Langkau ke kandungan utama

Penapis

Bukti

Buku Panduan/Manual

Berita

Ubat-ubatan untuk rawatan gangguan penggunaan kanabis

Bantu menambah baik Ringkasan Cochrane – lengkapkan survey ringkas ini

Mesej utama

Berdasarkan penyelidikan semasa, kami tidak pasti tentang kesan pelbagai ubat-ubatan untuk gangguan penggunaan kanabis.

Apakah gangguan penggunaan kanabis?

Gangguan penggunaan kanabis adalah apabila seseorang sukar untuk berhenti menggunakan kanabis walaupun ia menyebabkan masalah dalam hidup mereka, seperti kesihatan, pekerjaan atau perhubungan. Penggunaan kanabis agak lazim dan meluas di seluruh dunia. Permintaan untuk rawatan bagi gangguan penggunaan kanabis telah meningkat di kebanyakan wilayah di dunia. Saranan di sesetengah negara untuk membenarkan penggunaan kanabis mungkin menunjukan trend yang berterusan.

Bagaimanakah dependens kanabis dirawat?

  • Pada masa ini, rawatan psikologi adalah satu-satunya rawatan yang disyor untuk gangguan penggunaan kanabis.

  • Pada masa ini tiada ubat khusus untuk rawatan gangguan penggunaan kanabis.

Apakah yang ingin diketahui?

Kami ingin menilai ubat-ubatan yang berkesan dan selamat untuk rawatan dependens kanabis.

Apakah yang dilakukan?

Kami mencari banyak pangkalan data saintifik untuk mencari kajian klinikal yang melihat ubat-ubatan untuk merawat gangguan penggunaan kanabis. Kami sertakan kajian-kajian di mana peserta dijelaskan mengalami gangguan penggunaan kanabis. Kami sertakan kajian-kajian di mana orang dirawak kepada salah satu daripada dua atau lebih kumpulan rawatan . Kami meinilai kaedah kajian-kajian tersebut untuk menentukan keyakinan kami terhadap keputusan-keputusannya. Kami mengumpul kajian-kajian tersebut untuk analisis bergantung kepada jenis ubat yang digunakan.

Apakah yang ditemukan?

Kami mengenalpasti 37 kajian rawak terkawal melilbatkan 3201 peserta.

Purata umur peserta dalam kajian dewasa adalah antara 22 hingga 41 tahun, manakala empat kajian tambahan hanya sertakan orang muda. Kebanyakan kajian (32) mempunyai peserta lelaki. Walaupun kebanyakan kajian merekrut peserta dependens kanabis daripada populasi umum, lima kajian memfokus peserta dengan keadaan kesihatan mental di samping dependens kanabis, kemurungan (2 kajian), kecelaruan kurang daya tumpuan dan hiperaktif (2 kajian) dan gangguan bipolar (1 kajian). Kebanyakan kajian (29) dijalankan di AS, dengan empat kajian di Australia, dua di Israel, satu di Kanada, dan satu di United Kingdom.

Kajian-kajian tersebut menguji pelbagai ubat untuk kurangkan gejala sarak kanabis dan mempromosi pemberhentian atau pengurangan penggunaan kanabis, termasuk: persediaan kanabinoid yang mengandungi Δ9-tetrahydrocannabinol (THC, unsur utama dalam kanabis dengan ciri psikoaktif); cannabidiol (CBD, sebatian dalam kanabis yang tidak menghasilkan khayal); ubat-ubatan yang tergolong dalam 'antikonvulsan dan penstabil mood' (ubat-ubatan untuk mencegah sawan dan merawat epilepsi); N-asetilsistein (ubat yang digunakan untuk merawat gangguan pernafasan dan keracunan parasetamol); hormon oksitosin dan ubat yang dipanggil PF-04457845 (yang mempengaruhi bagaimana kanabinoid diurai dalam badan). Dalam kebanyakan kajian, kesan ubat-ubatan ini dibandingkan dengan kesan plasebo (rawatan palsu yang kelihatan sama seperti ubat aktif tetapi tidak mengandungi sebarang bahan aktif).

Sebelas kajian menerima ubat-ubatan daripada syarikat pengilang, dan tiada kajian yang dibiaya oleh syarikat farmaseutikal. Tiga kajian tidak melaporkan pembiayaan, atau pembiayaannya tidak jelas.

Keputusan utama

Untuk menghentikan penggunaan kanabis menjelang tamat rawatan, persediaan THC, CBD, N-asetilsistein, oksitosin dan PF-04457845 mungkin tidak berkesan, dan kami tidak pasti tentang kesan antikonvulsan dan penstabil mood.

Untuk melengkapkan rawatan, CBD, antikonvulsan dan penstabil mood, N-asetilsistein dan PF-04457845 mungkin tidak berkesan, dan kami tidak pasti tentang kesan persediaan THC.

Persediaan THC, cannabidiol, N-acetylcysteine ​​dan PF-04457845 kemungkinan tidak lebih cenderung mengakibakan kesan sampingan (contohnya sakit kepala, loya atau gangguan tidur) berbanding plasebo. Peserta yang dirawat dengan antikonvulsan dan penstabil mood lebih cenderung untuk menamatkan kajian lebih awal berbanding mereka yang dirawat dengan plasebo. Tiada satu pun ubat yang diuji meningkatkan kemungkinan kesan sampingan teruk (iaitu ubat yang memerlukan perhatian perubatan).

Apakah keterbatasan bukti tersebut?

Kualiti bukti untuk kurang daripada satu pertiga hasil dalam ulasan ini adalah sederhana (30%), dan bagi sesetengah adalah rendah (37%) atau sangat rendah (31%). Ini adalah kerana hanya terdapat sedikit kajian untuk setiap ubat (antara satu hingga tujuh). Setiap kajian melibatkan sebilangan kecil peserta, terdapat beberapa ketidakkonsistenan dalam penemuan antara kajian (iaitu ada menemui kesan intervensi yang bermanfaat dan ada yang tidak menemui kesan atau kesan mudarat), dan terdapat risiko bias kerana peserta kajian yang berhenti daripada rawatan.

Adakah bukti ini terkini?

Ulasan ini mengemas kini ulasan yang terdahulu. Bukti adalah terkini sehingga Mei 2024.

Nota terjemahan

Sila hubungi cochrane@rumc.edu.my untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ulasan ini. Diterjemah oleh Khoo Jing Hern (Melaka Manipal Medical College). Dikemas kini oleh Cochrane Malaysia. Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Manipal University College Malaysia).

Petikan
Spiga F, Parkhouse T, Tang VM., Savović J, Le Foll B, Nielsen S. Pharmacotherapies for cannabis use disorder. Cochrane Database of Systematic Reviews 2025, Issue 9. Art. No.: CD008940. DOI: 10.1002/14651858.CD008940.pub4.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan