Apakah strategi terbaik untuk melaksanakan cadangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi mencegah, mengesan, dan merawat pendarahan selepas bersalin?

Mesej utama

  • Strategi pelaksanaan pelbagai komponen mungkin meningkatkan kepatuhan kepada cadangan pencegahan pendarahan selepas bersalin Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dan mungkin tidak membuat sebarang perbezaan kepada kemasukan ke unit rawatan rapi (ICU), keperluan untuk pembedahan tambahan, atau kematian ibu. Kami tidak tahu sama ada strategi pelaksanaan pelbagai komponen menjejaskan kehilangan darah atau tranfusi darah.

  • Kami tidak tahu sama ada strategi pelaksanaan komponen tunggal menjejaskan kepatuhan kepada cadangan pencegahan PPH WHO, kehilangan darah atau transfusi darah. Strategi pelaksanaan komponen tunggal mungkin tidak membuat sebarang perbezaan terhadap kematian ibu, mungkin meningkatkan kemasukan ke ICU, dan mungkin mengurangkan keperluan untuk pembedahan tambahan.

  • Bilangan kecil kajian dan perbezaan dalam data yang dikumpul merentas kajian yang disertakan telah mengehadkan keupayaan kami untuk membuat sebarang kesimpulan terhadap keberkesanan strategi pelaksanaan; walau bagaimanapun, terdapat pelbagai peringkat kejayaan dengan strategi pelaksaaan dalam kajian berbeza, menekankan keperluan untuk penyelidikan masa depan di dalam bidang ini.

Apakah pendarahan selepas bersalin (PPH)?

Pendarahan selepas bersalin biasanya ditakrifkan sebagai kehilangan darah lebih daripada 500mL dalam masa 24 jam selepas kelahiran.

Bagaimanakah PPH dicegah, didiagnosis, dan dirawat?

Garis panduan WHO mengesyorkan pemberian oksitosin serta-merta selepas kelahiran untuk mencegah PPH. Sesetengah fasiliti kelahiran menggunakan kerudung bedah pengumpulan darah dan skala untuk mengukur kehilangan darah; walau bagaimanapun, kebanyakan tidak mempunyai akses kepada bekalan tersebut. Rawatan PPH berbeza-beza berdasarkan keterukan, punca asas, dan sumber sedia ada. Kebanyakan kes PPH dirawat dengan ubat-ubatan yang mengakibatkan rahim mengecut. Di kalangan wanita yang tidak bertindak balas kepada ubat ini, tamponade belon (di mana belon diperluaskan di dalam rahim untuk memampatkan saluran darah dan menghentikan pendarahan) atau pembedahan diperlukan.

Apakah strategi pelaksanaan?

Strategi pelaksanaan adalah teknik khusus yang digunakan untuk meningkatkan penerimaan, pengambilan, dan kemampanan amalan atau program klinikal. Contohnya termasuk penglibatan individu dan pemimpin, pertukaran infrastruktur, dan latihan serta mendidik dan/ atau menyokong atendan kelahiran.

Bagaimanakah strategi pelaksanaan digunakan untuk mencegah, mendiagnosis, dan merawat PPH?

Julat strategi pelaksanaan yang luas telah digunakan dalam amalan klinikal untuk mencegah, mendiagnosis, dan merawat PPH. Strategi termasuk melatih dan mendidik atendan keliharan yang mahir dalam amalan berasaskan bukti, memperkenalkan peralatan baru untuk fasiliti kelahiran, dan membangunkan sistem pelaporan untuk mengaudit rekod kesihatan dan memberikan maklum balas kepada pekerja penjagaan kesihatan.

Apakah yang ingin kami ketahui?

Kami ingin mengetahui yang mana, sekiranya ada, cadangan strategi pelaksanaan PPH WHO adalah berkesan dalam tetapan kelahiran berasaskan fasiliti.

Apakah yang telah kami lakukan?

Kami telah mencari kajian yang melihat kepada kesan cadangan strategi pelaksanaan PPH WHO oleh attendan kelahiran terhadap orang yang telah bersalin di fasiliti kesihatan. Kami telah merumuskan keputusan kajian dan menilai keyakinan kami terhadap bukti berasaskan faktor seperti kaedah dan saiz kajian.

Apa yang kami temui?

Kami telah menyertakan 13 kajian, di mana telah dikategorikan kepada tiga kumpulan berdasarkan strategi pelaksanaan yang digunakan: (1) strategi tunggal berbanding dengan penjagaan biasa, (2) pelbagai strategi berbanding dengan penjagaan biasa, dan (3) pelbagai strategi berbanding dengan penjagaan biasa yang telah dipertingkatkan.

Kami tidak tahu sama ada strategi pelaksanaan komponen tunggal menjejaskan kepatuhan kepada cadangan pencegahan PPH WHO, kehilangan darah atau transfusi darah. Strategi pelaksanaan tunggal mungkin tidak memberikan perbezaan terhadap kematian maternal, mungkin mengurangkan keperluan untuk pembedahan tambahan, tetapi mungkin juga meningkatkan kemasukan ICU.

Strategi pelaksanaan pelbagai komponen mungkin meningkatkan kepatuhan kepada cadangan pencegahan PPH dan mungkin tidak memberikan sebarang perbezaan terhadap kemasukan ke ICU, keperluan untuk pembedahan tambahan, atau kematian ibu. Kami tidak tahu sama ada strategi pelaksanaan pelbagai komponen menjejaskan kehilangan darah atau tranfusi darah.

Kami telah menemui strategi pelaksanaan yang sama dan pendekatan kajian akan meningkatkan kepatuhan kepada garis panduan WHO dalam satu tetapan, tidak memberi sebarang perbezaan terhadap satu sama lain, malah mengurangkan kepatuhan kepada yang lain.

Banyak kajian yang tidak mempunyai rangka kerja yang komprehensif yang mengaitkan usaha pelaksanaan dengan kepatuhan kepada cadangan WHO dan keberhasilan pesakit: adalah diragui bahawa intervensi pelbagai komponen mungkin menangani semua faktor yang menyumbang kepada penyakit berkaitan PPH atau kematian. Ia kekal tidak tahu sama ada pelbagai strategi berfungsi dalam tetapan dunia sebenar.

Apakah batasan bukti?

Tahap penilaian strategi pelaksanaan berbeza-beza, mencegah penggabungan kajian-kajian tersebut. Terdapat juga perbezaan di kalangan orang yang telah disertakan dalam kajian, mengikut tahap fasiliti, jumlah kelahiran, dan cara bersalin. Konteks kajian berbeza menyukarkan untuk mengukur impak sebenar strategi pelaksanaan terhadap hasil.

Sejauh manakah bukti ini terkini?

Bukti ini terkini sehingga 25 April 2024.

Nota terjemahan: 

Sila hubungi cochrane@rumc.edu.my untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini. Diterjemahkan oleh Kuan Pei Xuan (Institute for Clinical Research). Disunting oleh Shaun Lee (Monash University Malaysia).

Tools
Information