Podcast : Penambahan lemak asid Omega-3 semasa mengandung

Lemak-lemak Omega-3 adalah tajuk kepada lebih dua dozen Ulasan Cochrane untuk keadaan-keadaan termasuk kesihatan kardiovaskular, dementia dan masalah gastrointestinal. Pada November 2018, ulasan berkenaan kesan-kesan pengambilan oleh ibu mengandung terhadap bayi pramatang telah dikemaskini. Ulasan tersebut telah diketuai oleh Profesor Madya Philippa Middleton dan Profesor Maria Makrides, daripada kumpulan Healthy Mothers Babies and Children di South Australian Health and Medical Research Institut. Profesor Makrides memberitahu kita berkenaan bukti terkini.

- Baca transkrip

Di Australia, lebih kurang 1 dalam 12 bayi dilahirkan pramatang, bermaksud mereka dilahirkan lebih 3 minggu awal sebelum 40 minggu tempuh kebiasaan mengandung. Ini adalah satu masalah kerana kelahiran pramatang menyebabkan 85% komplikasi awal kehidupan dan merupakan punca utama kematian kanak-kanak bawah 5 tahun.                                                                          

Terdapat sedikit strategi untuk mengelakkan wanita-wanita daripada melahirkan bayi pramatang. Walau bagaimanapun, salah satu perkara yang dikaji kumpulan penyelidik kami adalah sama ada lemak asid rantaian-panjang omega-3, seperti DHA dan EPA yang didapati dalam ikan dan minyak ikan, dapat memanjangkan tempoh kandungan.

Para penyelidik telah menyiapkan ulasan sistematik Cochrane yang mengumpulkan semua kajian rawak yang diterbitkan yang mengkaji kesan-kesan lemak rantaian panjang omega-3 semasa mengandung ke atas kesihatan ibu-ibu dan bayi-bayi mereka. Kami melibatkan 70 kajian, yang mengandungi lebih daripada 19,000 wanita dalam kajian. Ulasan tersebut menunjukkan terdapat bukti berkualiti tinggi bahawa suplemen lemak rantaian-panjang omega-3semasa mengandung, terutamanya DHA, mengurangkan risiko mendapat bayi pramatang sebanyak 11% dan ia juga mengurangkan risiko mendapat bayi yang sangat pramatang, iaitu dilahirkan sebelum 34 minggu, sebanyak 42%. 

Berdasarkan penemuan ini, para penyelidik  mencadangkan agar wanita yang mengandungkan seorang bayi mengambil antara 500 dan 1000 mg rantaian-panjang omega-3 setiap hari mulai 12 minggu kandungan. Adalah lebih baik sekiranya suplemen ini mengandungi sekurang-kurangnya 500 mg DHA setiap hari. Hasil ulasan tersebut, para penyelidik ingin meneliti semula garispanduan pengurusan klinikal bagi pengamal perubatan penjagaan kandungan untuk cuba menggalakkan wanita mengandung menambahkan omega-3 ke dalam pemakanan mereka, untuk meningkatkan peluang kandungan matang yang sihat.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan asas bukti dan kesan suplemen omega-3 semasa mengandung, anda boleh membaca ulasan penuh di internet. Layari Cochrane Library dot com, dan cari 'omega-3 dan kelahiran pramatang'.

Saya  Nadia Abdul Rahim dari  RCSI UCD Malaysia Campus  merakamkan fail digital media yang diterjemahkan oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman dari Universiti Sains Malaysia. Disunting oleh Norhayati Mohd Noor dari Universiti Sains Malaysia

Tutup transkrip