Apabila pengguna penjagaan kesihatan (pesakit, penjaga dan ahli keluarga) dan pengamal perubatan bekerjasama sebagai rakan kongsi untuk merancang, menyampaikan dan menilai perkhidmatan kesihatan, apakah kesannya?

Apakah perkhidmatan kesihatan yang berteraskan orang?

Secara tradisional, perkhidmatan kesihatan telah dikembangkan oleh pengamal perubatan dan memberi tumpuan kepada penyakit tertentu atau kepakaran perubatan. Penglibatan pengguna sebagai rakan kongsi dalam merancang, menyampaikan dan menilai perkhidmatan kesihatan boleh menyebabkan perkhidmatan yang lebih mampu memenuhi keperluan dan memberi perawatan kepada individu.

Mengapa kami lakukan Ulasan Cochrane ini

Kerajaan di seluruh dunia mengesyorkan agar pengamal perubatan bekerjasama dengan pengguna untuk mempromosikan perkhidmatan kesihatan yang berpusatkan orang. Namun, kesan penyedia pengamal perubatan dan pengguna bekerjasama tidak jelas.

Kami meninjau bukti dari kajian penyelidikan untuk mengetahui tentang kesan pengamal perubatan dan pengguna yang bekerjasama untuk merancang, menyampaikan dan menilai perkhidmatan kesihatan.

Secara khusus, kami ingin mengetahui jika pengguna dan engamal perubatan bekerjasama dalam bentuk perkongsian - dalam bentuk pertemuan berkala di mana pengguna dan penyedia diundang untuk menyumbang sama dengan keputusan tentang perkhidmatan kesihatan - mempunyai impak kepada:

- perubahan perkhidmatan kesihatan;

- sejauh mana perubahan terhadap perkhidmatan kesihatan mencerminkan keutamaan pengguna perkhidmatan;

- penilaian pengguna terhadap perkhidmatan kesihatan;

- penggunaan perkhidmatan kesihatan; dan

- masa dan wang yang diperlukan untuk membuat atau bertindak berdasarkan keputusan tentang perkhidmatan kesihatan.

Kami juga ingin mengetahui sama ada terdapat kesan (buruk) yang tidak diingini.

Apakah yang telah kami lakukan?

Pertama, kami mencari literatur perubatan untuk kajian-kajian yang membandingkan:

- pengguna dan pengamal perubatan yang bekerjasama berbanding amalan biasa atau strategi lain tanpa perkongsian; atau

- cara kerja yang berbeza dalam perkongsian (contohnya, dengan pengguna yang kurang atau lebih, atau dengan pertemuan dalam talian atau bersemuka).

Kami kemudiannya membandingkan keputusan dan meringkaskan bukti daripada semua kajian. Akhirnya, kami menilai keyakinan bukti, berdasarkan faktor seperti kaedah dan ukuran kajian, dan ketekalan penemuan merentasi kajian-kajian.

Apakah yang telah kami jumpai?

Kami menemui lima kajian yang melibatkan sejumlah 16,257 pengguna perkhidmatan kesihatan dan lebih daripada 469 penyedia perkhidmatan kesihatan. Tiga kajian dilakukan di negara berpendapatan tinggi dan masing-masing di negara berpendapatan sederhana dan rendah.

Kajian-kajian tersebut membandingkan:

- bekerjasama menentang amalan biasa tanpa kerjasama perkongsian (2 kajian); dan

- bekerja dalam perkongsian sebahagian daripada strategi yang lebih luas untuk mempromosikan perkhidmatan kesihatan yang berteraskan kepada orang, mberbanding strategi yang lebih luas yang sama tanpa kerjasama perkongsian (3 kajian).

Tidak ada kajian yang menilai satu bentuk kerjasama berbanding yang lain.

Apakah hasil utama ulasan kami?

Kajian-kajian tersebut memberikan bukti yang tidak mencukupi untuk menentukan sama ada kerjasama mempunyai kesan berbanding dengan amalan biasa atau strategi yang lebih luas tanpa bekerja sama.

Tidak ada kajian diselidik:

- memberi kesan sejauh mana perubahan terhadap perkhidmatan kesihatan mencerminkan keutamaan pengguna perkhidmatan, atau

- sumber yang diperlukan untuk membuat atau bertindak berdasarkan keputusan tentang perkhidmatan kesihatan.

Beberapa kajian diselidik:

- kesan terhadap perubahan perkhidmatan kesihatan;

- penilaian pengguna terhadap perkhidmatan kesihatan;

- penggunaan perkhidmatan kesihatan; dan

- kejadian buruk.

Beberapa kajian yang mengkaji hasil ini sama ada tidak melaporkan maklumat yang berguna atau menghasilkan penemuan di mana kami kurang yakin. Kajian-kajian ini kecil, menggunakan kaedah yang cenderung untuk memperkenalkan kesalahan dalam hasilnya dan fokus pada pengaturan atau populasi tertentu. Hasilnya tidak mungkin menggambarkan hasil daripada semua kajian yang telah dilakukan di kawasan ini, beberapa antaranya belum membuat keputusan mereka secara terbuka.

Apakah maksudnya?

Tidak ada bukti yang cukup untuk menentukan kesan pengguna dan penyedia perkhidmatan yang bekerjasama dalam merancang, menyampaikan atau menilai perkhidmatan kesihatan.

Ulasan ini menyoroti keperluan untuk kajian yang dirancang dengan baik dengan fokus yang jelas untuk menilai kesan perkongsian untuk mempromosikan penjagaan berpusatkan orang dalam perkhidmatan kesihatan. Bidang penyelidikan ini juga boleh mendapat manfaat daripada kajian yang menyelidiki mengapa perkongsian tertentu antara pengguna dan pengamal perubatan mungkin lebih berjaya daripada yang lain, dan sintesis bukti kualitatif yang menyertakan aspek ini akan datang.

Adakah ulasan ini mutakhir?

Bukti dalam Ulasan Cochrane ini adalah terkini hingga April 2019.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Muhammad Amirul Iman bin Ahmad Rizal. Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information