Langkau ke kandungan utama

Antikoagulan oral antagonis bukan vitamin K (NOACs) selepas penempatan stent saluran darah jantung

Latar belakang

Memilih rawatan yang optimum bagi orang dengan ubat menipis darah jangka panjang (disebabkan oleh fibrilasi atrial), yang memerlukan penempatan stent saluran darah jantung (selepas serangan jantung atau angina) kekal menjadi cabaran dalam amalan klinikal. Mereka perlu mengambil penipisan darah untuk mencegah strok, dan ubat antiplatelet untuk mengelakkan bekuan darah stent. Walau bagaimanapun, kombinasi ini meningkatkan risiko pendarahan yang mengancam nyawa, dan oleh itu, rawatan optimum masih tidak menentu. Tujuan ulasan ini adalah untuk menyiasat sama ada penipis darah generasi berikutnya (NOACs) adalah lebih selamat dan lebih berkesan daripada ubat penipisan darah yang lebih lama (seperti warfarin) dalam kumpulan individu ini.

Ciri-ciri Kajian

Kami mengenal pasti sembilan kajian yang membandingkan NOAC dengan warfarin, empat daripadanya adalah kajian berterusan. Kami sertakan lima kajian yang melibatkan 8373 peserta dalam ulasan ini. Bukti adalah terkini sehingga Februari 2019.

Keputusan-keputusan utama

Mungkin ada sedikit atau tidak ada perbezaan kesan antara NOACs dan warfarin pada orang dengan fibrilasi atrial, yang menjalani pembedahan jantung. Walau bagaimanapun, NOACs mungkin mengurangkan keperluan untuk dimasukkan ke hospital berbanding warfarin.

NOACs mungkin lebih selamat daripada warfarin. Salah satu ubat NOACs (dabigatran) boleh mengurangkan kadar pendarahan utama dan bukan utama. Ubat NOAC lain (apixaban dan rivaroxaban) mungkin mengurangkan kadar pendarahan bukan utama. Tidak terdapat perbezaan yang ketara antara agen-agen NOACs dalam sebarang hasil primer atau sekunder.

Kualiti bukti:

Bukti kepastian berkisar dari sangat rendah hingga sederhana, menunjukkan keperluan penyelidikan yang lebih banyak mengenai isu ini.

Nota terjemahan

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (Klinik Kesihatan Bandar Tun Hussein Onn). Disunting oleh Shaun Lee (Monash University Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Petikan
Al Said S, Alabed S, Kaier K, Tan AR, Bode C, Meerpohl JJ, Duerschmied D. Non-vitamin K antagonist oral anticoagulants (NOACs) post-percutaneous coronary intervention: a network meta-analysis. Cochrane Database of Systematic Reviews 2019, Issue 12. Art. No.: CD013252. DOI: 10.1002/14651858.CD013252.pub2.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan