Pengoksigenan membran ekstrakorporeum (di luar badan) (ECMO) untuk pesakit dewasa kritikal.

Terjemahan ini tidak dikemas kini. Sila klik di sini untuk melihat versi Bahasa Inggeris terbaru Ulasan.

Soalan ulasan: Kesan ECMO terhadap survival pesakit dewasa kritikal.

Latar belakang: Pengoksigenan membran ekstrakorporeum adalah satu bentuk bantuan hayat yang mensasarkan jantung dan paru-paru. Bagi pesakit kegagalan paru-paru serius, ECMO memberi pertukaran ekstrakorporeum. Mereka dengan kegagalan jantung yang teruk atau jantung terhenti, ECMO (resusitasi kardiopulmonari ekstrakorporeum (ECPR)) memberi pertukaran gas dan pengedaran darah sistemik. Penggunaan ECMO dikaitkan dengan beberapa risiko (misalnya perdarahan dan pembentukan klot)

Ciri-ciri kajian: Kami menemui empat kajian yang merawak 389 pesakit untuk menerima ECMO berbanding bantuan paru-paru konvensional. Semua kajian melibatkan pesakit dengan kegagalan paru-paru akut. Kami tidak mendapati kajian lengkap dalam kalangan pesakit dengan kegagalan jantung akut atau jantung terhenti. Kami dapati satu kajian yang sedang berlansung dalam kalangan pesakit kegagalan paru-paru akut dan dua kajian dalam kalangan pesakit jantung akut (jantung terhenti). Bukti adalah terkini sehingga Ogos 2014.

Keputusan-keputusan utama: Perbezaan klinikal di dalam penjagaan pesakit dengan kegagalan paru-paru akut menghalang kami menggabungkan keputusan kajian-kajian individu. Kajian-kajian individu melaporkan tiada perbezaan di dalam kematian semua sebab pada atau sebelum 6 bulan dalam kalangan pesakit yang menerima ECMO berbanding pesakit yang tidak menerimanya. Satu kajian mendapati survival adalah rendah di dalam kedua-dua kumpulan, dan tiada pesakit mengalami pembatasan dalam aktiviti harian enam bulan selepas discaj. Satu kajian mendapati penambahbaikan survival tanpa kecacatan teruk dalam kalangan pesakit selepas enam bulan rujukan ke pusat ECMO untuk ECMO dipertimbangkan. Di dalam 3 kajian, pesakit dalam kumpulan ECMO menerima lebih bilangan tranfusi darah. Satu kajian mendapati lebih perdarahan bukan otak di dalam kumpulan ECMO, dan satu kajian lagi melaporkan dua kejadian buruk serius dalam kumplulan ECMO. Satu lagi kajian melaporkan tiga kejadian buruk di dalam kumpulan ECMO

Kualiti bukti: Amalan klinikal, perancangan kajian dan cara penggunaan ECMO agak berbeza dalam kajian-kajian. Perkembangan teknologi (litar, pam dan paru-paru mekanikal) telah memperbaiki prestasi dan keselamatan pesakit dengan aplikasi ECMO. Perbezaan klinikal di dalam penjagaan pesakit dengan kegagalan paru-paru akut menghalang kami untuk menggabungkan keputusan kajian-kajian individu. Dalam kalangan dewasa kritikal, ECMO mungkin atau tidak berkesan memperbaiki survival berbanding bantuan paru-paru konvensional. Keputusan kajian-kajian yang sedang berlansung akan membantu kami memahami peranan ECMO dan ECPR di dalam rawatan pesakit-pesakit kegagalan paru-paru dan jantung.

Nota terjemahan: 

Diterjemah oleh Muhammad Zaki Hilmi Bin Zainal Abidin (Kementerian Kesihatan Malaysia). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi muhammadzakihilmi@gmail.com