Intervensi (rawatan) untuk membasmikan Staphylococcus aureus (MRSA) yang tahan meticillin dalam paru-paru orang dengan fibrosis sista

Soalan ulasan

Kami mencari bukti tentang kesan pelbagai cara membasmikan Staphylococcus aureus (MRSA) yang tahan meticillin dalam paru-paru orang yang menghidap fibrosis sista.

Latar belakang

MRSA adalah nama yang diberikan kepada bakteria tertentu yang tahan terhadap beberapa jenis antibiotik. Ini amat membimbangkan untuk orang dengan fibrosis sista, yang merupakan keadaan yang diwarisi antara lain menyebabkan lendir tebal mengumpul di paru-paru. Ia adalah sangat sukar bagi orang dengan fibrosis sista untuk batuk lendir tebal ini, menjadikannya tempat unggul pembiakan bakteria, termasuk MRSA, dan menjadikan orang-orang ini lebih mudah terkena jangkitan dada. Ia diperkirakan bahawa MRSA menyebabkan lebih kerosakan daripada bakteria lain yang tidak tahan terhadap antibiotik. Kami ingin mengenal pasti bukti penyelidikan untuk menyokong kaedah terbaik untuk merawat jangkitan MRSA dan untuk mencari adakah ini akan meningkatkan kehidupan orang dengan fibrosis sista. Ini adalah kemas kini ulasan terbitan sebelum ini.

Tarikh carian

Bukti adalah terkini sehingga: 27 Julai 2017.

Hasil utama

Kami menjumpai dua kajian yang merangkumi orang dengan fibrosis sista dan didiagnosis dengan jangkitan MRSA. Dalam satu percubaan, rawatan aktif ialah trimethoprim dan sulfamethoxazole oral diberikan bersama dengan rifampicin dan beberapa rawatan dekontaminasi, malah dalam kajian kedua ialah co-trimoxazole oral dan rifampicin dengan mupirocin intranasal; rawatan perbandingan dalam kedua-dua kajian hanyalah pemerhatian dan tidak ada rawatan aktif. Hasil kajian-kajian ini menunjukkan bahawa pembasmian MRSA dari saluran udara pada orang dengan fibrosis sista adalah mungkin. Walaupun sebahagian besar daripada mereka yang dirawat dapat membasmikan MRSA dalam kedua-dua kajian, tetapi beberapa individu yang tidak mendapat rawatan juga membasmikan MRSA secara spontan. Juga, enam bulan selepas rawatan, jumlah individu yang masih mempunyai MRSA tidak ada perbezaan dengan mereka yang menerima rawatan serta mereka yang tidak.

Dalam salah satu kajian, lebih kurang orang yang menerima rawatan antibiotik dimasukkan ke hospital dalam 168 hari pertama. Tidak ada perbezaan lain yang dilihat antara kedua-dua kumpulan (dirawat atau tidak dirawat) dari segi fungsi paru-paru, berat badan atau eksaserbasi dada pada enam bulan.

Merawat MRSA sejak awal pada orang dengan CF menunjukkan ia mempunyai kemungkinan, tetapi tidak jelas tentang implikasi jangka panjang yang akan berlaku.

Kualiti bukti

Dengan menggunakan metodologi GRADE, kami menilai kualiti bukti yang kami dapati adalah dari sangat rendah hingga rendah untuk pelbagai hasil yang berbeza. Ini disebabkan oleh isu yang berpotensi dari rekaan kajian di mana orang tahu jenis rawatan yang diterima oleh setiap peserta (kumpulan diberi rawatan atau kumpulan hanya diperhatikan) dan juga kerana hanya sebilangan kecil peserta yang termasuk dalam setiap kajian. Selain itu, salah satu kajian tidak melaporkan semua butiran dengan jelas.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Lee Pei Yee (Hospital Selayang). Disunting oleh Shaun Lee (Monash University Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my.

Tools
Information