Podcast : Sedasi Kanak-Kanak yang Menjalani Rawatan Pergigian

Ketakutan yang berkaitan dengan lawatan ke doktor gigi adalah lazim dan, dalam kalangan kanak-kanak terutamanya ia boleh menyukarkan pemberian rawatan yang mereka perlukan. Oleh itu, di antara banyak ulasan mengenai kesan rawatan pergigian, Kumpulan Kesihatan Oral Cochrane mengekalkan ulasan kesan-kesan sedasi dalam kalangan kanak-kanak yang menjalani rawatan tersebut. Kemas kini ketiga yang diterbitkan pada Disember 2018 dan pengarang utama, Paul Ashley, dari UCL Eastman Dental Institute di London, England memberitahu hal semasa di dalam audio siar ini.

- Baca transkrip

Fail Digital Media ini diterjemah oleh Dr Bryan John Paulose selaku Pengarah Pergigian, BP Healthcare, Malaysia. Disunting oleh Prof Noorliza Mastura Ismail dari Kolej Perubatan Melaka- Manipal.

Menurut Monaz Mehta, selaku editor Jabatan Editorial dan Kaedah Cochrane, ketakutan yang berkaitan dengan lawatan ke doktor gigi adalah lazim dan, dalam kalangan kanak-kanak terutamanya ia boleh menyukarkan pemberian rawatan yang mereka perlukan. Oleh itu, di antara banyak ulasan mengenai kesan rawatan pergigian, Kumpulan Kesihatan Oral Cochrane mengekalkan ulasan kesan-kesan sedasi dalam kalangan kanak-kanak yang menjalani rawatan tersebut. Kemas kini ketiga yang diterbitkan pada Disember 2018 dan pengarang utama, Paul Ashley, dari UCL Eastman Dental Institute di London, England memberitahu hal semasa di dalam audio siar ini.

Kanak-kanak yang takut terhadap doktor gigi sering kali menunjukkan tingkah laku tidak mahu bekerjasama atau sukar semasa lawatan mereka. Jika ini menghalang rawatan yang berkesan, ia boleh mengakibatkan kerosakan gigi kanak-kanak yang tidak dirawat. Teknik pengurusan tingkah laku mungkin membantu tetapi sering tidak cukup. Bagi kanak-kanak yang tidak boleh diurus, doktor gigi mungkin mempertimbangkan penggunaan sedasi dan mereka menilai keberkesanan ubat-ubatan untuk menenangkan kanak-kanak sambil kekal sedar untuk menjalankan rawatan pergigian; tetapi mendapati lebih banyak lubang daripada tampalan di dalam bukti-bukti.

Mereka mengenalpasti sejumlah 50 kajian rawak yang melibatkan lebih 3,700 kanak-kanak dari negara-negara di seluruh dunia; tetapi kebanyakan kajian-kajian tersebut berisiko bias tinggi. Agak sukar untuk menggabungkan data kerana sebab-sebab seperti pelbagai hasil yang dilaporkan, campuran dos dan kaedah pemberian yang digunakan untuk ubat-ubatan, dan bilangan besar ubat-ubatan dan gabungan ubat-ubatan yang diuji. Sebenarnya, 34 kombinasi berbeza dicatatkan di dalam ulasan dan dari semua intervensi yang dinilai, hanya satu metaanalisis boleh dibuat, yang menggabungkan keputusan enam kajian kecil yang membandingkan midazolam oral dengan plasebo. Ia menunjukkan midazolam oral mungkin berkesan tetapi ia bermakna hanya sedikit boleh dikatakan tentang kesan rawatan-rawatan, tetapi banyak mengenai keperluan untuk penyelidikan masa depan.

Mereka membuat beberapa syor untuk kajian baharu bagi menangani beberapa isu yang dihadapi. Umumnya ia adalah masalah yang dilihat dalam banyak ulasan-ulasan Cochrane lain mengenai kualiti laporan yang kurang baik, perawakan, kajian yang terlalu kecil, dan sebagainya. Tetapi terdapat beberapa isu khusus kepada ulasan mereka, termasuklah keperluan untuk lebih konsisten dalam hasil ukuran yang digunakan; pertimbangan lebih baik tentang julat umur yang dinilai, kerana teknik sedatif yang sesuai untuk kanak-kanak berusia 3 tahun mungkin berbeza dengan mereka yang berumur 12 tahun; dan lebih banyak kajian tentang ubat yang sama dan kombinasi ubat-ubatan untuk membolehkan penilaian lebih baik terhadap keberkesanan keseluruhan.

Secara ringkas, walaupun ulasan mereka menunjukkan bukti kepastian sederhana bahawa midazolam oral adalah agen sedatif yang berkesan untuk kanak-kanak yang menjalani rawatan pergigian, terdapat keperluan untuk kajian klinikal yang direka dan dilaporkan dengan baik untuk menilai agen-agen sedatif berpotensi yang lain. Kajian juga harus mempertimbangkan untuk menilai rejim eksperimen terhadap midazolam oral atau nitrus oksida yang disedut.

Jika anda ingin meneliti penemuan kemas kini terkini dengan lebih terperinci, dan menonton kemas kini masa depan terutamanya jika cadangan membawa kepada percubaan yang lebih baik pada masa akan datang, anda boleh mencari semakan dalam talian di Perpustakaan Cochrane dot com dengan carian ‘sedasi untuk rawatan pergigian'.

Tutup transkrip