Pengguguran selepas tiga bulan pertama boleh dijalankan melalui kaedah pembedahan atau perubatan.Ulasan ini bertujuan untuk menilai kaedah mana yang lebih baik.

Kami mencari kajian-kajian yang membandingkan sebarang kaedah pembedahan dengan ubat-ubatan yang digunakan untuk pengguguran dalam fasa kehamilan ini menggunakan komputer untuk mencari kajian yang diterbitkan dalam talian. Kami juga menulis kepada para pengkaji dan mencari kajian di dalam buku dan artikel untuk mendapatkan maklumat yang lebih banyak.

Kami menemukan dua kajian. Kajian yang pertama membandingkan antara pendilatan dan evakuasi dengan penyuntikan ubat ke dalam rahim. Kajian yang kedua pula membandingkan pendilatan dan evakuasi dengan ubat-ubat yang diambil melalui mulut atau dimasukkan ke dalam faraj.

Pembedahan pendilatan dan evakuasi lebih baik daripada penyuntikan ubat ke dalam rahim. Ubat-ubat yang diambil melalui mulut dan dimasukkan ke dalam faraj berkesan dan tahap penerimaan yang sama dengan dengan D&E, tetapi lebih menyakitkan dan lebih banyak kesan sampingan. Lebih banyak kajian dengan menggunakan ubat-ubat moden bagi pengguguran selepas tiga bulan mengandung diperlukan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Tan Wing (Melaka Manipal Medical College). Disunting oleh Rosnani Zakaria (Universiiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi jame5wtan93@gmail.com

Tools
Information
Share/Save