Teleperubatan untuk sokongan ibu bapa bagi bayi baru lahir berisiko tinggi

Teleperubatan menggunakan teknologi maklumat agar doktor atau jururawat boleh berkomunikasi dengan pesakit apabila mereka tidak berada di ruangan yang sama. Ibu bapa bayi yang sakit yang dirawat di unit rawatan rapi neonatal memerlukan banyak sokongan apabila anak mereka sakit dan apabila mereka membawa bayi pulang. Teleperubatan mungkin dapat membantu doktor dan jururawat meningkatkan sokongan kepada ibu bapa. Ulasan ini mengenal pasti satu kajian yang menunjukkan bahawa teleperubatan tidak mengubah tempoh bayi ini tinggal di hospital. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa ketidaktepatan data dalam kajian ini yang menjadikannya sukar untuk membuat cadangan yang kukuh berkaitan teleperubatan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Muhammad Faiz Mohd Adenan (University of New South Wales, Sydney). Disunting oleh Norhayati Mohd Noor (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information