Pengenalpastian saraf menggunakan elektrod berbanding dengan pengenalpastian saraf visual untuk orang dewasa yang menjalani pembedahan tiroid

Soalan ulasan

Untuk menilai kesan pemantauan neuro intraoperatif berbanding dengan pengenalpastian saraf visual untuk pencegahan kecederaan saraf berulang laryngeal semasa pembedahan tiroid dalam kalangan orang dewasa.

Latar Belakang

Thyroidectomy merupakan pembedahan yang membuang sebahagian atau semua kelenjar tiroid untuk menyembuhkan penyakit yang tidak merbahaya (contohnya goiter multinodular), atau kanser. Saraf berulang laryngeal adalah bertanggungjawab untuk penggerakan kord vokal dan mereka boleh tercedera dengan mudah semasa pembedahan tiroid, mengakibatkan kelumpuhan kord vokal sebelah atau dua-dua belah yang membawa kepada kesusahan bercakap (dysphonia), masalah pernafasan, atau kedua-duanya. Ini, kemudiannya boleh menyebabkan penurunan kualiti hidup berkaitan dengan kesihatan dan mungkin mengakibatkan ketidakupayaan kekal. Pengenalpastian visual saraf berulang laryngeal semasa pembedahan telah lama menjadi prosedur standard untuk mengelakkan kecederaan mereka. Baru-baru ini, pemantauan neuro intrapoeratif, yang mengenalpasti saraf menggunakan elektrod, telah diperkenalkan untuk membantu pakar bedah mencari dan melindungi saraf berulang laryngeal.

Ciri-ciri kajian

Kami mencari kajian rawak terkawal (kajian di mana peserta dibahagikan secara rambang kepada satu, dua, atau lebih banyak rawatan), yang membandingkan pemantauan neuro intraoperatif tambah pengenalpastian saraf visual dengan pengenalpastian saraf visual sahaja. Kami memasukkan hanya kajian yang melaporkan data dengan peserta berumur lebih daripada 18 tahun yang menjalani pembedahan tiroid. Kami tidak memasukkan kajian dengan peserta yang telah menjalani pembedahan leher sebelum ini atau kelumpuhan saraf laryngeal berulang. Kami memasukkan lima kajian dengan jumlah 1558 peserta; 781 peserta dibahagikan kepada pemantauan neuro intraoperatif dan 777 peserta dibahagikan kepada pengenalpastian saraf visual sahaja. Dua kajian mengambil tempat di Poland dan satu kajian di Turkey, China dan Korea masing-masing. Umur purata peserta adalah antara 41.7 hingga 51.9 tahun.

Bukti ini adalah terkini sehingga 21 August 2018.

Keputusan-keputusan utama

TIada bukti kukuh yang menunjukkan manfaat atau keburukan apabila membandingkan pemantauan neuro intraoperatif dengan pengenalpastian saraf visual sahaja untuk kelumpuhan saraf berulang laryngeal sementera atau kekal, kesan-kesan sampingan dan jangka masa pembedahan, Tiga daripada lima kajian yang dimasukkan mempunyai data kematian semua sebab dan melaporkan tiada kematian. Tiada daripada kajian tersebut melaporkan kesan kualiti hidup berkaitan kesihatan atau sosioekonomi (contohnya kos berkaitan tinggal di hospital). Kami memerlukan kajian yang mempunyai reka bentuk, pelaksaan, penganalisa dan pelaporan yang baik, dengan jumlah peserta yang lebih banyak dan jangka pemantauan yang lebih panjang selepas pembedahan, menggunakan teknologi pemantauan neuro intraoperatif terkini dan mengaplikasikan teknik pembedahan baru.

Kepastian bukti

Kami adalah sangat tidak pasti mengenai kesan pemantauan neuro intraoperatif berbanding dengan pengenalpastian saraf visual untuk pencegahan kecederaan saraf berulang laryngeal semasa pembedahan tiroid. Bilangan kajian adalah kecil, sesetengah kesilapan sistematik dalam kajian yang dimasukkan dan keputusan adalah tidak tepat.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Khoo Jing Hern (Melaka Manipal Medical College). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi khoojinghern@hotmail.com.

Tools
Information