Berapa tepatkah alat diagnostik untuk gangguan spektrum autisme dalam kalangan kanak-kanak prasekolah?

Soalan ulasan

Berapa tepatkah alat untuk mendiagnos gangguan spektrum autisme (ASD) dalam kalangan kanak-kanak prasekolah?

Mengapa diagnosis tepat ASD penting?

Tidak mendiagnos ASD dalam kalangan kanak-kanak apabila ia wujud (keputusan negatif palsu) bermakna kanak-kanak dengan ASD mungkin terlepas daripada menerima intervensi awal dan keluarga mungkin terlepas sokongan dan pendidikan pada masa yang tepat. Diagnosis ASD yang tidak tepat (keputusan positif palsu) mungkin menyebabkan stres keluarga, yang membawa kepada penyiasatan dan rawatan yang tidak perlu, dan meletakkan tekanan lebih besar ke atas sumber perkhidmatan yang terhad.

Apakah matlamat ulasan ini?

Untuk mengetahui alat yang lazim diguna paling berkesan untuk membuat diagnosis ASD dalam kalangan kanak-kanak prasekolah. Penyelidik Cochrane mengulas 13 artikel yang diterbitkan untuk menjawab soalan ini.

Apakah yang dikaji dalam ulasan ini?

Enam ujian telah diulas: Empat kajian mengumpul maklumat tentang tingkah laku kanak-kanak daripada temuramah dengan ibubapa atau penjaga (Autism Diagnostic Interview-Revised (ADI-R), Gilliam Autism Rating Scale (GARS), Diagnostic Interview for Social and Communication Disorder (DISCO), dan Developmental, Dimensional, and Diagnostic Interview (3di)); satu alat memerlukan profesional terlatih untuk memerhatikan tingkah laku kanak-kanak terhadap tugas spesifik (Autism Diagnostic Observation Schedule (ADOS)); dan satu alat menggabungkan pemerhatian kanak-kanak dengan temu ramah ibu bapa atau penjaga (Childhood Autism Rating Scale (CARS)).

Apakah keputusan utama ulasan ini?

Ulasan ini memasukkan 21 set analisis relevan yang dijalanakan atas jumlah 2900 kanak-kanak. Keputusan adalah tersedia untuk hanya tiga alat: ADOS (Modul 1 dan 2), CARS, dan ADI-R. JIka instrumen diaplikasi ke atas 1000 kanak-kanak, 740 dengan ASD, jadi 696, 592, dan 385 kanak-kanak akan dikenalpasti dengan tepat oleh ADOS, CARS, dan ADI-R masing-masing, dan 52, 31 dan 42 kanak-kanak tanpa ASD akan silap diklasifikasi sebagai mempunyai ASD. Daripada 260 kanak-kanak tanpa ASD, 208, 229, dan 218 akan tepat diklasifikasikan dengan ADOS, CARS, dan ADI-R, masing-masing, dan 44, 148, dan 355 kanak-kanak dengan ASD akan silap diklasifikasi sebagai tidak mempunyai ASD.

Lihat Gambar 1.

Satu terbitan melihat penggunaan ADI-R bersama ADOS dan mendapati penggunaan kedua-dua alat bersama tidaklah lebih tepat daripada penggunaan ADOS sahaja.

Sejauh mana ketepatan analisis keputusan dalam ulasan ini?

Penggunaan pelbagai pendekatan klinikal anggaran terbaik membawa kepada diagnosis dalam kalangan kanak-kanak. Kaedah ini lazim diguna di dalam penyelidikan tetapi tidak selalu mereplikakan penilaian pelbagai disiplin yang disyorkan untuk diagnosis klinikal.

Masalah dengan cara sesetengah kajian dijalankan dan kewujudan konflik kepentingan dalam sesetengah penerbitan mungkin menampakkan ADOS, CARS, dan ADI-R kelihatan lebih berkesan daripada yang sebenar. Juga, jika alat-alat tersebut digunakan dalam populasi dengan prevalen ASD rendah, lebih tinggi perkadaran kanak-kanak yang tidak ada ASD mungkin menerima diagnosis ASD.

Angka yang ditunjukkan di atas mewakili nilai purata merentasi analisis. Walau bagaimanapun, oleh kerana anggaran individu berbeza-beza, kami tidak pasti sama ada ADOS akan selalu memberikan keputusan tersebut. Bilangan kanak-kanak yang dimasukkan ke dalam kajian yang dijalankan sehinga hari ini, termasuk kajian yang membangindkan ketepatan perlbagai alat, tidak cukup untuk membangkitkan keyakinan dalam keputusan tersebut.

Kepada siapakah keputusan Ulasan ini terpakai?

Kajian yang dimasukkan dijalankan di Australia, Kanada, India, Netherlands, United Kingdom, dan Amerika Syarikat. Kajian memasukkan kanak-kanak lebih muda daripada umur enam tahun, atau kanak-kanak dengan purata umur kurang daripada enam tahun, dengan kesukaran bahasa, kelewatan perkembangan, ketidakupayaan intelektual, atau masalah kesihatan mental, yang hadir ke perkhidmatan klinikal atau mendaftar dalam kajian penyelidikan.

Apakah implikasi Ulasan ini?

Penemuan terkini mencadangkan ADOS adalah terbaik untuk tidak terlepas kanak-kanak ASD dan adalah sama dengan CARS dan ADI-R iaitu tidak silap mendiagnosis ASD di dalam seorang kanak-kanak yang tidak mempunyai ASD. ADOS mempunyai ketepatan yang boleh diterima dalam populasi dengan prevalen yang tinggi ASD. Walau bagaimanapun, ada kemungkinan terlebih diagnosis jika alat tersebut diguna dalam populasi prevalen ASD yang lebih rendah, Penemuan ini menyokong amalan syor terkini untuk alat diagnostik ASD diguna sebagai sebahagian daripada penilaian pelbagai disiplin, berbanding sebagai instrumen diagnostik tunggal.

Adakah ulasan ini terkini?

Ulasan ini adalah terkini sehingga Julai 2016.

Nota terjemahan: 

Diterjemah oleh Khoo Jing Hern (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi khoojinghern@hotmail.com.

Tools
Information