Langkau ke kandungan utama

Adakah strategi yang menangani masalah khusus dalam penjagaan kesihatan meningkatkan amalan profesional selaras dengan garis panduan klinikal?

Bantu menambah baik Ringkasan Cochrane – lengkapkan survey ringkas ini

Mesej utama

  • Strategi pelaksanaan yang disesuaikan (aktiviti yang direka untuk menangani cabaran khusus yang dihadapi oleh profesional penjagaan kesihatan yang cuba untuk melaksanakan amalan atau pengesyoran baru) mungkin membawa kepada sedikit peningkatan dalam sejauh mana profesional penjagaan kesihatan mematuhi garis panduan klinikal.

  • Sangat sedikit kajian yang menguji keberkesanan strategi yang disesuaikan di negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana.

  • Penyelidikan masa depan harus meneroka bagaimana dan mengapa strategi yang disesuaikan berfungsi, untuk siapa dan dalam keadaan apa. Impak strategi yang disesuaikan dalam negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana juga harus dikaji dengan lebih terperinci.

Apakah strategi pelaksanaan yang disesuaikan?

Profesional penjagaan kesihatan digalakkan untuk mematuhi garis panduan klinikal bagi memberikan penjagaan yang terbaik untuk orang. Walau bagaimanapun, dalam kehidupan sebenar, profesional penjagaan kesihatan kerap menghadapi halangan yang menjadikan sukar untuk mereka mengikuti pengesyoran tersebut. Halangan-halangan ini mungkin kekurangan masa, akses kepada staf atau peralatan, arahan yang kurang jelas, atau kepercayaan tentang garis panduan klinikal yang menyukarkan perubahan. Strategi pelaksanaan yang disesuaikan adalah merupakan himpunan aktiviti yang dipilih untuk menangani cabaran khusus yang dihadapi oleh profesional penjagaan kesihatan dalam tetapan tertentu. Tujuannya adalah untuk memudahkan profesional penjagaan kesihatan untuk mematuhi garis panduan secara konsisten dari semasa ke semasa. Sebagai contohnya, sekiranya jururawat di klinik yang sibuk mendapati garis panduan terlalu panjang untuk digunakan semasa temu janji yang singkat, strategi yang disesuaikan mungkin menyediakan ringkasan visual pendek atau prom elektronik untuk mengingatkan jururawat tentang tindakan yang perlu diambil. Sebaliknya, strategi yang tidak disesuaikan mungkin hanya dengan mengedarkan garis panduan penuh tanpa sebarang pertimbangan terhadap cabaran yang dihadapi oleh jururawat.

Apakah yang ingin diketahui?

Kami ingin mengetahui sama ada strategi yang disesuaikan berfungsi lebih baik daripada strategi yang tidak disesesuaikan atau tiada strategi dalam membantu profesional penjagaan kesihatan mengikuti garis panduan klinikal. Kami telah melihat kepada perubahan dalam tindakan profesional penjagaan kesihatan - contohnya, sama ada mereka menetapkan ubat yang sesuai atau memberikan jenis penjagaan yang disyorkan dalam garis panduan.

Apakah yang dilakukan?

Kami telah mencari kajian yang membandingkan strategi yang disesuaikan dengan strategi yang tidak disesuaikan atau tanpa strategi. Kami telah merumuskan penemuan dan menilai sejauh mana keyakinan kami terhadap keputusannya, berdasarkan bagaimana kajian tersebut direka bentuk dan dijalankan.

Apakah yang ditemukan?

Kami telah menemui 79 yang menguji strategi yang disesuaikan dalam penetapan penjagaan kesihatan. Kebanyakan kajian adalah di negara berpendapatan tinggi, contohnya, Amerika Syarikat (19 kajian) dan Belanda (13 kajian). Hanya lapan kajian yang dilakukan di negara berpendapatan rendah. Kajian telah dijalankan di pelbagai tetapan penjagaan kesihatan, seperti farmasi, pembedahan oleh doktor, rumah rawatan atau jabatan pesakit dalaman atau pesakit luaran hospital. Profesional penjagaan kesihatan juga bercampur dan disertakan kumpulan campuran dalam 47 kajian, doktor dalam 22 kajian, jururawat dalam 5, ahli farmasi dalam 1, dan ‘yang lain’ dalam 4 kajian.

Kebanyakan strategi yang disesuaikan melibatkan beberapa aktiviti. Yang paling biasa disertakan menyediakan bahan pendidikan yang direka untuk doktor atau jururawat, menjalankan sesi latihan atau mesyuarat pendidikan dan memberi maklum balas kepada profesional tentang prestasi mereka. Strategi yang dipilih telah digunakan untuk menangani halangan biasa yang dikenal pasti dalam kajian, termasuk ciri-ciri profesional kesihatan (seperti kebiasaan dengan garis panduan), aspek tetapan di mana intervensi sedang dilaksanakan (bilangan sumber atau insentif yang sedia ada untuk melaksanakan amalan yang terbaik), dan salah komunikasi antara ahli pasukan klinikal (sebagai contohnya, daripada kekurangan mesyuarat klinikal rutin).

Secara keseluruhan, strategi yang disesuaikan mungkin membawa kepada peningkatan kecil dalam seberapa baik profesional mengikuti garis panduan klinikal, berbanding dengan strategi yang tidak disesuaikan. Bukti menunjukkan hasil yang sama untuk strategi yang disesuaikan berbanding kepada tanpa strategi.

Apakah keterbatasan bukti tersebut?

Keyakinan kami terhadap bukti adalah sederhana. Kajian menggunakan kaedah berbeza untuk mengukur impak strategi yang disesuaikan terhadap amalan profesional penjagaan kesihatan. Kajian juga mengaplikasikan penyesuaian dalam cara yang berbeza. Perbezaan tersebut menyukarkan bahawa ia sukar untuk mengatakan pendekatan yang disesuaikan yang paling berkesan atau dalam keadaan apa. Kebanyakan kajian telah dijalankan di negara berpendapatan tinggi, jadi kami tidak dapat memastikan sejauh mana penemuan ini boleh digunakan di negara-negara berpendapatan rendah atau sederhana.

Adakah bukti ini yang terkini?

Ini adalah kemaskini ulasan terdahulu. Bukti ini terkini sehingga 5 Mac 2024.

Nota terjemahan

Sila hubungi cochrane@rumc.edu.my untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ulasan ini. Diterjemah oleh Kuan Pei Xuan (Institute for Clinical Research). Disunting oleh Lai Nai Ming, School of Medicine, Taylor’s University, Malaysia.

Ulasan Cochrane ini pada asalnya dicipta dalam bahasa Inggeris. Ketepatan terjemahan adalah tanggungjawab pasukan terjemahan yang menghasilkannya. Terjemahan dihasilkan dengan berhati-hati dan mengikut proses standard untuk memastikan kawalan kualiti. Namun, sekiranya berlaku ketidakpadanan, terjemahan yang tidak tepat atau tidak sesuai, versi asal Bahasa Inggeris diutamakan.

Petikan
McHugh S, Riordan F, O'Mahony A, McCarthy LJ, Contreras Navarro A, Kerins C, Murphy J, Morrissey EC, O'Reilly EJ, O'Connor S, Adams DR, Meza R, Lewis CC, Powell BJ., Wensing M, Flottorp SA., Wolfenden L. Tailored interventions to address determinants of practice. Cochrane Database of Systematic Reviews 2026, Issue 2. Art. No.: CD005470. DOI: 10.1002/14651858.CD005470.pub4.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan