Adakah perkhidmatan yang diberikan oleh ahli farmasi dapat meningkatkan tahap kesihatan pesakit?

Apakah matlamat ulasan ini?

Untuk menguji sama ada perkhidmatan yang disediakan oleh ahli farmasi dapat meningkatkan tahap kesihatan pesakit. Kami mengenalpasti 116 kajian untuk menjawab soalan ini.

Mesej-mesej utama

Beberapa perkhidmatan yang disediakan oleh ahli farmasi boleh memberi kesan positif kepada kesihatan pesakit, termasuk pengurusan tekanan darah dan fungsi fizikal yang lebih baik. Perkhidmatan ahli farmasi tidak mengurangkan kunjungan atau kemasukan ke hospital. Perkhidmatan yang diberikan oleh ahli farmasi menghasilkan kesan yang sama terhadap kesihatan pesakit berbanding dengan perkhidmatan yang disediakan oleh profesional penjagaan kesihatan yang lain.

Apa yang dikaji dalam ulasan ini?

Ahli farmasi memberikan pelbagai perkhidmatan kepada pesakit. Kita perlu tahu perkhidmatan ahli farmasi mana yang berkesan dalam membantu pesakit memperbaiki kesihatan mereka. Ulasan ini termasuk kajian tentang perkhidmatan ahli farmasi untuk pelbagai keadaan termasuk tekanan darah tinggi dan diabetes. Ulasan ini mengukur kesan perkhidmatan-perkhidmatan ini ke atas manfaat (peningkatan hasil kesihatan) serta kemudaratan (kemasukan hospital yang tidak dirancangkan, kesan buruk ubat).

Apakah keputusan-keputusan utama ulasan?

Kami menemui 116 kajian yang berkaitan yang melibatkan 41,851 peserta. Kajian dijalankan di 25 buah negara dengan Amerika Syarikat, UK, Kanada dan Australia menyumbang kebanyakan kajian. Banyak yang dilakukan di farmasi komuniti (kedai ahli kimia) dan klinik pesakit luar hospital. Kajian-kajian membandingkan perkhidmatan yang diberikan oleh ahli farmasi dengan penjagaan biasa atau penjagaan yang diberikan oleh profesional kesihatan lain. Kajian-kajian ini secara keseluruhannya berkualiti tinggi, walaupun ada yang mempunyai masalah kerana mereka tidak memasukkan semua maklumat yang berkaitan yang diperlukan untuk menilai kualiti.

Dari 111 kajian yang membandingkan perkhidmatan ahli farmasi dengan penjagaan biasa, 47 kajian melaporkan hasil yang paling penting. Berbanding dengan penjagaan biasa, perkhidmatan ahli farmasi dapat mengurangkan peratusan pesakit yang mana tekanan darahnya berada di luar jangkauan sasaran. Tidak dapat dipastikan sama ada perkhidmatan yang diberikan oleh ahli farmasi mengurangkan jumlah pesakit dengan kadar hemoglobin bergelombang di luar jangkauan sasaran, kerana kepastian bukti adalah sangat rendah. Perkhidmatan ahli farmasi boleh menyebabkan sedikit atau tiada perbezaan dalam kehadiran atau kemasukan ke hospital atau kesan buruk ubat atau kepada kadar kematian. Perkhidmatan ahli farmasi mungkin sedikit meningkatkan fungsi fizikal.

Kami mendapati tiada kajian yang membandingkan perkhidmatan yang disampaikan oleh ahli farmasi dengan profesional penjagaan kesihatan lain yang menilai kesan intervensi pada enam langkah hasil utama.

Adakah ulasan ini terkini?

Kami mencari kajian yang telah diterbitkan sehingga Mac 2015. Kami menjalankan carian terunggul pada bulan Januari 2018 dan telah menambah kajian berpotensi yang layak untuk 'Kajian yang sedang menunggu klasifikasi'.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (Hospital Serdang). Disunting Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi wong.chunhoong@hotmail.com.

Tools
Information