Mesej Utama
Masih tiada penjelasan kukuh sama ada individu dengan skizofrenia tidak responsif mendapat hasil yang lebih baik jika menukar kepada ubat antipsikotik yang berbeza atau dengan meneruskan ubat semasa mereka, kerana penemuan yang ada masih tidak pasti.
Beberapa kajian yang dijalankan dilihat berbeza dengan ketara dari segi penggunaan antipsikotik, tempoh kajian dan definisi tidak responsif.
Kita memerlukan kajian yang ini dijalankan di masa hadapan untuk memperkukuhkan penjelasan topik penting ini.
Apakah skizofrenia?
Skizofrenia adalah gangguan mental berpanjangan yang serius. Ia mempengaruhi fikiran, emosi dan tingkah laku seseorang. Kira-kira 1 dalam 100 orang akan mengalami skizofrenia pada satu ketika dalam hidup mereka. Lelaki dan wanita mempunyai kebarangkalian yang sama untuk mengalami gangguan ini sepanjang hayat, walaupun lelaki lebih cenderung didiagnosis lebih awal.
Bagaimanakah ia dirawat?
Ubat Psikotik merupakan rawatan utama untuk Skizofrenia. Antipsikotik membantu mengawal gejala yang dialami oleh penghidap Skizofrenia termasuk halusinasi, khayalan, pemikiran tidak teratur dan keresahan yang teruk.
Walaubagaimanapun, kebanyakan penghidap Skizofrenia tidak bertindak balas terhadap rawatan awal antipsikotik mereka (disebut skizofrenia 'tidak responsif'). Dalam situasi ini, pilihan rawatan termasuk: menambah lebih banyak ubat antipsikotik; menambah agen psikotropik yang lain (iaitu ubat untuk gangguan mental yang lain daripada antipsikotik, termasuk penstabil mood dan antidepresan); meningkatkan dos ubat awal yang diberikan, atau bertukar kepada ubat antipsikotik lain . Walaubagaimanapun, penentuan rawatan yang terbaik masih belum jelas.
Apakah yang kami ingin ketahui?
.Ulasan ini bertujuan untuk mengkaji sama ada penukaran ubat antipsikotik berbeza adalah bertentangan dengan meneruskan rawatan dengan penggunaan ubat yang sama akan menyumbang kepada penambahbaikan respon rawatan, mengurangkan gejala skizofrenia secara keseluruhan dan khusus, dan mengakibatkan kadar keciciran yang lebih tinggi atau kesan buruk (iaitu kesan tidak diingini, memudaratkan).
Apakah yang kami lakukan?
Kami telah mencari kajian yang mengkaji perbandingan penukaran antipsikotik dengan meneruskan antipsikotik yang sama pada orang dengan skizofrenia yang tidak bertindak balas terhadap rawatan awal mereka. Kami membandingkan dan merumuskan keputusan kajian, dan menilai keyakinan kami terhadap , berdasarkan faktor seperti kaedah dan saiz kajian.
Apakah yang kami temui?
Kami telah menemui hanya 10 kajian yang telah dijalankan melibatkan 997 individu. Kebanyakan kajian yang dijalankan hanya melibatkan bilangan peserta yang kecil; hanya tiga kajian yang mempunyai lebih daripada 100 peserta.
Kami menemui tiada perbezaan diantara kedua-dua strategi (iaitu, penggunaan antipsikotik berbeza berbanding meneruskan dengan antipsikotik asal) dalam hasil utama kami, termasuk tindak balas terhadap ubat-ubatan, toleransi (diukur sebagai bilangan orang yang meninggalkan kajian awal disebabkan oleh kesan buruk), dan kualiti hidup. Namun begitu, bukti yang ada tidak dapat menyokong bagi dapatan hasil yang kami fokuskan.
Apakah batasan bukti?
Tahap keyakinan kami terhadap evidens adalah terhad, terutamanya disebabkan oleh bilangan kajian yang sedikit dan jumlah peserta yang rendah. Selain itu, kajian berbeza yang dijalankan secara meluas dari segi antipsikotik yang diuji, reka bentuk dan tempoh kajian, dan takrifan bukan tindak balas yang digunakan oleh pengkaji. Kajian yang lebih besar dan direka bentuk dengan baik amat diperlukan untuk membantu profesional penjagaan kesihatan menentukan cara terbaik untuk merawat orang dengan Skizofrenia tidak responsif.
Sejauh manakah bukti ini terkini?
Bukti terkini adalah setakat Disember 2022.
Sila hubungi cochrane@rumc.edu.my untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini. Diterjemah oleh Nadia Nur Syafiqah Nazar (International Islamic University). Disunting oleh Mohd. Shaharudin Shah Che Hamzah (Universiti Sains Malaysia).