Langkau ke kandungan utama

Tempohmasa memulakan terapi penggantian buah pinggang (dialisis) untuk kecederaan buah pinggang akut

Apakah isunya?

Kecederaan buah pinggang akut (AKI) lazim terjadi kepada pesakit yang dimasukkan ke unit jagaan rapi (ICU); ianya berkaitan dengan kadar kematian yang tinggi dan dicirikan dengan kehilangan fungsi buah pinggang yang sangat cepat. Penghidap AKI menunjukkan peningkatan tahap toksin uremia dalam serum (kreatinin dan urea), serum potasium dan asid metabolik, pengumpulan cecair dan dalam kebanyakan kes pengurangan pengeluaran air kencing. Dalam populasi ini, lebihan beban bahan-bahan kimia dan cecair berkait dengan peningkatan kadar kematian. Secara teorinya, kumuhan awal toksin dan cecair yang berlebihan daripada pengaliran darah mungkin menambahbaik kesan ke atas pesakit (seperti kadar kematian dan pemulihan fungsi buah pinggang).

Terapi penggantian buah pinggang (KRT), juga dikenali sebagai dialisis, adalah teknik pembersihan darah yang membolehkan penyingkiran cecair dan toksin yang berlebihan. KRT melibatkan darah dialihkan daripada pesakit melalui kateter (tiub berlubang, fleksibel yang diletakkan ke dalam vena) menerusi sistem penapis yang mengeluarkan cecair yang berlebihan dan toksin; darah yang telah ditulenkan kemudiannya dikembalikan kepada pesakit melalui kateter. Permulaan KRT yang awal menambahbaik pembuangan toksin dan cecair yang berlebihan.

Ulasan ini bertujuan untuk mengkaji kesan masa permulaan KRT yang berbeza (awal atau standard) ke atas kematian, pemulihan fungsi buah pinggang, dan kesan-kesan yang tidak diingini dalam penghidap AKI yang tenat.

Apa yang kami lakukan?

Kami mencari literasi sehingga 4 Ogos 2022 dan mengenal pasti 12 kajian yang mendaftarkan 4880 pesakit kritikal dengan AKI yang dinilai dalam ulasan ini.

Apakah yang telah kami dapati?

Berbanding dengan standard, permulaan KRT awal mungkin tidak mempunyai faedah ke atas kematian; walau bagaimanapun, boleh meningkatkan pemulihan fungsi buah pinggang dan mungkin mengurangkan bilangan hari di ICU dan tinggal di hospital, tetapi meningkatkan risiko kejadian buruk pada pesakit dengan AKI di unit rawatan rapi. Namun begitu, berkaitan kematian dan pemulihan fungsi buah pinggang, permulaan KRT awal menunjukkan pelbagai nilai yang merangkumi faedah dan juga kemudaratan.

Nota terjemahan

Diterjemahkan oleh Noor Salwah S. Omar (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Mohd. Shaharudin Shah Che Hamzah (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Petikan
Fayad AI, Buamscha DG, Ciapponi A. Timing of kidney replacement therapy initiation for acute kidney injury. Cochrane Database of Systematic Reviews 2022, Issue 11. Art. No.: CD010612. DOI: 10.1002/14651858.CD010612.pub3.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan