Langkau ke kandungan utama

Blok saraf abdominal untuk mencegah kesakitan berikutan pembedahan ginekologi invasif minimum

Adakah blok satah abdominis transversus (TAP) lebih efektif daripada anestetik tempatan atau tiada blok untuk merawat kesakitan pasca pembedahan pada wanita yang menjalani pembedahan ginekologi invasif minimum?

Mesej utama

Wanita menjalani pembedahan ginekologi minimum invasif (lubang kunci) yang telah menerima blok TAP untuk mengurangkan jumlah kesakitan selepas pembedahan adalah tidak mungkin mengalami perbezaan besar dalam kesakitan atau memerlukan ubat tahan sakit yang kuat apabila dibandingkan dengan mereka yang tidak menerima blok TAP.

Apakah blok TAP?

Blok TAP mengebaskan saraf dalam abdomen dengan menyuntik ubat kebas melalui kulit dan ke dalam ruang antara permukaan dan otot abdominal yang lebih dalam.

Mengapakah ini penting untuk wanita yang menjalani pembedahan ginekologi invasif minimum?

Kawalan kesakitan berikutan pembedahan adalah penting untuk pemulihan yang berjaya. Kesakitan yang dikawal dengan baik membawa kepada pengurangan keperluan tinggal di hospital, pengurangan masa daripada kerja, dan pengurangan peluang untuk kesakitan jangka panjang. Banyak wanita yang menjalani pembedahan menerima suntikan ubat kebas tepat di sebelah insisi mereka. Walau bagaimanapun, ubat kebas jenis ini cepat hilang. Memberi ubat kebas yang sama dengan lebih dalam, di dalam otot dinding perut, membolehkannya merebak dengan lebih banyak dan mungkin melambatkan seberapa cepat kesannya daripada hilang.

Apakah yang kami ingin ketahui?

Kami ingin mengetahui sama ada wanita yang telah menerima blok TAP mempunyai kurang kesakitan dan kurang menggunakan ubat tahan sakit sehari selepas pembedahan, berbanding dengan wanita yang telah menerima tiada suntikan, sejenis suntikan ubat kebas pada tempat insisi, atau blok menyamar. Kami ingin mengetahui sama ada wanita yang telah mempunyai blok TAP telah mengalami kesan sampingan memudaratkan yang serius akibat daripada blok tersebut. Akhirnya, kami ingin mengetahui sama ada wanita yang telah mempunyai blok TAP telah mengalami lebih banyak kesan sampingan ubat tahan sakit yang kuat, seperti mual, muntah, atau mengantuk selepas pembedahan.

Apakah yang kami lakukan?

Kami telah mencari kajian yang telah membandingkan wanita yang telah mempunyai blok TAP kepada mereka yang tiada blok, sejenis suntikan ubat kebas pada tapak insisi mereka, atau blok menyamar untuk pembedahan ginekologi lubang kunci mereka. Kajian diperlu memilih wanita secara rawak (wanita yang telah mempunyai peluang sama rata untuk ditugaskan kepada semua kumpulan).

Apa yang kami temui?

Kami telah menemui 21 kajian dengan 1645 wanita dewasa yang telah menjalani pembedahan ginekologi lubang kunci. Kajian tersebut telah dikendalikan di 10 negara berbeza, antara 2011 dan 2023.

Kami telah menganalisis keputusan tersebut dalam tiga perbandingan: Blok TAP telah dibandingkan kepada tiada blok, blok TAP telah dibandingkan kepada suntikan ubat kebas pada tapak insisi, atau blok TAP yang dibandingkan kepada blok menyamar.

Wanita telah menjalani pembedahan ginekologi lubang kunci yang telah menerima blok TAP mungkin mengalami kurang sedikit sakit pada hari berikutan pembedahan berbanding dengan mereka yang telah menerima suntikan kebas tempatan atau blok menyamar.

Wanita yang telah menerima blok TAP mungkin mempunyai sedikit atau tiada perbezaan dalam ubat tahan sakit kuat yang memerlukannya daripada mereka yang tidak menerima blok, ubat kebas pada tapak insisi, atau blok menyamar.

Tiada kajian yang telah melaporkan sebarang kesan memudaratkan yang serius yang berkaitan dengan blok TAP.

Wanita yang telah menerima blok TAP mungkin mengalami sedikit atau tiada perbezaan dalam loya atau muntah berbanding dengan mereka yang tidak menerima blok, ubat kebas pada tapak insisi, atau blok menyamar.

Kami kurang pasti sama ada keputusan tersebut adalah bermakna secara klinikal.

Apakah batasan bukti?

Kami sederhana yakin bahawa wanita yang telah menerima blok TAP mengalami kesakitan yang kurang berbanding dengan mereka yang menerima blok menyamar. Kami kurang yakin sama ada mereka mengalami kurang kesakitan berbanding dengan mereka yang tidak mempunyai blok atau suntikan kebas tempatan,. Ia berkemungkinan bahawa sesetengah wanita mungkin mengetahui prosedur kawalan sakit yang dimiliki oleh mereka, di mana boleh mempengaruhi keputusan tersebut.

Kami kurang pasti tentang keputusan keperluan untuk ubat tahan sakit kuat, disebabkan kemungkinan bahawa sesetengah wanita mungkin mengetahui prosedur kawalan sakit yang telah dijalani, dan disebabkan terdapat sedikit kajian yang mengukur hasil ini.

Kami sederhana yakin bahawa blok TAP ini tidak berkaitan dengan kesan sampingan memudaratkan yang serius. Kami mempunyai sederhana hingga kurang keyakinan bahawa terdapat sedikit kepada tiada perbezaan dalam loya dan muntah di kalangan semua wanita, dalam semua kumpulan. Terdapat terlalu sedikit kajian yang telah melaporkan hasil ini untuk pasti tentang keputusannya.

Sejauh manakah bukti ini terkini?

Ulasan ini adalah terkini sehingga 6 Disember 2024.

Nota terjemahan

Sila hubungi cochrane@rumc.edu.my untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini. Diterjemah oleh Kuan Pei Xuan (Institute for Clinical Research). Disunting oleh Khaw Loke Tim (IMU University).

Petikan
Alsamman S, Haas DM, Patanwala I, Klein DA, Kasper K, Pickett CM. Transversus abdominis plane (TAP) blocks for prevention of postoperative pain in women undergoing laparoscopic and robotic gynaecological surgery. Cochrane Database of Systematic Reviews 2025, Issue 4. Art. No.: CD015145. DOI: 10.1002/14651858.CD015145.pub2.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan