Langkau ke kandungan utama

Penggunaan makanan tambahan kalori protein oral pada kanak-kanak dengan penyakit kronik

Latar belakang

Kekurangan tumbesaran dan pemakanan yang kurang adalah perkara biasa pada kanak-kanak yang menghidap penyakit kronik seperti fibrosis sista dan kanser pediatrik. Ini boleh disebabkan oleh selera makan berkurangan, penyerapan yang lemah dan keperluan kalori tambahan disebabkan oleh penyakit ini. Makanan tambahan kalori protein oral, sama ada sebagai susu atau jus, mungkin boleh meningkatkan status pemakanan dan membantu kanak-kanak menambah berat badan. Kesan sampingan pengambilan makanan tambahan ini termasuklah risiko bahawa protein dan kalori dalam makanan tambahan tersebut akhirnya menggantikan makanan biasa dan mempunyai kesan negatif terhadap tingkah laku makan dan kesan sampingan fizikal (cth kembung perut, muntah dan cirit-birit).

Tarikh carian

Bukti adalah terkini sehingga: 24 Februari 2015.

Ciri-ciri kajian

Kami mencari kajian mengenai makanan tambahan kalori protein oral yang dibandingkan dengan rawatan biasa atau tiada rawatan alternatif yang mana kanak-kanak mengambil makanan tambahan tersebut untuk sekurang-kurangnya sebulan. Ulasan tersebut merangkumkan empat kajian dengan 187 kanak-kanak; dalam tiga daripada kajian ini kanak-kanak tersebut menghidap fibrosis sista dan dalam satu kajian mereka menghidap kanser. Kajian-kajian itu berlangsung dari tiga bulan hingga satu tahun. Kami merekodkan keputusan dan menilai sama ada kajian itu berisiko untuk berat sebelah berdasarkan reka bentuk atau cara ianya dijalankan. Kami melihat kepada hasil seperti berat dan ketinggian, pengambilan kalori, tingkah laku dan juga kesan sampingan.

Keputusan utama

Satu kajian (dengan 58 kanak-kanak) menunjukkan peningkatan dalam jumlah kalori yang diambil pada kedua-dua enam dan 12 bulan. Tiada hasil yang lain yang kami lihat telah menunjukkan sebarang perbezaan antara rawatan. Ini adalah versi ulasan yang dikemas kini, yang tidak menemui bukti konklusif untuk menyokong penggunaan makanan tambahan protein oral. Kami mencadangkan agar sekurang-kurangnya satu kajian kualiti tinggi dijalankan. Oleh itu, kami mencadangkan agar produk-produk ini digunakan secara berhemah dan berhati-hati.

Kualiti bukti

Secara keseluruhannya kajian-kajian yang disertakan mempunyai risiko bias yang rendah, kecuali dalam dua kajian yang berkemungkinan penganjur mengetahui kumpulan rawatan yang mana kanak-kanak akan ditempatkan. Isu-isu ini adalah tidak mungkin untuk mengubah keputusan kerana mengetahui rawatan mana yang diterima tidak mungkin menjejaskan keputusan ukuran badan (contohnya hasil berat badan dan ketinggian). Semua hasil yang dirancang telah dilaporkan, kecuali satu kajian yang tidak melaporkan tingkah laku makan dan pengambilan lipase yang diukur. Kualiti keputusan untuk penilaian tingkah laku makan boleh dipersoalkan dan ramai kanak-kanak tidak memulangkan diari makanan yang mana pengambilan lipase boleh dikira.

Nota terjemahan

Sila hubungi cochrane@rumc.edu.my untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini. Diterjemah oleh Syed Amirfaiz (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuantan). Disunting oleh Khaw Loke Tim (IMU University).

Petikan
Francis DK, Smith J, Saljuqi T, Watling RM. Oral protein calorie supplementation for children with chronic disease. Cochrane Database of Systematic Reviews 2015, Issue 5. Art. No.: CD001914. DOI: 10.1002/14651858.CD001914.pub2.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan