Langkau ke kandungan utama

Penapis

Bukti

Buku Panduan/Manual

Berita

Adakah reseksi septum meningkatkan peluang kelahiran hidup di kalangan wanita pada umur boleh mengandung dengan rahim berseptum?

Bantu menambah baik Ringkasan Cochrane – lengkapkan survey ringkas ini

Mesej utama

  • Berdasarkan satu kajian rawak, boleh terdapat sedikit sehingga tiada perbezaan dalam kelahiran hidup dan kehamilan yang berterusan antara reseksi septum (pembuangan septum secara pembedahan) dan pengurusan kehamilan (lihat-dan-tunggu).

  • Kami mempunyai keyakinan yang sangat rendah terhadap penemuan daripada kajian bukan rawak.

  • Lebih banyak kajian berkualiti tinggi adalah diperlukan untuk meningkatkan keyakinan kami terhadap keputusannya.

Apakah rahim berseptum?

Rahim berseptum ialah kelainan pada rahim (rahim) yang wujud sejak kelahiran, di mana rahim terbahagi kepada dua rongga. Wanita dengan rahim berseptum adalah berisiko untuk ketidaksuburan, keguguran berulang, dan kelahiran pramatang. Pembedahan untuk mengeluarkan septum dianggap tidak meningkatkan hasil ini, tetapi keberkesanan prosedur adalah tidak jelas.

Apakah yang ingin diketahui?

Kami ingin mengetahui sama ada reseksi septum (pembedahan pengeluaran septum) meningkatkan peluang kelahiran hidup di kalangan wanita dengan rahim berseptum, dan sama ada manfaat tersebut melebihi kemungkinan komplikasi prosedur.

Apakah yang dilakukan?

Kami telah melihat kepada kajian daripada percubaan terkawal rawak (RCTs), iaitu kajian di mana orang ditugaskan kepada satu daripada dua atau lebih kumpulan rawatan menggunakan satu kaedah rawak. Kajian sedemikian adalah dianggap sebagai berkualiti tinggi. Kami juga melihat kepada kajian bukan rawak, sebagai contohnya kajian yang menyemak dan menganalisis rekod perubatan. Kajian sedemikian dianggap berkualiti sangat rendah.

Apakah yang ditemukan?

Kami telah menemui satu RCT dan 12 kajian bukan rawak, di mana 10 kajian telah menyemak dan menganalisis rekod perubatan. Semua kajian telah membandingkan reseksi septum kepada pengurusan kehamilan (lihat-dan-tunggu). Dalam RCT, 39 wanita telah menerima reseksi septum dan 40 wanita telah menerima pengurusan kehamilan. Dalam 12 kajian bukan terawak, 1134 wanita telah menerima reseksi septum dan 692 wanita telah menerima pengurusan kehamilan.

Keputusan utama

  • Keputusan daripada RCT mencadangkan bahawa terdapat sedikit sehingga tiada perbezaan dalam kelahiran hidup antara reseksi septum dan pengurusan kehamilan. Berdasarkan keputusan daripada kajian bukan rawak, kami tidak pasti sama ada reseksi septum boleh meningkatkan kelahiran hidup.

  • RCT melaporkan satu penembusan rahim (lubang atau koyakan pada dinding rahim) dan satu sisa septum (bahagian septum yang tertinggal yang tidak dikeluarkan semasa pembedahan). Daripada kajian bukan rawak yang melaporkan komplikasi pembedahan, tiga menggambarkan sebagai tiada komplikasi, dan tiga melaporkan kebanyakannya penembusan rahim, pendarahan, atau sisa septum yang memerlukan pembedahan berulang. Kajian-kajian yang selebihnya tidak melaporkan komplikasi.

  • Keputusan daripada RCT mencadangkan bahawa terdapat sedikit sehingga tiada perbezaan dalam kehamilan yang berterusan di antara reseksi septum dan pengurusan kehamilan. Berdasarkan keputusan daripada kajian bukan rawak, kami tidak pasti sama ada reseksi septum menjejaskan kehamilan yang sedang berlangsung.

  • Keputusan daripada RCT mencadangkan bahawa terdapat sedikit sehingga tiada perbezaan dalam kehamilan klinikal (di mana tanda-tanda janin boleh dilihat atau didengar) antara reseksi septum dan pengurusan kehamilan. Berdasarkan keputusan daripada kajian bukan rawak, kami tidak yakin sama ada reseksi septum boleh meningkatkan kehamilan klinikal.

  • Reseksi septum boleh meningkatkan keguguran berbanding dengan pengurusan kehamilan; walau bagaimanapun, kajian adalah sangat kecial, jadi kami mempunyai kurang keyakinan terhadap bukti. Berdasarkan keputusan daripada kajian bukan rawak, kami tidak pasti sama ada reseksi septum mengurangkan keguguran berbanding dengan pengurusan kehamilan.

Apakah keterbatasan bukti tersebut?

Kami mempunyai sedikit keyakinan terhadap bukti RCT, disebabkan kajian adalah sangat kecil, dan tidak mempunyai kajian mencukupi untuk memastikan keputusannya. Kami mempunyai keyakinan yang sangat rendah terhadap bukti daripada kajian bukan rawak, disebabkan kajian tersebut dikendalikan pada orang yang berlainan jenis, dan ia berkemungkinan bahawa orang di dalam kajian tersebut mengetahui rawatan apa yang diterima oleh mereka.

Adakah bukti ini yang terkini?

Bukti ini terkini sehingga September 2025.

Nota terjemahan

Sila hubungi cochrane@rumc.edu.my untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ulasan ini. Diterjemah oleh Kuan Pei Xuan (Institute for Clinical Research). Disunting oleh Mohd Shaharudin Shah Che Hamzah (USM).

Ulasan Cochrane ini pada asalnya dicipta dalam bahasa Inggeris. Ketepatan terjemahan adalah tanggungjawab pasukan terjemahan yang menghasilkannya. Terjemahan dihasilkan dengan berhati-hati dan mengikut proses standard untuk memastikan kawalan kualiti. Namun, sekiranya berlaku ketidakpadanan, terjemahan yang tidak tepat atau tidak sesuai, versi asal Bahasa Inggeris diutamakan.

Petikan
Joosse MI, Kostova EB, Rikken JFW, Mol BWJ, Goddijn M, van Wely M. Septum resection for women of reproductive age with a septate uterus. Cochrane Database of Systematic Reviews 2025, Issue 11. Art. No.: CD008576. DOI: 10.1002/14651858.CD008576.pub5.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan