Toksin botulinum untuk sakit bahu

Ringkasan ulasan Cochrane ini membentangkan apa yang kita tahu dari kajian mengenai kesan toksin botulinum terhadap sakit bahu.

Ulasan ini menunjukkan bahawa untuk orang yang mengalami sakit bahu dan kekejangan otot, toksin botulinum:

-mungkin mampu melegakan kesakitan;

-mungkin memberi kesan sampingan;

-kesan terhadap fungsi fizikal dan kecacatan tidak dilaporkan.

Kami seringkali tidak mempunyai maklumat tepat tentang kesan-kesan sampingan dan komplikasi. Hal ini terutamanya penting untuk kesan sampingan suntikan toksin botulinum yang jarang berlaku tetapi serius seperti kesukaran menelan, kesakitan otot, jangkitan salur pernafasan atau ruam.

Apakah itu toksin botulinum dan apakah itu sakit bahu?

Sakit bahu adalah penyakit biasa yang melibatkan orang dewasa di seluruh dunia. Ia boleh disebabkan oleh beberapa keadaan seperti tendinitis cuff pemutar, capsulitis adhesif, osteoartritis bahu dan penyakit sendi acromio-clavicular. Walaupun sakit bahu sering lega dengan sendiri, kadang-kala ia boleh berlanjutan dan menyebabkan kecacatan.

Toksin botulinum dihasilkan oleh bakteria, Clostridium botulinum. Untuk orang yang mempunyai kekejangan otot dan sakit pada bahu mereka, ia mungkin berfungsi dengan menghalang isyarat saraf otot ke otak dan seterusnya mengurangkan rasa sakit di bahu. Toksin botulinum diberikan sebagai suntikan di pejabat doktor atau klinik.

Anggaran terbaik terhadap apa yang berlaku kepada mereka yang mengalami kekejangan otot dan sakit bahu selepas 6 hingga 24 minggu

Kesakitan (selepas 6 hingga 12 minggu)

-mereka yang menerima suntikan toksin botulinum menilai kesakitan mereka sebagai 4 pada skala 0 hingga 10;

-mereka yang menerima suntikan palsu (plasebo) menilai kesakitan mereka sebagai 5 pada skala 0 hingga 10;

-mereka yang mempunyai suntikan toksin botulinum menilai kesakitan mereka menjadi lebih baik hanya lebih 1 titik selepas rawatan (perbezaan mutlak: 12%).

Kesan sampingan (selepas 24 minggu)

-33 orang daripada 100 yang mempunyai suntikan toksin botulinum mempunyai kesan sampingan;

-24 orang daripada 100 yang mempunyai suntikan palsu (plasebo) mengalami kesan sampingan;

-9 lebih orang daripada 100 mengalami kesan sampingan dengan toksin botulinum secara suntikan (9% perbezaan mutlak).

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Khaw Loke Tim (International Medical University). Disunting oleh Norhayati Mohd Noor (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi LokeTimKhaw@imu.edu.my

Tools
Information