Menggunakan antibiotik secara sedutan bagi merawat jangkitan kuman paru paru yang menjadi teruk untuk sementara waktu di kalangan pengidap ‘cystic fibrosis

Soalan ulasan

Apakah bukti yang ada untuk menggunakan antibiotik yang disedut bagi merawat eksaserbasi (flare up) jangkitan paru-paru baru mereka yang menghidap cystic fibrosis?

Latar belakang

‘Cystic fibrosis’ (CF) merupakan penyakit genetik yang serius, ia menyebabkan lendir atau mukus menjadi sangat melekit dibeberapa organ di dalam badan. Di dalam paru-paru, lendir melekit ini boleh membawa kepada jangkitan kuman yang berulang. Eksaserbasi menjadikan simptom-simptom jangkitan menjadi lebih teruk. Antibiotik merupakan satu bahagian rawatan yang penting dan boleh diberikan melalui mulut (oral), melalui jarum ke dalam aliran darah (intravena) atau melalui sedutan ubat. Kami ingin mengetahui adakah sedutan antibiotik menambahbaik kesihatan pengidap CF secara umum berbanding dengan kaedah-kaedah lain. Ini mungkin bermakna penghidap cystic fibrosis boleh mengelakkan kemasukan ke hospital kerana memerlukan antibiotik intravena dan beberapa kesan sampingan rawatan intravena tersebut. Sedutan antibiotik juga lebih mudah bagi pesakit yang sukar mendapatkan akses kepada salur darah mereka. Ini merupakan versi ulasan yang telah dikemaskini.

Tarikh carian

Penyelidik terakhir mencari bukti pada 7 Mac 2022.

Ciri-ciri kajian

Kami mendapati lima kajian membandingkan cara yang berbeza untuk memberi antibiotik apabila merawat eksaserbasi kepada sejumlah 183 individu dengan cystic fibrosis. Dua kajian membandingkan antibiotik yang disedut sahaja dengan antibiotik intravena sahaja (77 peserta) dan tiga kajian membandingkan gabungan antibiotik yang disedut dan intravena kepada antibiotik intravena sahaja (106 peserta). Dalam semua kajian, antibiotik yang disedut dibandingkan dengan antibiotik yang sama yang diberikan secara intravena. Bilangan peserta dalam setiap kajian adalah antara 16 hingga 62 peserta.

Keputusan utama

Sedutan antibiotik sahaja berbanding antibiotik intravena sahaja

Satu kajian (18 peserta) melaporkan penambahbaikan yang dilihat secara mata kasar pada gaya hidup didalam kedua-dua kumpulan, tetapi kedua kajian ini tidak melaporkan kejadian di mana peserta terpaksa tidak berkerja atau bersekolah disebabkan oleh keadaan mereka. Kedua-dua kajian mengukur fungsi paru-paru, tetapi keduanya melaporkan tiada perbezaan diantara kumpulan rawatan yang berbeza. Satu kajian (18 peserta) melaporkan tiada perbezaan dalam keperluan antibiotik tambahan dan kajian kedua (59 peserta) melaporkan tempoh masa sehingga eksaserbasi seterusnya - tidak ada perbezaan antara antibiotik yang disedut atau intravena bagi kedua-dua hasil. Hanya satu kajian (18 peserta) mengukur kejadian yang tidak diingini dan mikrobiologi kahak, tetapi tidak menemui apa-apa perbezaan antara rawatan untuk mana-mana hasil.

Sedutan antibiotik dicampur antibiotik intravena berbanding antibiotik intravena sahaja

Satu kajian mendapati bahawa kemungkinan tiada perbezaan terhapat kualiti hidup diantara rawatan. Semua kajian melaporkan fungsi paru-paru, tetapi tidak menemui perbezaan diantara kumpulan-kumpulan. Satu kajian menunjukkan terdapat sedikit atau tiada perbezaan terhadap tempoh masa sehingga eksaserbasi seterusnya. Tiada satu pun daripada kajian melaporkan tentang keperluan untuk antibiotik tambahan; bagaimanapun, satu kajian (28 peserta) mendapati tiada perbezaan dalam bilangan kemasukan ke hospital diantara kumpulan. Mungkin tiada perbezaan diantara kumpulan mengenai kejadian buruk dan satu kajian (62 peserta) melaporkan tiada perbezaan terhadap kemunculan organisma rentang antibiotik.

Kepastian bukti

Kami menilai kepastian bukti sebagai sangat rendah atau rendah. Kami mempunyai kebimbangan kerana hanya satu kajian menyatakan bagaimana peserta didiagnosis dengan CF atau cara mereka menentukan eksaserbasi. Tidak mungkin untuk merahsiakan jenis rawatan yang mana yang diterima oleh peserta, kerana kajian-kajian ini membandingkan cara yang berbeza bagi memberikan antibiotik; kami fikir perkara ini berkemungkinan mempengaruhi beberapa keputusan. Kami tidak pasti sama ada peserta ditempatkan di dalam kumpulan-kumpulan yang berbeza secara rawak dan kami tidak tahu bagaimana perkara ini mungkin menjejaskan keputusan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Noor Salwah S. Omar (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Rosnani Zakaria (Universiti Sains Malaysia).Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information