Mesej utama
-
Bagi bayi pramasa stabil (dilahirkan sebelum 37 minggu kehamilan) yang belum mendapat sepenuhnya penyusuan susu ibu atau botol (semua suapan atau suapan oral ), kami menemui bukti yang sangat tidak pasti discaj awal dengan sokongan di rumah penyusuan melalui tiub berbanding discaj lewat apabila mereka menyusu sepenuhnya:
-
mungkin menghasilkan sedikit atau tiada perbezaan dalam penambahan berat badan, penyusuan semasa discaj dari sokongan di rumah/hospital dan tiga bulan kemudian, dan keperluan untuk dimasukkan semula ke hospital sehingga 12 bulan kemudian; dan
-
boleh kurangkan risiko jangkitan respiratori sehingga discaj dari sokongan di rumah/hospital, tetapi boleh mengakibatkan sedikit atau tiada perbezaan dalam penggunaan antibiotik yang diberikan terus ke dalam vena.
-
-
Kajian yang lebih besar dengan kaedah berkualiti tinggi diperlukan untuk menentukan manfaat dan mudarat pendekatan ini, termasuk dalam pelbagai persekitaran dan populasi.
Mengapakah discaj awal dengan sokongan di rumah untuk penyusuan melalui tiub penting?
Bayi yang lahir pramasa (sebelum 37 minggu kehamilan) sering perlu bantuan untuk menetapkan penyusuan, dan diberi makan pada mulanya dengan tiub melalui hidung atau mulut dan ke dalam perut (dikenali sebagai penyusuan tiub). Discaj dari hospital biasanya berlaku apabila mereka tidak lagi memerlukan suapan melalui tiub dan mengambil suapan hisapan sepenuhnya dan berat badan bertambah dengan sewajarnya. Discaj awal bayi yang stabil tetapi masih perlukan suapan melalui tiub boleh menyatukan keluarga lebih awal dan mempunyai kesan positif terhadap pertalian ibu bapa-bayi, kesejahteraan ibu bapa dan perkembangan bayi. Bayi-bayi ini boleh menerima penyusuan hisapan sepenuhnya di rumah jika keluarga menerima sedikit sokongan. Di samping itu, discaj awal mungkin mengurangkan kos untuk keluarga dan sistem penjagaan kesihatan . Walau bagaimanapun, pendekatan ini boleh membebankan keluarga dan meningkatkan komplikasi semasa peralihan daripada penyusuan tiub.
Apa yang kami ingin tahu?
Kami ingin tahu jika discaj awal dengan sokongan penyusuan di rumah adalah lebih baik daripada discaj lewat terhadap penyusuan hisapan sepenuhnya untuk bayi pramasa yang stabil.
Kami berminat kesan discaj awal dengan sokongand pada: berapa lama masa yang diperlukan untuk bayi mencapai penyusuan hisapan sepenuhnya; berapa banyak peningkatan berat badan bayi; penyusuan selepas discaj dari sokongan di rumah/hospital dan tiga bulan kemudian; jangkitan sehingga discaj dari sokongan di rumah/hospital; perkembangan pada 12 bulan ke atas dan keperluan kemasukan semula ke hospital sehingga 12 bulan selepas discaj dari sokongan di rumah/hospital.
Apakah yang kami lakukan?
Kami mencari kajian-kajian yang melihat manfaat dan mudarat discaj awal dengan sokongan di rumah untuk penyusuan tiub bagi bayi pramasa yang stabil dan keluarga mereka berbanding discaj lewat terhadap penyusuan hisapan penuh. Kami merumuskan keputusan dan menilai keyakinan terhadap bukti berdasarkan faktor seperti kaedah dan saiz kajian.
Apakah yang kami temui?
Kami temui hanya satu kajian dijalankan di Sweden dari 1992 hingga 1994 melibatkan 88 bayi daripada 75 keluarga. Kajian tersebut melihat discaj awal dengan sokongan di rumah melalui penyusuan tiub berbanding discaj lewat pada penyusuan sepenuhnya untuk bayi lahir pramasa yang dijangka memerlukan penjagaan tambahan sekurang-kurangnya seminggu lagi. Untuk keputusan-keputusan berbeza, maklumat adalah tersedia untuk 82 hingga 88 bayi daripada kajian ini.
Berbanding discaj lewat terhadap penyusuan hisapan sepenuhnya, discaj awal dengan sokongan di rumah untuk penyusuan tiub mempunyai sedikit atau tiada kesan pada:
-
pertambahan berat badan bayi (purata setiap hari dari kemasukan dalam kajian hingga discaj dari sokongan di rumah/hospital);
-
menghentikan sebarang penyusuan susu ibu dan penyusuan susu ibu sepenuhnya semasa discaj dari sokongan di rumah/hospital dan tiga bulan kemudian;
-
penggunaan antibiotik yang diberi terus ke dalam vena, dan
-
keperluan kemasukan semula ke hospital sehingga 12 bulan selepas discaj dari sokongan di rumah/hospital.
Discaj awal dengan sokongan berbanding discaj lewat boleh mengurangkan risiko jangkitan respiratori (di diagnosis berdasarkan gejala, bukan ujian makmal) untuk bayi sehingga discaj dari sokongan di rumah/hospital.
Kajian tersebut tidak mengkaji masa yang diambil untuk bayi mencapai penyusuan sepenuhnya atau perkembangan pada 12 bulan ke atas.
Kami temui dua kajian lain yang mungkin disertakan dalam kemas kini ulasan masa hadapan. Satu kajian telah lengkap tetapi belum diterbitkan. Kami tidak tahu sama ada kajian yang satu lagi telah lengkap kerana penulis kajian masih belum memberi maklumat.
Apakah batasan bukti?
Kami tidak yakin dengan bukti kerana ia berdasarkan satu kajian yang sertakan beberapa bayi, kerana kaedah untuk meletakkan bayi kepada satu kumpulan atau yang lain tidak benar-benar rawak, dan kerana keluarga dan klinisian mengetahui kumpulan mana bayi telah dimasukkan.
Keputusan penyelidikan lanjutan mungkin berbeza dan mengubah keputusan ulasan ini.
Adakah bukti ini mutakhir?
Ulasan ini mengemas kini ulasan 2015 terdahulu. Bukti adalah terkini sehingga 30 Mei 2024.
Sila hubungi cochrane@rumc.edu.my untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini. Diterjemah oleh Foo Sook Lee (RCSI & UCD Mlaysia campus.). Dikemakini. Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Universiti Manipal Malaysia).