Mesej utama
-
Rawatan awal untuk jangkitan Staphylococcus aureus (MRSA) yang tahan meticillin (sejenis bakteria yang tahan terhadap beberapa antibiotik) pada orang dengan fibrosis sista (cystic fibrosis, CF) nampaknya berkemungkinan, tetapi kami tidak pasti tentang keberkesanan rawatan rutin semasa.
-
Implikasi jangka panjang rawatan adalah tidak jelas.
-
Kajian diperlukan untuk menilai jangkitan MRSA dan rawatan pada umur modulator regulator konduktans transmembran fibrosis sista (CFTR) (ubat-ubatan yang membetulkan protein yang rosak yang dihasilkan oleh gen CF supaya garam dan air boleh bergerak dengan betul dan membantu untuk mengeluarkan lendir daripada paru-paru).
Apakah fibrosis sista (CF)?
CF ialah keadaan yang diwarisi yang menyebabkan lendir pekat terkumpul di dalam paru-paru dan organ lain. Ia adalah sangat sukar bagi orang dengan CF untuk batuk lendir tebal, menjadikannya tempat unggul pembiakan bakteria (termasuk MRSA), dan menyebabkan mereka lebih mudah untuk mendapat jangkitan dada. CF bertambah buruk dari semasa ke semasa. Walaupun tiada penawar sekarang, ramai orang dengan CF masih boleh menjalani hidup yang aktif dan penuh.
Apakah MRSA dan bagaimana ia dirawat?
MRSA ( Staphyloccocus aureus tahan meticilin) ialah bakteria yang akibat jangkitan yang dirawat dengan antibiotik. Walau bagaimanapun, MRSA tahan terhadap beberapa jenis antibiotik, menjadikan jangkitan yang sukar dirawat. Mereka kadangkala dipanggil ‘bakteria yang kebal’ dan jangkitan MRSA amat membimbangkan bagi orang dengan CF, kerana MRSA dianggap akan mengakibatkan lebih banyak kerosakan berbanding bakteria yang lain yang tidak tahan terhadap antibiotik.
MRSA biasa dirawat dengan kombinasi antibiotik, diambil secara oral (melalui mulut) atau disedut, di samping rawatan dekontaminasi (krim antibiotik yang disapu pada kulit dan rongga hidung).
Apakah yang ingin diketahui?
Kami ingin tahu sama ada rawatan dengan antibiotik:
-
boleh menghilangkan jangkitan MRSA dalam paru-paru kanak-kanak atau dewasa dengan CF;
-
tidak akibat jangkitan dengan bakteria tahan antibiotik yang lain;
-
tidak akibat kesan yang tidak diingini.
Apakah yang dilakukan?
Kami mencari kajian yang mengkaji antibiotik (oral atau sedutan) untuk merawat jangkitan MRSA dalam orang dengan CF.
-
Kajian perlu membandingkan rawatan antibiotik dengan sama ada tanpa rawatan, plasebo (rawatan palsu) atau jenis antibiotik yang lain.
-
Peserta perlu menghidap CF dan sedang dijangkiti MRSA.
Apakah yang ditemui?
Kami menjumpai lima kajian yang melibatkan 410 orang dengan CF dan didiagnosis jangkitan MRSA. Kajian-kajian tersebut dijalankan di Itali atau Amerika Utara dan berlangsung dari lapan minggu sehingga enam bulan. Orang dalam kajian (bilangan lelaki dan perempuan yang sama) adalah muda (purata umur antara 11 hingga 25 tahun).
Antibiotik oral dibandingkan dengan tanpa rawatan (2 kajian, 106 orang)
Satu kumpulan orang dengan CF dirawat dengan antibiotik oral (trimethoprim, sulfamethoxazole dan rifampicin atau co-trimoxazole dan rifampicin), serta rawatan dekontaminasi; kumpulan yang lain tidak menerima sebarang rawatan.
-
Antibiotik oral boleh menghapuskan MRSA. Satu kajian dihentikan lebih awal kerana manfaat antibiotik yang jelas, tetapi sesetengah orang berjaya menghapuskan jangkitan tanpa rawatan. Dalam tempoh enam bulan, tiada perbezaan antara kumpulan dalam bilangan orang yang masih dijangkiti MRSA.
-
Antibiotik boleh meningkatkan fungsi paru-paru.
-
Mungkin terdapat sedikit atau tiada perbezaan antara kumpulan dalam kualiti hidup, kekerapan penyakit berulang (walaupun satu kajian melaporkan lebih sedikit orang yang telah mengambil antibiotik masuk ke hospital dalam tempoh enam bulan pertama), kesan rawatan yang tidak diingini, atau perubahan berat badan.
Antibiotik sedutan dibandingkan plasebo (2 kajian, 251 orang)
Kedua-dua kajian membandingkan dos biasa vancomycin (antibiotik yang disedut) dengan plasebo (ubat palsu) dan satu kajian juga membandingkan dos biasa vancomycin dengan dos yang lebih tinggi.
-
Antibiotik yang disedut mungkin tidak membawa perbezaan kepada fungsi paru-paru berbanding dengan plasebo (2 kajian), tetapi hasil daripada satu kajian menunjukkan bahawa antibiotik yang disedut mungkin menyebabkan sedikit peningkatan fungsi paru-paru selepas 20 minggu.
-
Dos biasa vancomycin mungkin tidak memberi perbezaan kepada kekerapan serangan ulangan berbanding dengan plasebo (2 kajian);
-
Satu kajian melaporkan masa yang lebih lama sehingga serangan ulangan dengan dos vancomycin yang lebih rendah;
-
Satu kajian melaporkan penurunan tahap bakteria MRSA dengan dos vancomycin yang lebih tinggi sehingga satu bulan;
-
Kedua-dua kajian ini tidak melaporkan sebarang perbezaan pada kualiti hidup atau kesan yang tidak diingini.
Antibiotik oral dan sedutan dibandingkan antibiotik oral dan plasebo (1 kajian, 25 orang)
Satu kajian membandingkan kombinasi antibiotik oral dan sedutan dengan antibiotik sedutan dan plasebo.
-
Kami tidak pasti sama ada rawatan tersebut memberi sebarang perbezaan dalam menghapuskan MRSA;
-
Ia terdapat sedikit atau tiada perbezaan antara kumpulan-kumpulan dalam fungsi paru-paru, kualiti hidup atau kesan yang tidak diingini;
-
Kajian itu tidak melaporkan perubahan berat badan atau kekerapan serangan ulangan.
Apakah keterbatasan bukti tersebut?
Keyakinan kami terhadap keputusan kajian adalah dari tinggi hingga sangat rendah. Ini disebabkan oleh kerana potensi masalah dengan reka bentuk kajian (orang tahu rawatan yang mereka terima), atau kerana bilangan orang yang kecil dalam setiap kajian dan ramai yang menarik diri.
Adakah bukti ini yang terkini?
Ulasan ini mengemaskini ulasan terdahulu kami yang diterbitkan pada tahun 2022. Bukti ini adalah terkini sehingga 28 April 2026.
Sila hubungi cochrane@rumc.edu.my untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ulasan ini. Diterjemah oleh Lee Pei Yee (Hospital Keningau). Disunting oleh Shaun Lee (Monash University Malaysia).
Ulasan Cochrane ini pada asalnya dicipta dalam bahasa Inggeris. Ketepatan terjemahan adalah tanggungjawab pasukan terjemahan yang menghasilkannya. Terjemahan dihasilkan dengan berhati-hati dan mengikut proses standard untuk memastikan kawalan kualiti. Namun, sekiranya berlaku ketidakpadanan, terjemahan yang tidak tepat atau tidak sesuai, versi asal Bahasa Inggeris diutamakan.




