Membiayai Hospital Berdasarkan Prestasi (Pembayaran insentif atau memberikan penalti untuk menggalakkan hospital meningkatkan kualiti penjagaan pesakit )

Apakah matlamat ulasan ini?

Tujuan ulasan Cochrane ini dibuat untuk mengkaji keberkesanan pelaksanaan kaedah ‘Membiayai Hospital berdasarkan prestasi’ dalam meningkatkan kualiti penjagaan pesakit, penggunaan sumber dan ekuiti. Ini dimaksudkan dengan memberikan insentif kewangan untuk mencapai target atau mengenakan denda jika mereka gagal untuk mencapai matlamat- matlamat yang ditetapkan. Kajian ini tidak terhad kepada satu masalah kesihatan tertentu sahaja. Penyelidik-penyelidik Cochrane telah mengumpul dan menganalisa kesemua kajian yang berkaitan untuk menjawab soalan ini.

Mesej-mesej Utama

Pembiayaian berdasarkan prestasi hospital dapat memberikan hasil yang lebih baik kepada pesakit (angka kematian, kesan-kesan sampingan secara klinikal) sama ada sangat sedikit kesannya ataupun tidak sama sekali. Memberikan ganjaran kepada hospital dengan bayaran tambahan hanya memberikan impak yang kecil dan kesan kebaikan hanya untuk jangka pendek serta tidak mampan. Menghukum hospital dengan tidak memberikan pembiayaian disebabakan gagal untuk mencapai target prestasi dilihat lebih efektif berbanding dengan memberikan ganjaran tambahan dalam bentuk kewangan. Selain itu, pembayaran untuk mencapai kualiti yang ditetapkan ( seperti menetapkan bilangan kematian di bawah sesuatu tahap) dilihat lebih efektif berbanding pembayaran untuk peningkatan kualiti ( seperti mengurangkan jumlah kematian kepada sesuatu kadar dalam masa setahun). Menentukan sama ada pembiayaian berdasarkan prestasi dapat meningkatkan hasil kepada pesakit adalah mustahil untuk dipastikan oleh kerana tahap kepastian bukti yang ada sangat rendah. Selain itu, kesan pembiayaian berdasarkan prestasi terhadap ekuiti adalah tidak jelas.

Apakah yang dikaji dalam ulasan ini?

Kaedah pembayaran untuk penebusan bayaran rawatan yang diberikan di hospital boleh memberikan kesan kepada hasil rawatan kepada pesakit, kualiti penjagaan, ekuiti, utilisasi, hasil kepada penyedia penjagaan kesihatan (beban kerja) dan kesan-kesan sampingan. Para penyelidik Cochrane menilai kesan kaedah pembiaian berasaskan prestasi (sebagai contoh jangkitan yang diperoleh di hospital) dan seterusnya bertujuan untuk merangsang peningkatan prestasi hospital.

Keputusan utama

Penulis kajian mendapati terdapat 27 kajian yang berkaitan yang boleh dibandingkan dengan enam program P4P yang berbeza. Dua puluh empat dari Amerika Syarikat, dua dari UK dan satu dari Perancis. Semua kajian-kajian ini membandingkan antara pembayaran berdasarkan prestasi (melalui pemberian ganjaran atau penalti atau kedua-duanya) dengan tiada bayaran insentif berdasarkan prestasi, sebagai contoh skim pembayaran asas tanpa memberi insentif kepada kualiti penjagaan pesakit. Kajian ini dibiayai sama ada oleh agensi kerajaan atau tidak menerima sebarang pembiayaan.

Tiada penambahbaikan terhadap hasil kepada pesakit (jumlah kematian, kesan buruk klinikal) atau penambahbaikan yang terhasil sangat sedikit. Seterusnya, kami tidak pasti sama ada P4P mempunyai kesan yang positif terhadap hasil kepada pesakit Ini kerana kepastian tentang bukti yang ada sangat rendah. Terdapat sedikit penambahbaikan yang lebih besar dalam kualiti penjagaan. Tiada pembayaran (‘kayu’) dilihat sedikit lebih berkesan daripada bayaran insentif tambahan (‘Lobak’). Impak daripada idea Pembayaran untuk Prestasi terhdap ekuiti adalah tidak jelas. Kami tidak mempunyai data berkaitan utilisasi(penggunaan sumber), hasil daripada penyedia penjagaan kesihatan (kualiti penjagaan pesakit) dan kesan buruk yang timbul.

Semua kajian-kajian ini hanya dilakukakan di negara-negara berpendapatan tinggi (USA, UK, Perancis). Oleh kerana sistem kesihatan yang berbeza dan kerumitan program Pembiaian Berdasarkan Prestasi, kebolehgunaan hasil kajian kami untuk negara-negara lain adalah terhad.

Kajian pada masa kan datang perlu meletakkan fokus yang lebih terhadap ciri-ciri yang boleh mengubah suai kesan P4P. Secara khususnya, penilaiain perlu dibuat berkaitan ciri-ciri P4P dengan konteks/tetapan (cth. insentif yang lebih besar untuk hospital yang mempunyai kedudukan kewangan yang tidak kukuh).

Sejauh manakah ulasan ini dikemaskinikan?

Kami telah mencari kajian-kajian yang diterbitkan sehingga tarikh 27 Jun 2018.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Muhammad Zaki Hilmi Bin Zainal Abidin (Kementerian Kesihatan Malaysia). DIsunting oleh Mohd. Shaharudin Shah Che Hamzah (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information
Share/Save