Mengapa ulasan ini penting?
Kajian rawak adalah sejenis kajian saintifik yang biasanya digunakan untuk menguji rawatan penjagaan kesihatan baru. Dalam kajian rawak, orang yang bersetuju untuk turut serta akan dimasukkan secara rawak (secara kebetulan) ke dalam satu daripada dua atau lebih kumpulan rawatan dan kemudiannya dikaji untuk satu tempoh masa. Pasukan penyelidikan cuba berhubung dengan mereka untuk mengumpulkan maklumat tentang bagaimana keadaan mereka. ‘Susulan’ ini boleh berakhir daripada hari ke tahun bergantung kepada kajian, tetapi semakin lama kajian berlangsung, semakin sukar ia boleh berlaku. Hal ini mungkin disebabkan orang terlalu sibuk untuk membalas, tidak dapat datang ke klinik, atau hanya tidak mahu untuk turut serta lagi. Penyimpanan orang dalam kajan dikenali sebagai ‘pengekalan’. Sekiranya pengekalan lemah, ia boleh membuat keputusan kajian kurang pasti tetapi kebanyakan kajian tidak mendapat data daripada semua orang yang telah memulakan kajian tersebut.
Maklumat yang dikumpul semasa susulan, kadangkala dikenali sebagai data, membantu pasukan kajian untuk menentukan jenis rawatan yang diuji adalah paling berkesan. Selalunya maklumat ini dikumpulkan terus daripada pesakit dengan meminta mereka untuk melengkapkan soal selidik atau dengan meminta mereka untuk kembali kepada lawatan klinik.
Terdapat banyak cara untuk mengumpul data daripada orang dalam kajian. Hal ini termasuk menggunakan surat, internet, panggilan telefon, mesej teks, mesyuarat bersemuka atau pemulangan kit ujian perubatan. Pasukan penyelidikan menggunakan kaedah berbeza untuk cuba mengumpul data dan ia adalah penting untuk mengetahui strategi mana yang berkesan dan berbaloi, yang merupakan sebab kami membuat ulasan ini untuk membandingkan kejayaan strategi berbeza.
Bagaimanakah kami mengenalpasti dan menilai bukti tersebut?
Kami telah mencari pangkalan data saintifik untuk kajian yang telah membandingkan strategi di mana pasukan penyelidikan telah menggunakan untuk meningkatkan pengekalan percubaan antara satu sama lain atau menentang penggunaan strategi sedemikian. Kami telah melihat kajian yang telah menyertakan peserta daripada sebarang umur, jantina, etnik, bahasa atau kumpulan geografi. Kami kemudiannya telah membandingkan keputusan kajian, dan merumuskan bukti yang telah kami temui. Akhirnya, kami telah menilai keyakinan kami terhadap bukti tersebut, berdasarkan faktor seperti kaedah yang telah digunakan dalam kajian dan saiz mereka, dan konsistensi penemuan merentas kajian.
Apakah yang ditemukan?
Kami telah mengenal pasti 70 kajian yang berkaitan, di mana telah melaporkan 81 kajian pengekalan yang melibatkan lebih daripada 100,000 peserta, yang telah menyiasat pelbagai kaedah berbeza untuk menggalakkan peserta kajian rawak untuk memberikan data dan kekal dalam kajian. Kami telah menyusun kesemuanya ke dalam kumpulan perbandingan luas tetapi, malangnya, kami tidak dapat mengatakan dengan yakin bahawa mana-mana keputusan yang telah ditemui adalah kesan sebenar dan tidak disebabkan oleh faktor yang lain, seperti kecacatan reka bentuk kajian. Oleh itu, kesan cara untuk menggalakkan orang kekal terlibat dalam percubaan masih kurang jelas dan lebih banyak kajian adalah diperlukan untuk melihat sama ada kaedah pengekalan ini benar-benar berkesan.
Sejauh manakah bukti ini pasti dan sejauh manakah ulasan ini terkini?
Strategi yang telah kami kenal pasti telah diuji di dalam kajian rawak yang berlangsung di pelbagai kawasan dan tetapan penyakit berbeza tetapi, dalam sesetengah kes, hanya diuji dalam satu kajian sahaja. Tiada satu pun perbandingan yang telah kami buat memberikan bukti berkualiti tinggi dan lebih banyak kajian diperlukan untuk membantu memberikan lebih banyak keyakinan terhadap keputusan yang telah kami temui. Bukti dalam Ulasan Cochrane ini terkini sehingga Januari 2020.
Sila hubungi cochrane@rumc.edu.my untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ulasan ini. Diterjemah oleh Kuan Pei Xuan (Institute for Clinical Research). Disunting oleh Shaun Lee (Monash University Malaysia).
Ulasan Cochrane ini pada asalnya dicipta dalam bahasa Inggeris. Ketepatan terjemahan adalah tanggungjawab pasukan terjemahan yang menghasilkannya. Terjemahan dihasilkan dengan berhati-hati dan mengikut proses standard untuk memastikan kawalan kualiti. Namun, sekiranya berlaku ketidakpadanan, terjemahan yang tidak tepat atau tidak sesuai, versi asal Bahasa Inggeris diutamakan.




