Mesej utama
-
Dalam kalangan wanita dengan uterus (rahim), terapi estrogen sahaja (tanpa progestogen) mungkin meningkatkan risiko hiperplasia endometrium (penebalan lapiran rahim yang berkembang menjadi kanser) berbanding dengan plasebo (rawatan “dummy”) atau terapi hormon gabungan berterusan (di mana kedua-dua estrogen dan progestogen diambil setiap hari). Terapi estrogen sahaja mungkin meningkatkan risiko hiperplasia endometrium berbanding dengan terapi gabungan berurutan (di mana estrogen diambil setiap hari tetapi progestogen diambil hanya pada beberapa hari dalam sebulan).
-
Wanita yang menggunakan terapi hormon gabungan berurutan mungkin mempunyai risiko endometrium hiperplasia yang tinggi pada satu tahun dibandingkan dengan wanita yang menggunakan plasebo. Mungkin terdapat sedikit atau tiada perbezaan dalam risiko hiperplasia endometrium pada tahun pertama antara wanita yang menggunakan terapi hormon gabungan berterusan dan wanita yang menggunakan plasebo.
-
Kami tidak dapat membuat sebarang kesimpulan yang bermakna tentang risiko prakanser atau perubahan kanser tentang lapisan rahim dalam wanita yang menggunakan pelan dos berbeza bagi terapi hormon gabungan.
Apakah terapi hormon?
Terapi hormon melibatkan penggunaan hormon (biasanya estrogen, progestogen, atau kedua-duanya) untuk menguruskan gejala menopaus yang menyusahkan. Pendekatan yang disyorkan untuk wanita yang menggunakan dos berkesan yang terendah dan ulasan rawatan secara kerap dengan doktor mereka. Kajian terdahulu menunjukkan rawatan dengan estrogen sahaja boleh meningkatkan risiko penebalan lapisan rahim (hiperplasia endometrium), yang boleh berkembang menjadi kanser. Penambahan progesteron hormon mengurangkan risiko hiperplasia endometrium tetapi boleh mendatangkan kesan yang tidak diiingini.
Apakah yang ingin diketahui?
Kami ingin menilai sama ada gabungan terapi hormon berbeza adalah mencukupi untuk melindungi daripada hiperplasia endometrium dan kanser endometrium dan semasa membandingkan pelan dos untuk melihat sama ada lebih baik daripada yang lain. Kami ingin mengetahui sama ada dos progestogen terendah adalah selamat untuk mengimbangi dos estrogen tertentu (rendah, sederhana atau tinggi). Kami juga ingin menyertakan kajian yang menilai cara berbeza penggunaan terapi hormon, bukan hanya tablet (seperti tampalan, gel, semburan hidung, sistem intrauterin, dan sisipan faraj), disebabkan mereka tersedia dengan lebih meluas dan penggunaannya semakin meningkat.
Ia adalah penting untuk mengetahui gabungan terapi hormon yang menyediakan perlindungan mencukupi pada lapisan rahim. Sekiranya kami menemui dos progestogen yang lebih rendah adalah mencukupi untuk dos estrogen tertentu, maka ia boleh membantu mengurangkan kesan yang tidak diingini.
Apakah yang kami lakukan? kami
Kami telah mencari dan memilih semua kajian yang menangani soalan kami. Kami telah menggunakan senarai semak untuk memastikan kami hanya menyertakan kajian dengan maklumat yang boleh kami sahkan. Kami telah menilai kualiti kajian, menganalisis keputusan, dan merumuskan penemuan kami.
Apakah yang temukan?
Kami telah menyertakan 72 kajian yang melibatkan 40,652 wanita dalam ulasan ini.
Terapi estrogen dengan sendirinya mungkin meningkatkan risiko hiperplasia endometrium pada satu tahun dan kemudian membandingkan kepada plasebo atau terapi gabungan berterusan (di mana estrogen dan progestogen adalah diambil bersama setiap hari).
Terapi hormon gabungan berurutan (di mana estrogen diambil setiap hari tetapi progestogen hanya diambil pada sesetengah hari dalam sebulan) mungkin meningkatkan risiko hiperplasia endometrium berbanding dengan plasebo pada satu tahun. Terapi estrogen dengan sendirinya mungkin meningkatkan risiko hiperplasia endometrium apabila dibandingkan dengan terapi gabungan berurutan (di mana estrogen diambil setiap hari tetapi progestogen hanya diambil beberapa kali dalam sebulan) pada satu tahun dan kemudian.
Mungkin terdapat sedikit perbezaan terhadap risiko hiperplasia endometrium dengan terapi gabungan berterusan dan dengan plasebo pada satu tahun. Terapi estrogen dengan sendirinya mungkin meningkatkan risiko hiperplasia endometrium apabila dibandingkan dengan terapi gabungan berterusan pada satu tahun dan kemudian.
Kami tidak pasti sama ada rancangan dos khusus untuk terapi hormon gabungan mengurangkan risiko hiperplasia endometrium. Kami tidak pasti jenis terapi hormon yang mengurangkan risiko kanser endometrium. Penyelidikan lebih lanjut perlu memberi tumpuan kepada rejimen terapi hormon gabungan berbeza yang mungkin mengurangkan risiko hasil tersebut.
Apakah keterbatasan bukti tersebut?
Untuk kebanyakan kajian yang membandingkan pelan dos terapi hormon, terdapat terlalu sedikit wanita yang didiagnosis dengan hiperplasia endometrium atau kanser untuk dapat membuat kesimpulan bermakna.
Adakah bukti ini yang terkini?
Kami telah mencari semua bukti tersedia sehingga 22 Julai 2024.
Sila hubungi cochrane@rumc.edu.my untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini. Diterjemah oleh Kuan Pei Xuan (Institute for Clinical Research). Disunting oleh Lai Nai Ming, School of Medicine, Taylor’s University, Malaysia.