Langkau ke kandungan utama

Terapi gen untuk hemofilia

Soalan ulasan

Kami mengulas bukti tentang keselamatan dan keberkesanan terapi gen untuk merawat pesakit hemofilia A atau hemofilia B.

Latar belakang

Hemofilia ialah penyakit pendarahan yang disebabkan oleh gen rosak yang menghasilkan protein pembekuan darah yang abnormal. Terapi gen mengubah atau mengganti gen rosak ini dengan gen yang normal. Kami mencari ujian yang menggunakan pendekatan mengubah atau mengganti gen rosak untuk menghasilkan protein pembekuan darah normal bagi merawat hemofilia. Ini adalah kemas kini bagi Ulasan Cochrane yang telah diterbitkan.

Tarikh pencarian

Bukti adalah terkini sehingga: 17 April 2020.

Keputusan utama

Kami tidak menemui sebarang ujian untuk memberikan bukti yang boleh dipercayai tentang risiko atau faedah terapi gen untuk hemofilia. Terdapat keperluan untuk ujian yang menilai kebolehlaksanaan jangka panjang, kejayaan dan risiko terapi gen untuk penghidap haemofilia.

Nota terjemahan

Diterjemahkan oleh Hanis Hamdan (Pelajar Pascasiswazah, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia). Disunting oleh Shazlin Shaharudin (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Petikan
Sharma A, Easow Mathew M, Sriganesh V, Reiss UM. Gene therapy for haemophilia. Cochrane Database of Systematic Reviews 2020, Issue 4. Art. No.: CD010822. DOI: 10.1002/14651858.CD010822.pub4.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan