Langkau ke kandungan utama

Adakah riboflavin (vitamin B ₂ ) menurunkan tekanan darah orang dewasa?

Pandangan anda amat bermakna

Kami menjalankan tinjauan ringkas untuk memahami penggunaan Ringkasan Bahasa Mudah Cochrane. Klik pautan ini untuk menyertai dan membantu penambahbaikan maklumat kesihatan.

Mesej utama

  • Kesan suplemen oral riboflavin (vitamin B 2 ) terhadap tekanan darah adalah tidak jelas.

  • Kajian besar yang dijalankan dengan baik adalah diperlukan untuk menilai kesan riboflavin terhadap penurunan tekanan darah .

Apakah tekanan darah?

Tekanan darah ialah tekanan daripada peredaran darah terhadap dinding saluran darah. Tekanan darah sistolik ialah tekanan tertinggi semasa degupan jantung, dan tekanan darah diastolik ialah tekanan terendah antara degupan jantung. Tekanan darah sistolik dan diastolik yang lebih tinggi meningkatkan risiko penyakit jantung dan angin ahmar.

Apakah riboflavin?

Riboflavin ialah vitamin (vitamin B 2 ), yang terdapat secara semula jadi dalam banyak makanan seperti susu dan produk tenusu, ekstrak yis, telur, hati dan buah pinggang. Riboflavin juga boleh diambil sebagai suplemen.

Apakah yang ingin kami ketahui?

Kami ingin mengetahui sama ada pengambilan suplemen riboflavin dapat mengurangkan tekanan darah.

Apakah yang dilakukan?

Kami telah mencari kajian pada orang dewasa yang membandingkan kesan riboflavin dengan plasebo (“pil dummy”) pada tekanan darah. Kami telah membuat penilaian tentang kualiti kajian yang kami sertakan dan meringkaskan keputusannya. Kami kemudiannya menilai keyakinan kami terhadap bukti tersebut.

Apakah yang ditemukan?

Kami menyertakan empat kajian dengan sejumlah 374 peserta. Bukti adalah sangat tidak jelas tentang kesan riboflavin terhadap tekanan darah sistolik dan tekanan darah diastolik. Bukti mencadangkan bahawa riboflavin boleh meyebabkan sedikit atau tiada perbezaan dalam peristiwa buruk.

Seberapa terkinikah bukti tersebut?

Kami telah mencari semua bukti tersedia sehingga Oktober 2024.

Apakah keterbatasan bukti tersebut?

Keyakinan kami terhadap bukti bahawa riboflavin menurunkan tekanan darah adalah sangat rendah, kerana keputusan daripada beberapa orang yang terlibat dalam kajian yang disertakan tidak dilaporkan dan kerana kajian yang disertakan agak kecil.

Apakah yang ingin dimaksudkan?

Kesan riboflavin pada tekanan darah adalah sangat tidak jelas Selanjutnya, kajian besar yang berkualiti tinggi adalah diperlukan untuk menentukan sama ada riboflavin menurunkan tekanan darah.

Matlamat

To assess the benefits and harms of riboflavin supplements compared to placebo or no additional treatment for lowering systolic and diastolic blood pressure.

Kaedah Pencarian

We searched the Cochrane Hypertension Specialised Register, the Cochrane Central Register of Controlled Trials (CENTRAL), Ovid MEDLINE, Ovid Embase, Clarivate Web of Science, Clarivate Food Science & Technology Abstracts and two clinical trials registries. There were no restrictions on language, publication year, or publication status. The latest search date was 24 October 2024. We also handsearched the reference lists of included studies.

Kesimpulan Pengarang

The evidence for the effect of oral riboflavin supplements on systolic and diastolic blood pressure is very uncertain. The evidence comes from four RCTs, three of which had an overall high risk of bias. Large, well-conducted trials are needed for high-certainty evidence of the effect of riboflavin for blood pressure lowering.

Pembiayaan

KEB was supported by a Sir Charles Hercus Health Research Fellowship from the Health Research Council (Grant number: 19/110) and a Senior Heart Foundation fellowship from the Heart Foundation of New Zealand, supported in part by the GR Winn Trust (Grant number: 3728679).

Pendaftaran

Protocol (2023): DOI: 10.1002/14651858.CD015464.

Nota terjemahan

Sila hubungi cochrane@rumc.edu.my untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ulasan ini. Diterjemah oleh Tan Yao Mei (Klinik Pergigian Sungai Tiang). Disunting oleh Shazlin Shaharudin (Universiti Sains Malaysia).

Petikan
Bradbury KE, Coffey S, Earle N, Ni Mhurchu C, Jull AB. Riboflavin supplements for blood pressure lowering in adults. Cochrane Database of Systematic Reviews 2025, Issue 10. Art. No.: CD015464. DOI: 10.1002/14651858.CD015464.pub2.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan