Langkau ke kandungan utama

Apakah manfaat dan risiko suntikan sel stem untuk osteoartritis lutut?

Mesej utama

• Dibandingkan dengan suntikan plasebo, suntikan sel stem untuk orang dengan osteoartritis lutut boleh sedikit memperbaiki sakit dan fungsi.

• Kami tidak pasti sama ada suntikan sel stem memperlahankan perkembangan penyakit, meningkatkan kualiti hidup atau peluang kejayaan rawatan, atau sama ada suntikan sel stem adalah selamat.

Apakah osteoartritis?

Osteoartritis ialah penyakit sendi. Sendi kehilangan rawan dan perubahan yang lain pada struktur sendi boleh berlaku. Hal ini boleh membawa kepada kesakitan dan mengurangkan keupayaan untuk menggunakan sendi.

Bagaimanakah osteoartritis dirawat?

Kebanyakan rawatan bertujuan untuk melegakan simptom, walaupun hanya sedikit adalah efektif. Pembedahan penggantian sendi adalah satu-satunya rawatan muktamad, dan ia dikhaskan untuk orang dengan penyakit teruk yang tidak mengalami sebarang manfaat daripada rawatan yang lain.

Sel stem adalah jenis sel khas yang boleh berkembang menjadi sel matang di beberapa bahagian badang berbeza, termasuk sel yang menghasilkan tisu rawan, tulang dan tisu lemak. Oleh itu, secara teori, sel stem tersebut boleh membawa kepada pertumbuhan semula rawan yang rosak pada sendi, di mana telah membawa kepada penggunaannya sebagai rawatan untuk osteoartritis.

Apakah yang kami ingin ketahui?

Kami ingin mengetahui sama ada suntikan sel stem memperbaiki sakit, fungsi, rawatan berjaya dan kualiti hidup, melambatkan perkembangan penyakit atau membawa kepada kemudaratan dalam orang dengan osteoartritis lutut.

Apakah yang kami lakukan?

Kami telah mencari kajian yang menyiasat suntikan sel stem berbanding dengan plasebo, tiada rawatan atau penjagaan biasa (rutin), atau rawatan yang lain dalam osteoartritis lutut.

Kami telah membandingkan dan merumuskan keputusan kajian dan menilai tahap keyakinan kami terhadap bukti, berdasarkan faktor seperti kepelbagaian dalam suntikan sel stem, kesempurnaan bukti dan saiz kajian.

Apakah yang kami temui?

Kami telah menemui 25 kajian (1341 peserta), menyertakan 8 kajian (459 peserta) yang membandingkan suntikan sel stem ke dalam lutut dengan suntikan plasebo. Kajian yang selebihnya telah membandingkan suntikan sel stem dengan tiada rawatan atau penjagaan biasa (2 kajian, 30 peserta), suntikan intra-artikular glukokortikoid (1 kajian, 33 peserta), suntikan asid hyaluronik (7 kajian, 429 peserta), suntikan plasma kaya platelet (2 kajian, 142 peserta), oral acetaminophen (parasetamol; 1 kajian, 51 peserta), NSAID (ubat anti radang bukan steroid) ditambah dengan terapi fizikal ditambah dengan suntikan asid hyaluronik (1 kajian, 57 peserta) dan suntikan sel stem ditambah dengan intervensi bersama intra-artikular berbanding dengan intervensi bersama sahaja (3 kajian, 140 peserta). Kajian telah dikendalikan di seluruh dunia, termasuk Eropah, Timur Tengah, Asia, Amerika Syarikat, Amerika Selatan, United Kingdom dan Australia.

Keputusan utama

DIbandingkan dengan suntikan plasebo, suntikan sel stem mungkin memperbaiki sakit dan fungsi secara sedikit.

Kesakitan diukur pada skala 0 hingga 10 (0 ialah tiada sakit) pada enam bulan adalah 1.2 mata lebih baik dengan suntikan sel stem.

• Orang yang telah menerima suntikan sel stem menilai kesakitan mereka sebagai 3.3 mata.

• Orang yang telah menerima suntikan plasebo menilai kesakitan mereka sebagai 4.5 mata.

Fungsi telah diukur pada skala 0 hingga 100 (0 ialah fungsi terbaik) pada enam bulan adalah 14.2 mata lebih baik dengan suntikan sel stem.

• Orang yang telah menerima suntikan sel stem menilai fungsi mereka sebagai 32.1 mata.

• Orang yang telah menerima suntikan plasebo menilai fungsi mereka sebagai 46.3 mata.

Tidak jelas sama ada suntikan sel stem memperbaiki kualiti hidup diukur pada skala 0 hingga 100 (0 adalah fungsi terbaik ) pada enam bulan.

• Orang yang telah menerima suntikan sel stem menilai kualiti hidup mereka sebagai 68.1 mata.

• Orang yang telah menerima suntikan plasebo menilai kualiti hidup mereka sebagai 45.3 mata.

Selepas suntikan sel stem, 153 lebih orang per 1000 telah menilai rawatan mereka berjaya pada 12 bulan.

• 683 per 1000 telah melaporkan rawatan berjaya dengan suntikan sel stem.

• 530 per 1000 telah melaporkan rawatan berjaya dengan suntikan plasebo.

Selepas suntikan sel stem, kurang tujuh orang per 1000 telah mengalami peristiwa buruk serius pada 12 bulan.

• 16 per 1000 orang telah mengalami peristiwa buruk serius dengan suntikan sel stem.

• 23 per 1000 orang telah mengalami peristiwa buruk serius dengan suntikan plasebo.

Tiada penarikan diri daripada kajian disebabkan oleh kemudaratan daripada suntikan sel stem atau plasebo telah dilaporkan.

Perkembangan penyakit tidak dinilai dalam mana-mana kajian.

Apakah batasan bukti?

Keyakinan kami terhadap anggaran kesakitan dan fungsi adalah rendah disebabkan penyediaan optimum dan dos sel stem adalah tidak diketahui, dan berbeza-beza merentas kajian. Selanjutnya, sehingga tiga kajian lebih besar tidak dapat disertakan, disebabkan mereka telah dikendalikan tetapi ditarik balik oleh penyelidik sebelum melaporkan keputusan.

Kami tidak pasti sama ada lebih orang melaporkan kejayaan rawatan, atau peningkatan dalam kualiti hidup. Kami kurang pasti tentang risiko kemudaratan serius dan kemudaratan yang membawa kepada pemberhentian rawatan disebabkan oleh, tambahan kepada sel stem berbeza-beza yang telah digunakan merentas kajian dan kehilangan keputusan daripada kajian besar, terdapat sebilangan kecil peristiwa.

Sejauh manakah bukti ini terkini?

Bukti ini terkini sehingga 15 September 2023.

Nota editorial: Ini adalah ulasan sistematik berterusan. Kami mencari untuk bukti baru setiap tiga bulan dan mengemas kini ulasan tersebut semasa kami mengenal pasti bukti baru yang relevan. Sila rujuk kepada Pangkalan Cochrane Ulasan Sistematik untuk status terkini ulasan ini.

Nota terjemahan

Sila hubungi cochrane@rumc.edu.my untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini. Diterjemah oleh Kuan Pei Xuan (Institute for Clinical Research). Disunting oleh Khaw Loke Tim (IMU University).

Petikan
Whittle SL, Johnston RV, McDonald S, Worthley D, Campbell TM, Cyril S, Bapna T, Zhang J, Buchbinder R. Stem cell injections for osteoarthritis of the knee. Cochrane Database of Systematic Reviews 2025, Issue 4. Art. No.: CD013342. DOI: 10.1002/14651858.CD013342.pub2.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan