Langkau ke kandungan utama

Apakah kesan-kesan kolcisina dalam pencegahan peristiwa-peristiwa kardiovaskular sebelum mereka pernah berlaku?

Mesej utama

• Manfaat-manfaat dan kemudaratan kolcisina dalam pencegahan penyakit kardiovaskular aterosklerotik sebelum ia pernah berlaku masih tidak jelas.

• Penyelidikan lanjutan diperlukan sebelum kesimpulan yang kukuh dapat dibuat.

Kolcisina dan penyakit kardiovaskular

Penyakit kardiovaskular aterosklerotik (ACVD), ialah keadaan yang ditandai dengan pengumpulan lipid (pembentukan lemak, kolesterol, dan bahan-bahan lain) pada dinding arteri, di mana ia kerap menjadi teruk disebabkan gangguan inflamasi kronik, ia adalah penyebab utama kematian dan penyakit di seluruh dunia. Kolcisina, pertama kali digunakan untuk merawat penyakit di Mesir kuno, adalah ubatan yang tidak mahal yang melawan inflamasi. Ubat ini pernah digunakan untuk merawat gout, penyakit-penyakit hati, dan gangguan-gangguan tisu penghubung sistemik. Baru-baru ini, penyelidik-penyelidik ingin mengetahui sama ada telah mengkaji potensi untuk pencegahan ACVD.

Apakah yang kami ingin ketahui?

Kami ingin mengetahui sama ada manfaat-manfaat dan kemudaratan kolcisina dalam pencegahan ACVD sebelum ia pernah berlaku (pencegahan primer) dalam populasi umum. Pencegahan primer adalah tentang pengambilan langkah-langkah untuk mencegah suatu penyakit sebelum ia berkembang, bukannya menunggu sehingga seseorang menjadi sakit untuk memulakan rawatan. Dalam kes ACVD, ia amat penting disebabkan ia merupakan penyebab utama kematian dan ketidakupayaan di seluruh dunia. Dengan memberikan tumpuan kepada pencegahan, orang boleh dibantu untuk hidup lebih lama, sihat dengan pengurangan beban sistem-sistem penjagaan kesihatan. Satu pendekatan kepada pencegahan primer adalah dengan menggunakan ubat-ubatan imunomodulasi, di mana ia berfungsi dengan mengubah suai tindak balas sistem imun. Kolcisina ialah satu contoh ubat jenis ini.

Apakah yang kami lakukan?

Kami telah melihat kepada kesan-kesan kolcisina untuk pencegahan primer ACVD, termasuk serangan jantung, strok, kematian daripada penyebab kardiovaskular, dan kematian disebabkan sebarang punca. Kami juga telah melihat kepada kesan-kesan yang tidak diingini seperti cirit-birit dan peristiwa-peristiwa neurologi (sawan dan kekeliruan mental). Kami telah membandingkan dan merumuskan keputusan-keputusan kajian tersebut dan menilai tahap keyakinan kami terhadap bukti berdasarkan faktor-faktor seperti kaedah-kaedah dan saiz-saiz kajian.

Apakah yang kami temui?

Kami telah menemui 15 kajian yang melibatkan 1721 peserta dengan tempoh susulan dari 4 hingga 728 minggu, membandingkan kolcisina dengan plasebo (pil dummy), ubat-ubatan imunomodulasi, atau penjagaan biasa. Kolcisina dimabil dengan mulut sebagai pil, sama ada sekali atau dua kali sehari, bergantung kepada rejimen yang telah diikuti. Orang yang disertakan dalam kajian-kajian tersebut adalah orang dewasa yang berisiko tinggi untuk mengalami ACVD, tetapi belum mengalami peristiwa kardiovaskular seperti serangan jantung atau strok. Risiko-risiko yang dipertimbangkan disertakan seperti umur, sejarah keluarga, status merokok, tekanan darah, tahap-tahap kolesterol, dan kehadiran keadaan-keadaan lain seperti diabetes.

Keputusan utama

Bukti untuk kesan-kesan kolcisina untuk mencegah peristiwa-peristiwa kardiovaskular adalah sangat tidak pasti. Walaupun bukti semasa tidak mencadangkan manfaat-manfaat jelas atau pengurangan komplikasi ACVD, kesimpulan tersebut dibatasi oleh kualiti bukti tersebut. Kajian-kajian berkualiti tinggi yang lebih lanjut adalah diperlukan untuk menentukan manfaat-manfaat dan kemudaratan kolcisina secara tepat bagi pencegahan primer ACVD.

Apakah batasan bukti?

Keyakinan kami terhadap bukti adalah sangat rendah disebabkan oleh kebimbangan kami terhadap bagaimana kajian-kajian tersebut dikendalikan, keputusan-keputusan yang berbeza merentas kajian-kajian, dan perubahan-perubahan terhadap populasi atau rawatan-rawatan yang dimaksudkan. Kajian-kajian tersebut adalah sangat kecil, dan analisis hanya menyertakan beberapa kajian.

Sejauh mana bukti ini terkini?

Bukti ini terkini sehingga 31 Mei 2023.

Nota terjemahan

Sila hubungi cochrane@rumc.edu.my untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini. Diterjemah oleh Kuan Pei Xuan (Institute for Clinical Research). Disunting oleh Lai Nai Ming, School of Medicine, Taylor’s University, Malaysia.

Petikan
Martí-Carvajal AJ, Gemmato-Valecillos MA, Monge Martín D, De Sanctis JB, Martí-Amarista CE, Hidalgo R, Alegría-Barrero E, Riera Lizardo RJ, Correa-Pérez A. Colchicine for the primary prevention of cardiovascular events. Cochrane Database of Systematic Reviews 2025, Issue 2. Art. No.: CD015003. DOI: 10.1002/14651858.CD015003.pub2.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan