Yoga sebagai pakej penjagaan berbanding penjagaan piawai untuk skizofrenia

Soalan ulasan

Adakah yoga, sekiranya disampaikan sebagai sebahagian daripada pakej penjagaan, berkesan terhadap pesakit skizofrenia berbanding dengan penjagaan piawai?

Latar belakang

Yoga melibatkan postur fizikal dan latihan pernafasan untuk menggalakkan keseimbangan antara minda dan badan. Yoga kini telah digunakan secara meluas sebagai satu kaedah relaksasi dan latihan untuk mengurangkan tekanan dan meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan. Skizofrenia adalah penyakit mental dimana orang mengalami gejala seperti mendengar suara yang tidak wujud, tindak balas emosi yang waras dan pangasingan diri dari masyarakat. Skizofrenia sering menjejaskan orang untuk jangka masa panjang dan rawatan teras melibatan penggunaan ubat-ubatan antipsikotik. Namun demikian, ubat-ubatan ini tidak selalu berkesan sepenuhnya dan terdapat kajian yang menunjukkan bahawa yoga sebagai rawatan tambahan boleh memberi manfaat dan membantu meningkatkan kualiti hidup orang dengan skizofrenia. Yoga boleh digabungkan dengan terapi lain seperti kaunseling atau bentuk latihan lain ke dalam 'pakej penjagaan'.

Ciri-ciri kajian

Hanya tiga kajian jangka pendek (berlangsung selama lapan minggu) yang merawakkan orang dengan skizofrenia untuk menerima sesi yoga sebagai pakej penjagaan atau penjagaan piawaian boleh dilibatkan dalam kajian ini. Dalam satu kajian, yoga digabungkan dengan drama, muzik dan tarian; manakala, ia digabungkan dengan sesi motivasi dan maklum balas dalam kajian yang lain. Kajian terakhir dalam ulasan ini menggabungkan yoga dengan kaunseling dan sesi persoalan dan interaktif. Sumbangan relatif yoga tidak digariskan dengan jelas dalam ulasan ini. Penyelidik mendapati kajian ini melalui carian elektronik dari daftar kumpulan skizofrenia Cochrane pada bulan Mac 2017. Semua peserta terus menerima rawatan antipsikotik yang ditetapkan dalam tempoh ujikaji

Keputusan utama

Banyak hasil penting yang tidak ditangani oleh kajian dalam ulasan ini, termasuk fungsi mental, fizikal dan sosial, kesan sampingan dan pertimbangan ekonomi. Mungkin terdapat sedikit perubahan dalam kualiti hidup yang memihak kepada pakej yoga tetapi secara keseluruhannya tiada kualiti bukti yang kukuh dalam ulasan ini untuk membuat sebarang tuntutan yang teguh bahawa yoga sebagai pakej penjagaan harus ditetapkan sebagai tambahan untuk penjagaan piawaian untuk skizofrenia.

Kualiti bukti

Bukti adalah terhad dan lemah. Bilangan kajian yang dilibatkan adalah kecil, dan hanya susulan jangka pendek untuk dua hasil yang dilaporkan. Skizofrenia adalah penyakit jangka masa panjang dan lebih kajian jangka panjang yang melibatkan lebih ramai pesakit yang memberi tumpuan kepada hasil penting diperlukan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Ernie Yap. Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information
Share/Save