Langkau ke kandungan utama

Penapis

Bukti

Buku Panduan/Manual

Berita

Adakah teknologi digital membantu penghidap fibrosis sista konsisten dengan rawatan sedutan mereka?

Bantu menambah baik Ringkasan Cochrane – lengkapkan survey ringkas ini

Mesej utama

Dalam jangkamasa pendek, teknologi digital mungkin membantu penghidap fibrosis sista (CF) patuh (atau konsisten) dengan rawatan sedutan mereka, tetapi mempunyai sedikit atau tiada kesan ke atas fungsi atau keterukan paru-paru (apabila penyakit menyerang).

Dalam jangka masa sederhana, gabungan pemantauan digital beserta sokongan terus melalui platform atas-talian mungkin menggalakkan pesakit untuk patuh terhadap rawatan sedutan dan mengurangkan rawatan permintaan ke atas penghidap CF terhadap keperluan penjagaan kesihatan dan impaknya ke atas kesejahteraan mereka, tetapi tanpa menambahbaik kualiti hidup mereka.

Penyelidikan masa hadapan harus menilai teknologi digital untuk membantu kanak-kanak dan dewasa dengan CF mematuhi rawatan sedutan mereka dan mempertimbangkan bagaimana ini mempengaruhi rawatan yang lain.

Apa itu CF?

CF merupakan penyakit keturunan yang mengancam nyawa yang melibatkan pembentukan lendir yang melekit dan tebal dalam paru-paru dan sistem pencernaan. Lama-kelamaan, paru-paru menjadi rosak dan seterusnya mungkin berhenti berfungsi dengan baik.

Bagaimanakah CF dirawat?

Buat masa ini, tiada penawar untuk CF, tetapi rawatan yang ada membantu mengawal simptom dan mengurangkan komplikasi. Rawatan termasuk antibiotik bagi mencegah dan merawat jangkitan paru-paru dan ubatan untuk menipiskan lendir dalam paru-paru bagi menjadikan lebih mudah untuk batuk. Penghidap CF menggunakan alat sedut dan nebuliser untuk menghantar ubat dengan cepat ke paru-paru. Nebuliser ialah mesin kecil yang menukarkan ubat cecair kepada semburan halus yang disedut melalui pelekap mulut atau topeng yang menutup mulut dan hidung.

Rawatan CF adalah rumit dan memakan masa; penghidap CF biasanya menghabiskan 2 jam sehingga 2.5 jam setiap hari untuk rawatan.

Orang ramai semakin menggunakan teknologi digital untuk memantau kesihatan dan kecergasan mereka melalui penjejak aktiviti dan aplikasi telefon bimbit. Penghidap CF menggunakan teknologi digital untuk menjejaki dan menambah baik cara mereka menguruskan rawatan mereka. Sesetengah teknologi membenarkan maklumat dimuat naik ke internet, maka pesakit dan pasukan penjagaan kesihatan mereka dapat menggunakan maklumat ini dengan segera untuk memantau dan menambahbaik rawatan.

Apakah yang ingin diketahui?

Adakah teknologi digital boleh membantu penghidap CF konsisten terhadap rawatan sedutan mereka?

Adakah teknologi digital mempunyai sebarang kesan yang tidak diingini atau berbahaya dalam memantau kepatuhan?

Apakah yang dilakukan?

Kami membuat carian terhadap kajian yang meneliti sebarang teknologi digital bagi memantau kepatuhan terhadap rawatan sedutan untuk CF. Kami membuat ringkasan keputusan kajian dan menilai keyakinan kami terhadap bukti yang dijumpai berdasarkan beberapa faktor seperti kaedah dan saiz kajian.

Apakah yang ditemukan?

Kami menemui dua kajian, dengan 628 orang berumur lima hingga 41 tahun, menggunakan teknologi digital berbeza. Kami tidak dapat menggabungkan keputusan mereka dan menganalisisnya secara berasingan. Kedua-dua kajian meletakkan individu yang mengambil bahagian secara rawak dalam satu daripada dua kumpulan dan berpeluang untuk berada dalam mana-mana kumpulan.

Satu kajian kecil membandingkan dua mod pernafasan nebuliser digital dalam 20 orang kanak-kanak berumur 5 sehingga 16 tahun (penebula menghantar antibiotik sebagai semburan halus yang sedut). Satu mod menggalakkan kanak-kanak bernafas lebih lama dan lebih dalam melalui pelekap mulut yang disesuaikan dan satu lagi mod mempunyai corak pernafasan yang biasa. Kajian ini berlangsung selama 10 minggu.

Kajian yang lebih besar melibatkan 608 orang berumur 16 tahun ke atas. Ia membandingkan penggunaan nebuliser dengan penjejak data yang digabungkan dengan platform berasaskan web yang dikenali sebagai CFHealthHub dengan penggunaan nebuliser yang sama tanpa platform berasaskan web. CFHealthHub memberi peserta akses kepada data kepatuhan mereka dan sokongan individu daripada pengarang kajian, yang mengumpul data selama 12 bulan.

Keputusan utama

Kajian yang membandingkan mod sedutan mendapati bahawa kanak-kanak yang menggunakan mod pernafasan yang dipertingkat secara digital mencatatkan kepatuhan yang lebih tinggi terhadap rawatan penebula berbanding kanak-kanak yang menggunakan mod pernafasan biasa. Walau bagaimanapun, hal ini mungkin memberi sedikit perbezaan kepada fungsi paru-paru. Tiada kesan buruk (kemudaratan atau tidak diingini) yang berlaku daripada penggunaan mod sedutan yang berbeza.

Kajian kedua menunjukkan bahawa penggabungan program atas-talian dan nebuliser dengan penjejak data mungkin meningkatkan kepatuhan berbanding dengan penggunaan nebuliser sahaja. Kombinasi nebuliser beserta sokongan atas talian juga mungkin mengurangkan beban rawatan. Walau bagaimanapun, ia mungkin memberi sedikit atau tiada perbezaan terhadap kualiti hidup atau bilangan serangan penyakit. Kumpulan yang menggunakan platform atas talian lebih banyak melaporkan kejadian buruk, tetapi kami mendapati tiada perbezaan antara kumpulan dalam kesan buruk yang kami anggap mempunyai kaitan secara langsung dengan rawatan (diukur dengan menggunakan skor keresahan dan kemurungan).

Apakah keterbatasan bukti tersebut?

Keyakinan kami terhadap bukti daripada kajian yang lebih kecil adalah terhad kerana ia sangat kecil dan tertumpu kepada kanak-kanak, sedangkan persoalan ulasan kami lebih meluas. Ia juga hanya melaporkan dua hasil yang telah kami rancang.

Keyakinan kami terhadap bukti daripada kajian yang lebih besar adalah rendah sehingga sederhana. Kajian ini lebih besar dan melihat kepada lebih banyak hasil yang kami inginkan. Walau bagaimanapun, kajian ini hanya melibatkan individu yang berumur 16 tahun ke atas, maka kami tidak ketahui sama ada penemuan ini terpakai untuk kanak-kanak yang lebih muda.

Bukti semasa tentang cara teknologi digital boleh menambahbaik kepatuhan terhadap rawatan sedutan adalah terhad. Penyelidikan masa hadapan harus menilai cara teknologi boleh menambahbaik kepatuhan terhadap rawatan sedutan dalam kanak-kanak dan orang dewasa, dan mempertimbang sekiranya kaedah ini mempengaruhi jumlah pelan rawatan (kepatuhan terhadap rawatan sedutan mungkin mengurangkan masa yang diluangkan untuk rawatan lain).

Adakah bukti ini yang terkini?

Bukti ini terkini sehingga 27 Februari 2025.

Matlamat

To assess the effects of using digital technology to monitor adherence to inhaled therapies and health status in adults and children with CF.

Kaedah Pencarian

We searched the Cochrane CF Trials Register, compiled from electronic database searches and handsearching of journals and conference abstract books. We also searched Embase and three clinical trial registries, and checked the references of included studies. The date of last search was 27 February 2025.

Kesimpulan Pengarang

Digital monitoring plus tailored support via an online platform probably improves adherence to inhaled therapies and reduces treatment burden (but without a corresponding change in QoL) in the medium term (low- and moderate-certainty evidence). In a shorter timeframe, technological enhancement of inhaling antibiotics may improve adherence to treatment (low-certainty evidence). There may be little or no effect on lung function with either intervention, and online monitoring probably makes no difference to pulmonary exacerbations.

Future research should assess the effect of digital technology on adherence to inhaled therapies in both children and adults. Consideration of adherence to the total treatment regimen is also important, as improved adherence to inhaled therapies could come at the cost of adherence to other parts of the treatment regimen.

Pembiayaan

The original review was supported by Cochrane Infrastructure funding from the National Institute for Health Research (NIHR). The review was updated with Cochrane CF funding from the CF Foundation and the UK CF Trust.

Pendaftaran

Protocol (2020) DOI: 10.1002/14651858.CD013733

Original review (2023) DOI: 10.1002/14651858.CD013733.pub2

Nota terjemahan

Sila hubungi cochrane@rumc.edu.my untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ulasan ini. Diterjemah oleh Siti Sarah Fazalul Rahiman (Universiti Sains Malaysia). Dikemaskini oleh Cochrane malaysia. Disunting oleh Norhayati Mohd Noor (Universiti Sains Malaysia).

Ulasan Cochrane ini pada asalnya dicipta dalam bahasa Inggeris. Ketepatan terjemahan adalah tanggungjawab pasukan terjemahan yang menghasilkannya. Terjemahan dihasilkan dengan berhati-hati dan mengikut proses standard untuk memastikan kawalan kualiti. Namun, sekiranya berlaku ketidakpadanan, terjemahan yang tidak tepat atau tidak sesuai, versi asal Bahasa Inggeris diutamakan.

Petikan
Calthorpe R, Smith S, Jahnke N, Smyth AR, supported by the Cochrane Cystic Fibrosis Review Group. Digital technology for monitoring adherence to inhaled therapies in people with cystic fibrosis. Cochrane Database of Systematic Reviews 2025, Issue 12. Art. No.: CD013733. DOI: 10.1002/14651858.CD013733.pub3.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan