Parasetamol untuk sakit belakang bahagian bawah

Soalan ulasan

Untuk melihat berapa baik parasetamol berfungsi untuk sakit belakang yang tidak spesifik (LBP). LBP tidak spesifik adalah sakit belakang yang tidak dikenalpasti penyakit atau keadaannya.

Latar belakang

Parasetamol adalah salah satu ubat yang lazim diberi kepada orang dengan LBP, dan ia disyorkan dalam garispanduan yang diterbitkan untuk membantu para doktor mengurus pelbagai penyakit. Walau bagaimanapun, bukti terbaru telah mempersoalkan keberkesanannya.

Tarikh carian

Bukti-bukti adalah terkini setakat Ogos 2015.

Ciri-ciri kajian

Kami memasukkan dua kajian dengan sejumlah 1785 peserta dalam ulasan ini dengan peserta yang sakit belakang berlaku tiba-tiba dan terbaru (akut). Kebanyakan orang dalam kajian (90%) adalah pertengahan umur dan dari satu kajian tunggal yang menyiasat sakit belakang akut. Kedua-dua kajian menguji parasetamol berbanding plasebo (tidak mengandungi bahan yang boleh bertindak sebagai ubat). Peserta-peserta disusul antara satu hari dan 12 minggu. Hasil utama yang kami kaji adalah sakit dan hilang upaya; kami juga melihat kualiti hidup, bagaimana peserta menjalani kehidupan harian mereka, kesan sampingan yang tidak selesa atau tidak diingini, bagaimana mereka pulih, kualiti tidur, sama ada peserta mengambil ubat yang dipreskripsi dan sama ada 'ubat penyelamat' perlu diambil kerana parasetamol tidak berkesan. Kami menggabungkan dapatan daripada satu kajian (n=1651) ke dalam satu analisis (meta-analisis) yang membandingkan parasetamol dengan plasebo; kajian kedua tidak melaporkan keputusan bagi plasebo, maka ia tidak dapat dimasukkan.

Keputusan utama dan kualiti bukti

Kami mendapati bukti berkualiti tinggi yang parasetamol (4 g setiap hari) adalah tiada kelebihan baik daripada plasebo untuk melegakan LBP akut dalam sama ada jangka pendek atau panjang. Ia juga bekerja tidak lebih baik daripada plasebo dalam aspek lain yang dikaji, seperti kualiti hidup dan kualiti tidur. Kira-kira satu dalam lima orang melaporkan kesan sampingan, walaupun ada yang serius, tiada perbezaan antara kumpulan intervensi dan kumpulan kawalan. Oleh kerana kebanyakan peserta yang dikaji adalah pertengahan umur, kami tidak pasti penemuan adalah sama untuk kumpulan umur lain.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Tan Wing (Melaka-Manipal Medical College). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information
Share/Save