Langkau ke kandungan utama

Adakah memlihi terapi sasaran berdasarkan ujian genetik tentang kanser individu memanjangkan hayat mereka atau melambatkan perkembangan penyakit dalam orang dengan kanser lanjutan?

Mesej utama

Orang dengan kanser lanjutan yang telah menerima terapi sasaran yang dipadankan, sama ada secara bersendirian atau dengan gabungan rawatan standard, mengalami tempoh yang panjang untuk kawalan penyakit berbanding dengan mereka yang menerima rawatan standard sahaja. Walau bagaimanapun, bukti sama ada terapi tersebut memanjangkan kemandirian keseluruhan masih tidak konsisten. Maklumat lanjut tentang potensi kemudaratan terapi sasaran yang dipadankan adalah diperlukan dan sama ada ia meningkatkan kualiti hidup keseluruhan.

Ujian genetik awal menggunakan penjujukan generasi akan datang adalah disyorkan untuk individu dengan kanser lanjutan untuk membantu membimbing rawatan dengan terapi sasaran yang dipadankan. Walaupun terapi ini boleh menjadi sangat efektif, ia adalah sangat penting untuk menguruskan potensi kesan sampingan dengan teliti dan mengutamakan kesejahteraan keseluruhan individu semasa membuat keputusan rawatan.

Apakah yang kami ketahui?

Terapi sasaran yang dipadankan diberikan secara bersendirian atau dengan gabungan kemoterapi atau terapi hormon telah memberikan manfaat kemandirian hidup yang terbukti untuk ramai orang dengan kanser yang baru didiagnosis. Walau bagaimanapun, terdapat sedikit bukti tentang keberkesanannya dalam tetapan berulang atau lanjutan. Walau bagaimanapun, ujian penjujukan generasi akan datang untuk penyakit berulang atau peringkat lewat adalah tidak dijalankan secara rutin dalam orang dengan kanser yang telah berkembang melalui sekurang-kurangnya satu baris rawatan anti-kanser yang standard.

Apakah penjujukan generasi akan datang?

Penjujukan generasi akan datang untuk kanser mengenal pasti mutasi spesifik dalam sel kanser DNA seseorang. Mutasi ini boleh memberikan petunjuk kepada doktor tentang sebab kanser berkembang dan rawatan mana yang mungkin berkesan. Hal ini membantu memilih terapi sasaran yang direka untuk menyerang mutasi spesifik tersbut, menjadikan rawatan lebih diperibadikan dan berpotensi untuk lebih efektif.

Apakah yang kami ingin ketahui?

Tujuan ulasan ini adalah untuk mengetahui sama ada orang dengan kanser lanjutan yang diberikan terapi sasaran yang dipadankan berdasarkan mutasi yang dikenal pasti daripada penjujukan generasi akan datang memberikan manfaat kepada orang yang lebih daripada orang lain yang menerima kemoterapi tidak sepadan atau terapi hormon.

Apakah yang kami lakukan?

Kami telah mencari untuk kajian yang menyiasat sebarang terapi yang dipadankan berbanding dengan orang yang telah menerima kemoterapi standard atau terapi hormon atau tiada rawatan. Hanya orang dewasa yang berumur lebih 18 tahun telah disertakan di dalam ulasan ini. Kami membandingkan dan merumuskan keputusan kajian tersebut dan menilai keyakinan kami dalam bukti, berdasarkan faktor seperti kaedah dan saiz kajian.

Apakah yang kami temui?

Kami telah menemui 37 kajian dengan hampir 10,000 orang dengan kanser lanjutan yang sama ada telah menerima terapi sasaran yang sepadan atau rawatan anti-kanser standard atau tiada rawatan. Kami telah menemui berikut:

1. Terapi sasaran yang dipadankan lawan rawatan standard :

Terapi sasaran yang dipadankan mungkin melambatkan perkembangan kanser lebih efektif berbanding dengan rawatan penjagaan standard. Walau bagaimanapun, ia masih tidak jelas sama ada terapi sasaran juga memanjangkan hayat individu tersebut. Mereka juga meningkatkan kadar respon keseluruhan, tetapi ia tidak jelas sama ada insiden potensi kemudaratan akan meningkat dengan terapi sasaran yang dipadankan. Terdapat maklumat yang tidak mencukupi tentang manfaat terapi sasaran yang dipadankan tentang kualiti hidup, disebabkan kurang kajian yang melaporkannya.

2. Terapi sasaran yang dipadankan dalam kombinasi dengan rawatan standard vs rawatan standard sahaja:

Gabungan terapi sasaran yang dipadankan dengan rawatan penjagaan standard mungkin melambatkan risiko perkembangan kanser dan juga mungkin memanjangkan hayat individu tersebut. Gabungan ini juga mungkin meningkatkan kadar respon keseluruhan. Walau bagaimanapun, tiada bukti jelas tentang potensi kemudaratan gabungan rawatan dan impak keseluruhan terhadap kualiti hidup.

3. Terapi sasaran yang dipadankan lawan terapi sasaran yang tidak dipadankan:

Terapi sasaran yang dipadankan mungkin mempunyai lebih manfaat berbanding dengan terapi sasaran yang tidak berdasarkan padanan genetik dalam melambatkan perkembangan kanser dan memanjangkan hayat individu tersebut. Walau bagaimanapun, tiada bukti jelas tentang impak mereka terhadap kadar respon keseluruhan dan potensi kemudaratan. Tiada kajian yang telah melihat sama ada terapi sasaran yang dipadankan memberikan impak kepada kualiti hidup keseluruhan dalam tetapan ini.

4. Terapi sasaran yang dipadankan lawan tiada rawatan aktif (penjagaan sokongan terbaik):

Terapi sasaran yang dipadankan mungkin melambatkan perkembangan kanser berbanding dengan tiada rawatan aktif. Ia tidak jelas sama ada terapi sasaran yang dipadankan memanjangkan hayat individu tersebut. Terdapat bukti terhad tentang impak terapi sasaran yang dipadankan terhadap kadar respon keseluruhan, potensi kemudaratan dan impak terhadap kualiti hidup keseluruhan.

Ringkasan penemuan

Terapi sasaran yang dipadankan mungkin boleh melambatkan perkembangan kanser, tetapi terdapat beberapa bukti yang mencadangkan bahawa mereka membantu orang untuk hidup lebih lama atau meningkatkan kualiti hidup keseluruhan mereka. Akses awal kepada ujian genetik untuk orang dengan kanser lanjutan boleh membantu mengenal pasti pilihan rawatan dan meningkatkan penjagaan. Ulasan ini menyokong bahawa menjadikan ujian genetik lebih sedia ada untuk orang dengan kanser lanjutan.

Apakah batasan bukti?

Kepastian bukti merentas perbandingan adalah kepastian sederhana untuk kemandirian tanpa perkembangan, kepastian sederhana kepada rendah untuk kemandirian keseluruhan dan kepastian rendah kepada sangat rendah untuk kadar respon keseluruhan, peristiwa buruk dan kualiti hidup, masing-masing. Kami telah menemui bukti terhad tentang impak terapi sasaran yang dipadankan dengan kualiti hidup, disebabkan sangat sedikit percubaan yang melaporkan hasil ini, dan ia adalah hasil penting untuk menentukan manfaat keseluruan ubat tersebut.

Sejauh manakah bukti ini terkini?
Penulis ulasan telah mencari kajian yang telah diterbitan sehingga Oktober 2024.

Nota terjemahan

Sila hubungi cochrane@rumc.edu.my untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini. Diterjemah oleh Kuan Pei Xuan (Institute for Clinical Research). Disunting oleh Khaw Loke Tim (IMU University).

Petikan
Kazmi F, Shrestha N, Liu TF, Foord T, Heesen P, Booth S, Dodwell D, Lord S, Yeoh K-W, Blagden SP. Next-generation sequencing for guiding matched targeted therapies in people with relapsed or metastatic cancer. Cochrane Database of Systematic Reviews 2025, Issue 3. Art. No.: CD014872. DOI: 10.1002/14651858.CD014872.pub2.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan