Mesej Utama
• Kedua-dua pembedahan dan ubat-ubatan mungkin selamat dan berkesan apabila digunakan bagi menamatkan kehamilan pada trimester kedua.
• Kajian-kajian masa depan yang memberi tumpuan kepada hasil penting kepada pesakit, seperti kesakitan, diperlukan.
Bagaimanakah pengguguran dilakukan pada trimester kedua?
Pengguguran selepas tiga bulan hamil (trimester kedua) boleh dilakukan secara pembedahan atau dengan ubat-ubatan. Kami ingin tahu kaedah mana yang paling selamat dan berkesan.
Apakah yang kami ingin ketahui?
Kami ingin mengetahui sama ada pengguguran melalui pembedahan atau dengan ubat-ubatan berfungsi lebih baik untuk:
• pengguguran yang sempurna dengan kaedah yang dirancang;
• mengelakkan pendarahan yang banyak dan kecederaan pada serviks, faraj dan rahim;
• mengurangkan kesakitan;
• meningkatkan kepuasan pesakit .
Apakah yang kami lakukan?
Kami mencari kajian yang membandingkan pembedahan dengan ubat-ubatan bagi pengguguran pada trimester kedua. Kami merumuskan penemuan dan menilai sejauh mana keyakinan kami dengan keputusannya.
Apa yang kami temui?
Kami menemui tiga kajian yang membandingkan pengguguran dengan prosedur pembedahan yang dipanggil (D&C) membuka dan membuang (di mana indivdu tersebut diberi rawatan untuk membuka serviks, dan kemudian kandungan rahim dikeluarkan) dengan pengguguran menggunakan ubat-ubatan (mifepristone dan misoprostol). Kajian dijalankan di Asia Selatan (141 peserta), England (122 peserta), dan Amerika Syarikat (18 peserta).
• Kedua-dua pembedahan dan ubat-ubatan mungkin selamat dan berkesan apabila digunakan bagi menamatkan kehamilan pada trimester kedua. Walaupun kedua-dua kaedah menghasilkan pengguguran yang lengkap dalam hampir semua kes, ubat-ubatan boleh meningkatkan risiko pengguguran yang tidak lengkap. Ubat-ubatan boleh mengakibatkan sedikit peningkatan risiko pendarahan. Pendarahan berlebihan yang serius jarang berlaku. Kami tidak mengetahui dengan cukup tentang aspek yang lain terutama pengalaman pesakit, seperti kesakitan, dan perkara ini memerlukan lebih banyak kajian.
Apakah batasan bukti?
Kami berkeyakinan rendah hingga sangat rendah terhadap bukti. Komplikasi adalah sangat jarang dan tidak kerap. Terdapat hanya sebilangan kecil kajian, dan jenis intervensi sangat berbeza merentas kajian. Kami tidak cukup mengetahui tentang aspek lain pengalaman pesakit dan memerlukan lebih banyak kajian.
Sejauh manakah bukti ini terkini?
Bukti adalah terkini sehingga November 2023.
Sila hubungi cochrane@rumc.edu.my untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini. Diterjemah oleh Tan Wing (Melaka Manipal Medical College). Dikemaskini. Disunting oleh Rosnani Zakaria (Universiiti Sains Malaysia).