Mesej utama
• Bagi bayi yang dilahirkan pramatang, kita tidak tahu sama ada cahaya berkitar di unit rawatan intensif neonatal (NICU) mempunyai kesan terhadap pertumbuhan, perkembangan sistem saraf, dan kesan yang tidak diingini.
• Kami tidak tahu sama ada cahaya berkitar di NICU mengurangkan tempoh penginapan di hospital.
• Penyelidikan masa depan dalam bidang ini harus menumpukan pada penilaian kesan cahaya berkitar dalam NICU terhadap kesihatan jangka panjang.
Apakah cahaya berkitar di unit rawatan intensif?
Bayi yang dilahirkan pramatang tidak menerima isyarat yang mencukupi mengenai sistem badan dari ibu mereka untuk mengembangkan irama sirkadian mereka, yang merupakan jam dalaman badan. Mereka biasanya dijaga di NICU selepas lahir, di mana pencahayaan terang yang berterusan sering digunakan. Persekitaran sedemikian tidak mempunyai isyarat khusus masa, seperti kitaran terang dan gelap. Ini boleh mengehadkan perkembangan sistem saraf lagi. Cahaya berkitar merujuk kepada kaedah di mana pencahayaan di NICU diselaraskan, biasanya meniru kitaran semula jadi terang dan kegelapan yang akan dialami oleh bayi di luar hospital.
Apakah yang kami ingin tahu?
Kami ingin mengetahui manfaat dan kemudaratan cahaya berkitar di NICU pada pertumbuhan bayi, perkembangan sistem saraf, tempoh penginapan di hospital, tempoh rawatan oksigen, dan kesan sampingan yang tidak diingini.
Apakah yang kami lakukan?
Kami mencari kajian yang melihat kepada cahaya berkitar berbanding dengan kegelapan hampir atau cahaya terang berterusan di NICU. Kami bandingkan dan merumuskan keputusan kajian dan menilai tahap keyakinan kami terhadap bukti, berdasarkan faktor-faktor seperti kaedah dan saiz kajian.
Apakah yang kami temui?
Kami menemui 20 kajian yang melibatkan 1633 bayi yang dilahirkan pramatang. Kajian ini membandingkan cahaya berkitar dengan hampir kegelapan atau cahaya terang berterusan di NICU, dan dijalankan di negara-negara di seluruh dunia.
Berbanding dengan kegelapan hampir, kita tidak tahu sama ada cahaya berkitar membuat perbezaan kepada pertumbuhan bayi, perkembangan sistem saraf, tempoh tinggal di hospital, tempoh rawatan oksigen, atau kesan sampingan yang tidak diingini.
Berbanding dengan kegelapan hampir, kita tidak tahu sama ada cahaya berkitar membuat perbezaan kepada pertumbuhan bayi, perkembangan sistem saraf, tempoh tinggal di hospital, tempoh rawatan oksigen, atau kesan sampingan yang tidak diingini. Cahaya berkitar boleh mengurangkan tempoh penginapan di hospital sebanyak 10 hari, tetapi kami sangat tidak pasti mengenai keputusan ini.
Apakah batasan bukti?
Kami tidak yakin dengan bukti, kerana tidak ada kajian yang mencukupi dengan bayi yang mencukupi (saiz sampel), yang dijalankan dengan baik, untuk memastikan keputusannya. Kajian tidak semuanya memberikan data mengenai hasil ulasan.
Sejauh manakah bukti ini terkini?
Ulasan ini mengemas kini ulasan 2026 kami. Bukti ini terkini sehingga September 2023.
Sila hubungi cochrane@rumc.edu.my untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini. Diterjemah oleh Amanda Yap Qiao Ying (Hospital Putrajaya). Dikemskini. Disunting oleh Mohamad Masykurin Mafauzy (Universiti Sains Malaysia).