Langkau ke kandungan utama

Apakah manfaat dan risiko penggunaan metformin untuk rawatan penyakit buah pinggang kronik?

Mesej-mesej utama

- Kajian ini tidak dapat menemui bukti yang cukup untuk menunjukkan bahawa metformin mempunyai sebarang kesan terhadap fungsi buah pinggang. Penemuan kami terhad kerana kebanyakan kajian melihat kepada kajian yang mengendalikan dua populasi pesakit spesifik (mereka yang mempunyai penyakit buah pinggang sista atau diabetes) dan kerap tidak melaporkan sepenuhnya kesan-kesan terhadap fungsi buah pinggang.

- Bukti lebih lanjut dalam bentuk kajian rawak terkawal yang besar, direka dengan baik adalah diperlukan untuk menilai dengan lebih kukuh sama ada metformin boleh menjadi rawatan pelindung jangka panjang untuk mereka dengan penyakit buah pinggang kronik.

Mengapakah perlu menggunakan metformin untuk mencegah perkembangan penyakit buah pinggang kronik?

Penyakit buah pinggang kronik mengurangkan kebolehan buah pinggang untuk mengeluarkan produk buangan daripada badan. Sesetengah bukti mencadangkan bahawa metformin, sejenis ubat yang digunakan secara tradisional untuk diabetes, boleh membantu melambatkan perkembangan penyakit buah pinggang dan mengekalkan fungsi buah pinggang.

Apakah yang ingin kami ketahui?

Kami ingin mengetahui sama ada metformin meningkatkan atau mengekalkan fungsi buah pinggang, mengurangkan peluang buah pinggang gagal, atau mengurangkan peluang orang mati. Kami juga ingin mengetahui sama ada metformin adalah berkaitan dengan sebarang kesan-kesan sampingan yang tidak diingini dalam orang dengan penyakit buah pinggang.

Apakah yang kami lakukan?

Kami telah mencari untuk kajian-kajian yang telah menyiasat penggunaan metformin berbanding plasebo atau ubat-ubatan lain dalam orang dengan penyakit buah pinggang kronik dengan atau tanpa diabetes dan mengukur fungsi buah pinggang. Kami membandingkan dan merumuskan dapatan kajian dan menilai keyakinan kami berdasarkan bukti seperti faktor kaedah kajian, kejelasan, ketelusan, dan bilangan pesakit yang terlibat.

Apakah yang kami temui?

Kami menemui sebelas kajian yang menyertakan 8449 peserta. Empat kajian menyertakan orang dengan penyakit-penyakit buah pinggang sista, dan tujuh kajian melibatkan orang dengan diabetes. Selepas mengulas bukti, masih kurang pasti sama ada metformin meningkatkan atau mengekalkan fungsi buah pinggang atau sama ada ia mengurangkan peluang jangka panjang mengalami kegagalan buah pinggang atau kematian. Penggunaan metformin telah meningkatkan kemungkinan kesan-kesan sampingan yang diketahui seperti gangguan-gangguan gastrousus.

Apakah batasan bukti?

Untuk kebanyakan dapatan jangka panjang berkaitan buah pinggang yang kami nilai, dapatan tersebut tidak memberi sebarang tahap kepastian berkenaan potensi kesan-kesan metformin. Kami telah menemui kualiti kajian yang pelbagai. Sesetengah kajian melaporkan sebagai rumusan abstrak ringkas yang memberikan beberapa butiran tentang kaedah kajian dan keputusan, sementara yang lain dianggap sebagai berkualiti rendah disebabkan reka bentuk kajian yang berkualiti lemah, bilangan pesakit yang sedikit, dan bias disebabkan oleh percanggahan antara kaedah yang telah ditentukan dan apa yang akhirnya diterbitkan. Hanya satu daripada 11 kajian yang dianggap penyelidikan berkualiti tinggi.

Sejauh manakah bukti ini terkini?

Bukti ini terkini sehingga 19 Julai 2023.

Nota terjemahan

Sila hubungi cochrane@rumc.edu.my untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini. Diterjemah oleh Kuan Pei Xuan (Institute for Clinical Research). Disunting oleh Norhayati Mohd Noor (Universiti Sains Malaysia).

Petikan
El-Damanawi R, Stanley IK, Staatz C, Pascoe EM, Craig JC, Johnson DW, Mallett AJ, Hawley CM, Milanzi E, Hiemstra TF, Viecelli AK. Metformin for preventing the progression of chronic kidney disease. Cochrane Database of Systematic Reviews 2024, Issue 6. Art. No.: CD013414. DOI: 10.1002/14651858.CD013414.pub2.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan