Kondroitin untuk osteoartritis

Kami telah menjalankan sorotan mengenai kesan-kesan kondroitin sulfat terhadap pesakit-pesakit osteoartritis. Setelah mencari kajian sehingga November 2013, kami mendapati 43 kajian melibatkan 9 110 peserta. Kebanyakan kajian adalah mengenai osteoartritis lutut (beberapa kajian mengenai tangan, satu mengenai pinggang) dengan julat masa 1 bulan hingga 3 tahun. Beberapa kajian dibiayai oleh pengeluar-pengeluar kondroitin.


Sorotan ini menunjukkan bahawa dalam kalangan pesakit osteoartritis:

- Kondroitin mungkin mengurangkan sedikit kesakitan untuk jangka masa pendek (kurang daripada 6 bulan);

- Kondroitin mengurangkan kesakitan lutut sebanyak 20% dalam sebahagian pesakit;

- Kondroitin mungkin meningkatkan sedikit kualiti hidup apabila diukur dengan indeks Lequesne (gabungan ukuran sakit, fungsi dan ketakupayaan);

- Kondroitin mempunyai sedikit atau tiada perbezaan kesan sampingan dan kesan sampingan serius berbanding dengan agen-agen lain; dan

- Kondroitin memperlahankan sedikit proses pengecutan ruang sendi terbabit dalam imej sinar-X.

Kami mengenal pasti banyak kajian yang menggunakan kaedah-kaedah yang tidak sesuai untuk menilai kesan-kesan kondroitin. Tiada cukup data bagi sesetengah dapatan. Beberapa kajian yang mempunyai kualiti metodologi yang lebih baik, kondroitin menunjukkan tiada pengurangan sakit dan fungsi fizikal. Analisa-analisa lain berdasarkan pelbagai kriteria kualiti metodologi melaporkan bahawa pemberian kondroitin dapat mengurangkan sakit dan meningkatkan fungsi fizikal.

Apakah osteoartritis dan apakah kondroitin?

Osteoartritis adalah satu penyakit sendi, misalnya sendi lutut atau pinggul. Apabila sendi kehilangan tulang rawan, tulang akan tumbuh untuk membaiki kerosakan berkenaan; namun pertumbuhan tulang ini boleh memburukkan keadaan.Ia boleh membuat sendi jadi sakit dan tidak stabil, lantas mempengaruhi fungsi fizikal atau keupayaan menggunakan sendi tersebut.

Kondroitin ialah tambahan pemakanan belian kaunter yang diperbuat dari kondroitin sulfat. Ia bertindak dengan menghentikan degradasi tulang rawan dan memulihkan tulang rawan yang hilang. Kondroitin juga mengandungi asid amino bersulfur, yang merupakan blok binaan penting untuk molekul-molekul tulang rawan dalam tubuh manusia.

Apakah yang berlaku kepada pesakit osteoartritis yang mengambil kondroitin?

Tahap sakit selepas 6 bulan (skor lebih rendah adalah lebih baik):

- Pesakit yang mengambil kondroitin mendapat 10 mata lebih rendah dalam skala sakit 1 hingga 100 berbanding mereka yang mengambil plasebo (beza mutlak 10%)

- Pengguna kondroitin memberi kadar sakit sebanyak 18 mata dalam skala 1 hingga 100.

- Pengguna plasebo memberi kadar sakit sebanyak 28 mata dalam skala 1 hingga 100.

Bagi kajian-kajian melebihi 6 bulan, kami tidak pasti sama ada kondroitin atau plasebo dapat mengurangkan sakit .

Pengurangan sakit lutut sebanyak 20% (diukur dengan WOMAC1Subskala sakit)

- lebih 6 lagi orang dalam 100 mengalami pembaikan 20% sakit lutut (beza mutlak 6%).

- 53 daripada 100 orang pengguna kondroitin mengalami pembaikan sakit lutut berbanding dengan 47 daripada 100 pengguna plasebo.

Indeks Lequesne (indeks gabungan sakit dan fungsi fizikal yang menggambarkan kualiti hidup) selepas 6 bulan:

- pengguna kondroitin mendapat 2 mata kurang (lebih baik) dalam Indeks Lequesne (julat skor 0 hingga 24),

- Pengguna kondroitin mendapat 5 dalam indeks Lequesne berskala 0 hingga 24.

- Pengguna plasebo mendapat 7 dalam indeks Lequesne berskala 0 hingga 24.

Dapatan radiografi: pengurangan kelebaran ruang sendi (mm) (pengurangan kelebaran ruang sendi yang lebih kecil adalah lebih baik) selepas 2 tahun.

- Penyusutan kelebaran ruang sendi minimum dalam kalangan pengguna kondroitin adalah 0.18 mm kurang daripada penerima plasebo.

- Pengguna kondroitin menunjukkan pengurangan minimum lebar ruang sendi sebanyak 0.12 mm.

- Pengguna plasebo menunjukkan pengurangan minimum lebar ruang sendi sebanyak 0.30 mm.

Kesan sampingan serius

- Bilangan pengguna kondroitin yang mengalami kesan sampingan serius (misalnya jangkitan paru-paru serius atau tuberkulosis) adalah 3 orang kurang daripada setiap 100 penerima plasebo.

- 3 pengguna kondroitin per 100 mengalami kesan sampingan serius berbanding dengan 6 per 100 bagi penerima plasebo. 

 Peserta yang menarik diri daripada kajian  akibat kesan sampingan Peserta yang menarik diri daripada kajian  akibat kesan sampingan

- Tiada perbezaan antara pengguna kondroitin dan penerima plasebo dalam risiko menarik diri daripada kajian akibat kesan sampingan. Hal ini mungkin berlaku kerana kebarangkalian.

<SUP>1</SUP> Indeks Osteoartritis Ontario Barat dan Universiti-universiti McMaster.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Tan Wing (Melaka mannipal Medical College). Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi jame5wtan93@gmail.com. Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal).

Tools
Information