Discaj awal dengan sokongan rumah bagi penyusuan gavage untuk bayi pramatang yang stabil yang belum menerima penyusuan penuh melalui oral

Soalan kajian: Adakah polisi discaj awal untuk bayi pramatang yang stabil dengan sokongan rumah penyusuan gavage berbanding dengan polisi discaj bayi-bayi tersebut apabila mereka telah mencapai hisapan penuh menghasilkan peningkatan dalam penyusuan, pembesaran dan hasil klinikal yang lain?

Latar belakang: Bayi yang dilahir pramatang (sebelum 37 minggu) biasanya tidak dibenarkan keluar dari hospital sehingga mereka dapat menghisap kesemua penyusuan mereka. Discaj awal untuk bayi yang stabil tetapi masih memerlukan suapan gavage (tiub) boleh menyatukan keluarga lebih awal dan mungkin mengurangkan perbelanjaan. Bayi-bayi ini boleh beralih ke hisapan penuh di rumah dengan sedikit sokongan profesional. Walau bagaimanapun, amalan ini boleh menimbulkan beban kepada keluarga dan mungkin meningkatkan komplikasi semasa peralihan dari penyusuan tiub.

Ciri-ciri pengajian: Data dari satu kajian rawak kuasi dengan 88 bayi daripada 75 keluarga didaftarkan dalam ulasan ini.

Keputusan utama: Bayi dalam program discaj awal dengan suapan gavage dirumah mempunyai purata lebih kurang sembilan hari hospitalisasi yang lebih singkat daripada bayi dalam kumpulan kawalan. Bayi dalam program discaj awal juga mempunyai risiko jangkitan klinikal yang lebih rendah semasa tempoh penyusuan gavage dirumah berbanding dengan bayi dalam kumpulan kawalan semasa tempoh hospitalisasi yang sama. Tiada perbezaan yang ketara telah diperhatikan diantara kumpulan dalam tempoh dan tahap penyusuan susu ibu, pertambahan berat badan, kemasukan hospital semula dalam 12 bulan pertama selepas discaj dari program penyusuan gavage di rumah atau dari hospital. Skor yang didapati mencerminkan kepuasan ibu-bapa atau penggunaan perkhidmatan kesihatan.

Kesimpulan: Bukti masih diperlukan mengenai kesan discaj awal untuk bayi pramatang yang stabil tetapi masih memerlukan penyusan gavage (tiub).

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Foo Sook Lee (Penang Medical College). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi fslee@pmc.edu.my.

Tools
Information
Share/Save