Podcast : Terapi cahaya untuk pencegahan kemurungan musim sejuk

Ramai orang mengalami “kemurungan musim sejuk”, tetapi sesetengah orang mengalami sesuatu yang lebih teruk, iaitu gangguan afektif bermusim, yang mempunyai kesan besar terhadap kualiti kehidupan mereka. Terapi cahaya adalah satu daripada intervensi yang digunakan untuk mencegah kemurungan tersebut. Satu pasukan penyelidik dari Austria dan Amerika Syarikat telah menerbitkan ulasan Cochrane yang dikemas kini pada Mac 2019. Penulis utama, Barbara Nussbaumer, dari Universiti Danube Krems di Austria, meringkaskan penemuan dalam fail digital media ini.

- Baca transkrip

Gangguan afektif bermusim, yang juga dikenali sebagai kemurungan musim sejuk, adalah episode kemurangan utama yang berulang mengikut musim. Penyakit ini biasanya berlaku semasa musim gugur atau musim sejuk dan berhenti pada musim bunga. Satu ciri yang sangat berbahaya adalah risiko tinggi, penyakit ini berulang dan bertahan lama. Dua pertiga daripada mereka yang mendapat penyakit ini mengalami kemurungan setiap tahun. Walau bagaimanapun, aspek bermusim yang boleh diramal ini telah menyediakan satu peluang yang baik untuk pencegahan. Penyelidik sedang bekerja menghasilkan satu siri empat ulasan untuk intervensi-intervensi yang mungkin boleh membantu. Dalam ulasan ini para penyelidik memberi tumpuan kepada kesan terapi cahaya, satu intervensi bukan farmakologi yang sudah mantap untuk merawat episod gangguan afektif akut, terapi ini mendedahkan orang kepada cahaya tiruan. Akan tetapi amat sedikit yang diketahui tentang penggunaannya untuk mencegah kemurungan musim sejuk.

Cara penyampaian dan bentuk cahaya yang digunakan adalah berbeza-beza dan penyelidik ingin menyiasat sama ada apa-apa bentuk terapi cahaya dapat mengurangkan risiko episod kemurungan baru pada pesakit yang mempunyai sejarah gangguan afektif bermusim, dan bebas dari gejala-gejala tersebut pada permulaan rawatan pencegahan. Penyelidik mencari secara meluas untuk kajian-kajian yang membandingkan terapi cahaya dengan tiada rawatan, jenis terapi cahaya lain, atau intervensi lain seperti antidepresan atau terapi psikologi; tetapi, malangnya, hanya satu kajian rawak terkawal yang boleh digunakan untuk ulasan ini. Kajian ini adalah satu kajian sepusat dari Belanda yang merangkumi sejumlah 46 peserta dari klinik pesakit luar. Intervensi dilaksanakan di rumah peserta, setelah mereka diperuntukan secara rawak ke salah satu daripada tiga kelompok peserta: ia itu cahaya visor putih, cahaya visor inframerah tulen, dan tidak ada pendedahan cahaya. Mereka diarahkan menggunakan terapi cahaya 30 minit sehari pada waktu pagi kecuali pada hujung minggu.

Secara keseluruhannya, kedua-dua bentuk terapi pencegahan cahaya mengurangkan kejadian gangguan afektif bermusim berbanding dengan tiada terapi cahaya. Kedua-dua intervensi tersebut menghasilkan kadar kemurungan yang sama apabila berbanding antara satu sama lain. Walau bagaimanapun, kualiti bukti untuk semua hasil kajian ini adalah sangat rendah, dengan risiko berat sebelah yang tinggi kerana tiada pembutaan kajian, tiada maklumat mengenai peserta yang tercicir, dan batasan lain, seperti saiz sampel kajian yang kecil. 

Secara ringkasnya, bukti mengenai keberkesanan terapi cahaya untuk mencegah gangguan afektif bermusim adalah terhad. Penyelidik tidak dapat membuat kesimpulan yang kukuh dari kajian yang sedia ada. Oleh itu, apa-apa keputusan mengenai penggunaan terapi cahaya dengan cara ini haruslah berdasarkan kepada pilihan pesakit sehingga lebih banyak kajian boleh didapati.

Butiran mengenai satu kajian baru yang dimasukkan, termasuk pencarian yang luas yang dijalankan oleh Barbara dan rakan-rakannya untuk ulasan ini boleh didapati di Perpustakaan Cochrane. Jika anda pergi ke Cochrane Library dot com dan cari 'terapi cahaya dan SAD', anda akan dapat ulasan itu dan sebarang kemas kini pada masa depan, jika lebih banyak penyelidikan boleh didapati.

Diterjemahkan oleh Raymond Chiang Siang Ching (Klinik Kesihatan Nanga Wak). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi raymondchieng@gmail.com dan disunting oleh Tan May Loong  (RCSI & UCD Malaysia Campus untuk ulasan Bahasa Inggeris yang bertajuk "Light therapy for prevention  of  winter depression".

Tutup transkrip