalan kualiti. Namun, sekiranya berlaku ketidakpadanan, terjemahan yang tidak tepat atau tidak sesuai, versi asal Bahasa Inggeris diutamakan.

Petikan
Maisch P, Hamidi Madani M, Koziarz A, Narayan VM, Kim MH, Dahm P. Blue versus white light for transurethral resection of non-muscle invasive bladder cancer. Cochrane Database of Systematic Reviews 2026, Issue 6. Art. No.: CD013776. DOI: 10.1002/14651858.CD013776.pub3.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan