Vaksin polio tidak aktif berurutan (IPV) dan vaksin polio oral hidup (OPV) untuk mencegah poliomielitis

Latar belakang kepada soalan

Poliomielitis (lebih dikenali sebagai Polio) lazim mempengaruhi kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah yang belum pernah diberi vaksin. Polio menyebabkan kelumpuhan kekal dan juga kematian. Polio boleh dicegah dengan vaksin, yang menyediakan ketahanan (antibodi) terhadap penyakit tersebut di dalam cecair badan (juga dipanggil imuniti humoral) dan juga imuniti mukosa usus. Kelumpuhan yang berkait dengan polio adalah disebabkan oleh virus polio liar (WPV) dan dalam kes terpencil ia disebabkan oleh virus vaksin hidup yang telah dilemahkan di dalam vaksin polio oral (OPV). Bilangan kes akibat virus polio liar telah menurun secara mendadak sejak pengenalan dan penggunaan meluas OPV dan vaksin polio tidak aktif (IPV). Walau bagaimanapun, kes-kes lumpuh yang dikaitkan OPV adalah lebih kerap berbanding kes lumpuh yang dikaitkan dengan WPV. Sejak 2016, Pertubuhan Kesihatan Seduni telah mula menyarankan sebelum kanak-kanak diberi imunisasi OPV, mereka seharusnya mendapat sekurang-kurangnya satu dos IPV untuk mengurangkan insiden lumpuh yang dikaitkan dengan OPV sehinggalah polio mampu dibasmi di seluruh dunia.

Soalan ualasan

Adakah jadual vaksin polio yang merangkumi kedua-dua IPV dan OPV berkesan dan selamat berbanding OPV atau IPV sahaja?

Ciri-ciri kajian

Kami mencari pengkalan data kajian saintifik dan mendapati 21 kajian untuk dimasukkan di dalam ulasan ini. Kajian-kajian ini termasuk 16 kajian kajian rawak melibatkan 6407 bayi, satu kajian tambahan menyusul 28330 bayi dari semasa ke semasa, dan empat lagi kajian merupakan kajian seluruh negara.

Kepastian tentang bukti

Kami menilai bukti yang kami pasti kesan tersebut adalah benar dan tidak akan boleh diubah dengan penambahan lebih bukti lain. Secara am, kepastian tentang bukti dinilai sebagai rendah ke sederhana tetapi bukti bagi sesetengah hasil adalah sangat rendah.

Keputusan utama

IPV-OPV berbanding OPV boleh mengurangkan kelumpuhan yang dikaitkan dengan OPV sebanyak 54% hingga 100% kelumpuhan tanpa mempengaruhi liputan vaksinasi, bilangan kesan buruk dan imuniti humoral. Walau bagaimanapun, ia boleh memburukkan daya imuniti mukosa untuk beberapa jenis polio.

Perbandingan IPV-OPV dengan OPV menunjukkan hanya terdapat sedikit atau tiada perbezaan terhadap kesan buruk, mungkin sedikit atau tiada perbezaan ke atas bilangan orang yang mempunyai perlindungan imuniti humoral dan mungkin juga memperbaiki imuniti mukosa usus kecil dalam kalangan orang yang sudah diberi vaksin.

Pemberian tiga dos IPV diikuti dengan OPV menunjukkan tiada perbezaan berbanding dengan pemberian dua dos IPV diikuti dengan OPV terhaadap bilangan orang yang ada perlindungan imuniti humoran dan usus.

Kesimpulan penulis

Potensi manfaat utama IPV-OPV berbanding OPV adalah ia dapat mengurangkan kes lumpuh yang dikaitkan dengan OPV. Ia boleh menjadi pilihan yang lebih mampu untuk IPV di peringkat akhir pembasmian polio, dengan itu mengurangkan ketidakseimbangan di antara negara.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Faliq Adeeba Wan Ibrahim (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal)

Tools
Information