Langkau ke kandungan utama

Apakah kesan kombinasi intervensi psikososial dan ubatan untuk membantu mereka yang mengambil alkohol secara berlebihan?

Mesej utama

Berbanding dengan intervensi psikososial sahaja, penggunaan ubat mungkin selamat dan membantu mereka yang mengalami masalah penggunaan alkohol (AUD) untuk mengurangkan pengambilan alkohol.

Disebabkan bilangan kajian sedia ada yang terhad, kami tidak pasti sama ada kombinasi intervensi psikososial dan ubat, jika dibandingkan dengan ubat sahaja atau tiada rawatan atau penjagaan biasa, dapat membantu pesakit yang mengalami masalah AUD inui.

Lebih banyak kajian diperlukan untuk melihat kesan kombinasi intervensi berbanding intervensi dengan ubat sahaja atau tanpa rawatan atau penjagaan biasa.

Apakah masalah penggunaan alkohol (AUD)?

AUD ialah gangguan mental di mana terdapat ketidakupayaan untuk mengawal penggunaan alkohol dan episod penggunaan alkohol yang tidak terkawal yang kerap, dan ia berkaitan dengan peningkatan risiko kemalangan, kematian pramatang dan penyakit seperti kanser, sirosis hati dan gangguan neurologi.

Bagaimana AUD dirawat?

Intervensi psikososial dan ubat digunakan untuk membantu orang dengan AUD untuk mengurangkan penggunaan alkohol. Intervensi psikososial yang biasa digunakan dalam rawatan orang dengan AUD ialah:

• intervensi tingkah laku kognitif (bertujuan untuk membantu orang mengenali dan mengubah suai pemikiran dan kepercayaan negatif mereka, dan tingkah laku tidak diingini, melalui tugas tingkah laku dan kemahiran untuk menangani keinginan untuk mengambil alkohol);
• intervensi pengurusan luar jangka (bertujuan untuk memberi ganjaran orang yang kurang penggunaan alkohol melalui wang, baucar atau hadiah);
• temuduga motivasi (bertujuan untuk meningkatkan motivasi untuk kurang penggunaan alkohol);
• pemudaharaan dua belas langkah (intervensi yang telah menyesuaikan kaedah Alcoholics Anonymous dengan menggalakkan kehadiran Alcoholics Anonymous).

Daripada ubat-ubatan sedia ada, yang berikut telah diluluskan oleh agensi kawalselia utama:

• acamprosate (disyorkan untuk mengekalkan tempoh tanpa alkohol);
• acamprosate (disyorkan untuk mengekalkan tempoh tanpa alkohol);
• naltrexone (disyorkan untuk mencapai dan mengekalkan tempoh tanp[a alkohol dan mengurangkan pengambilan alkohol).

Apakah yang ingin kami ketahui?

Kami ingin mengetahui sama ada kombinasi ubat dan intervensi psikososial lebih berkesan daripada intervensi psikososial sahaja, ubat sahaja atau penjagaan biasa (pendidikan atau maklumat tentang penggunaan alkohol) dalam membantu pesakit dengan AUD untuk mengurangkan atau menghentikan penggunaan alkohol.

Apakah yang kami lakukan?

Kami telah mencari kajian di mana pesakit dibahagikan secara rawak kepada satu daripada dua atau lebih kumpulan rawatan, yang membandingkan kombinasinya (kombinasi ubat dan intervensi psikososial) dengan intervensi psikososial sahaja, ubat sahaja atau penjagaan biasa. Kami menyimpulkan keputusan kajian dan membuiat penilaian terhadap bukti, berdasarkan faktor seperti kaedah dan saiz kajian.

Apakah yang kami temui?

Kami menemui 21 kajian dengan 4746 orang dengan AUD yang dirawat sebagai pesakit luar selama lebih kurang 4 bulan.

Peserta kebanyakannya lelaki, berumur kira-kira 44 tahun, yang melaporkan minum kira-kira 12 minuman setiap hari minum, dengan kira-kira 70% hari minum. Kajian telah dijalankan di Amerika Syarikat, Eropah, dan Kanada. Kebanyakan kajian menerima dana awam.

Kami menemui 20 kajian (4498 peserta) membandingkan kombinasi farmakologi dan psikososial, dengan intervensi psikososial sahaja. Kami menemui hanya sedikit kajian dan peserta yang terhad yang dibandingkan rawatan kombinasinya dengan ubat sahaja (3 kajian; 1871 peserta) atau dengan rawatan biasa (2 kajian; 1623 peserta). Dalam kebanyakan kes, rawatan kombinasi terdiri daripada terapi tingkah laku kognitif sebagai intervensi psikososial, dan naltrexone sebagai ubat.

Berbanding dengan intervensi psikososial sahaja, rawatan kombinasi mungkin mengurangkan bilangan pesakit yang melaporkan minum berlebihan, dan yang mungkin meningkatkan bilangan pesakit yang mengekalkan pantang tanpa alkohol yang berterusan. Rawatan kombinasi mungkin mempunyai sedikit atau tiada kesan ke atas jumlah hari berpantang tanpa alkohol, risiko kesan tidak diingini yang serius (iaitu kematian atau peristiwa yang memerlukan kemasukan ke hospital), dan bilangan orang yang gagal menamatkan rawatan. Ia boleh mempunyai sedikit atau tiada kesan pada bilangan hari di mana orang mengambil alkohol dalam kuantiti yang banyak, bilangan minuman setiap hari minum dan risiko kesan tidak diingini.

Kami tidak pasti sama ada rawatan kombinasi, jika dibandingkan dengan ubat-ubatan sahaja, mengurangkan bilangan minuman setiap hari minum. Ia boleh mempunyai sedikit atau tiada kesan ke atas bilangan hari berpantang dan pada bilangan pesakit yang tidak menamatkan rawatan atas sebarang sebab. Kami tidak pasti tentang kesan ke atas bilangan pesakit yang mengekalkan pantang berterusan, mereka yang mengambil jumlah alkohol yang banyak, dan mereka yang tidak menamatkan rawatan disebabkan oleh kesan tidak diingini.

Kami tidak pasti tentang kesan rawatan kombinasi, jika dibandingkan dengan rawatan seperti biasa, ke atas bilangan pesakit yang mengambil alkohol dalam kuantiti yang banyak, yang tidak menamatkan rawatan, dan pada bilangan hari berpantang.

Batasan bukti

Keputusan kami boleh tidak terpakai kepada pelbagai jenis pesakit dengan AUD, semua intervensi psikososial dan farmakologi, dan negara, kerana kajian tidak melihat setiap rawatan tersedia untuk AUD, dan mereka dijalankan terutamanya di Amerika Syarikat dan Eropah.

Sejauh manakah bukti ini terkini?

Bukti adalah terkini sehingga November 2023.

Nota terjemahan

Sila hubungi cochrane@rumc.edu.my untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini. Diterjemah oleh Irfan Mohamad (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Mohd. Shaharudin Shah Che Hamzah (Universiti Sains Malaysia).

Petikan
Minozzi S, La Rosa GR, Salis F, Camposeragna A, Saulle R, Leggio L, Agabio R. Combined pharmacological and psychosocial interventions for alcohol use disorder. Cochrane Database of Systematic Reviews 2025, Issue 3. Art. No.: CD015673. DOI: 10.1002/14651858.CD015673.pub2.