Cochrane mempunyai beberapa ulasan sistematik mengenai pengurusan pesakit di unit penjagaan intensif, merangkumi pelbagai intervensi, dan kemas kini salah satu daripadanya pada Oktober 2016 mengumpulkan bukti terkini tentang kesan-kesan penjagaan higin oral. Helen Worthington, salah seorang penulis ulasan dan Editor Penyelaras Kumpulan Kesihatan Oral Cochrane di Universiti Manchester di UK memberitahu lebih maklumat.
Fail digital media ini diterjemah oleh Wan Alia Wan Abdullah dan Siti Aisyah Nordin dari Klinik Pergigian Kementerian Kesihatan Malaysia.
Cochrane mempunyai beberapa ulasan sistematik mengenai pengurusan pesakit di unit penjagaan intensif, merangkumi pelbagai intervensi, dan kemas kini salah satu daripadanya pada Oktober 2016 mengumpulkan bukti terkini tentang kesan-kesan penjagaan higin oral. Helen Worthington, salah seorang penulis ulasan dan Editor Penyelaras Kumpulan Kesihatan Oral Cochrane di Universiti Manchester di UK memberitahu lebih maklumat.
Ramai pesakit di unit penjagaan intensif di hospital memerlukan ventilasi mekanikal kerana keupayaan mereka untuk bernafas tanpa bantuan telah terjejas oleh trauma, keadaan perubatan atau pembedahan terbaru. Salah satu komplikasi yang boleh berlaku ialah pneumonia yang berkait dengan ventilator, yang umumnya didefinisi sebagai pneumonia yang terbentuk dalam pesakit yang telah menerima ventilasi mekanikal sekurang-kurangnya 48 jam. Insiden pneumonia yang berkait dengan ventilator dalam kalangan pesakit-pesakit tersebut adalah setinggi 52% dalam beberapa kajian.
Beliau memberitahu kesihatan oral turut merosot berikutan kemasukan ke unit penjagaan intensif. Plak pergigian boleh berkumpul lebih cepat dalam kalangan pesakit-pesakit ini kerana kemungkinan mulut yang kering, dan kehadiran tiub ventilasi yang menyukarkan penjagaan oral. Pesakit-pesakit kritikal ini bergantung kepada staf-staf hospital untuk keperluan nutrisi dan higin, dan adalah penting untuk memahami cara terbaik menyampaikannya. Dengan itu, ulasan mereka menilai semua intervensi penjagaan higin oral oleh pesakit-pesakit yang menggunakan ventilator di unit penjagaan intensif, selain antitbiotik, untuk menentukan kesan-kesan pneumonia yang berkait dengan ventilator. Hasil sekunder termasuklah mortaliti dan sebarang laporan kejadian buruk intervensi.
Para penulis memasukkan 38 kajian, melibatkan sejumlah lebih 6000 pesakit di dalam ulasan mereka. Dua perbandingan utama adalah higin oral menggunakan ubat kumur atau gel klorheksidina dengan plasebo atau penjagaan biasa, dan higin oral dengan memberus gigi berbanding higin oral tanpa memberus gigi.
Bukti memberus gigi (dengan atau tanpa antiseptik) adalah lebih lemah. Mereka mendapati kesan pneumonia yang berkaitan dengan ventilator adalah tidak pasti, berdasarkan bukti berkualiti rendah daripada 5 kajian dan tiada bukti perbezaan dalam jumlah kematian dengan memberus gigi atau tanpa memberus gigi.
Ringkasnya, higin oral termasuk ubat kumur klorheksidina atau gel mengurangkan risiko kejadian pneumonia berkaitan ventilator dalam kalangan pesakit kritikal. Walau bagaimanapun, para penulis tidak mendapati bukti perbezaan dalam mortaliti. Juga tiada bukti bahawa higin oral termasuk memberus gigi adalah berbeza daripada penjagaan tanpa memberus gigi dapat mencegah kejadian pneumonia berkaitan ventilator, namun meraka ingin melihat penyelidikan lanjut dalam hal ini. Juga mereka mendapati tiada cukup bukti untuk menentukan sama ada sebarang intervensi yang dinilai dalam kajian-kajian tersebut berkait dengan kesan-kesan buruk.
Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai dua perbandingan utama ini daripada Ulasan Cochrane, dan intervensi-intervensi lain yang dikaji dalam 38 kajian tersebut, anda boleh ke Perpustakaan Cochrane dot com dan cari 'ventilasi mekanikal dan kesihatan oral'.
Fail digital media ini diterjemah oleh Wan Alia Wan Abdullah dan Siti Aisyah Nordin dari Klinik Pergigian Kementerian Kesihatan Malaysia.