Rehabilitasi pulmonari untuk orrang yang telah berada di hospital dengan eksaserbasi penyakit pulmonari obstruktif kronik

Soalan Ulasan: Penyelidik ingin membandingkan kesan rehabilitasi paru-paru selepas eksaserbasi penyakit paru-paru obstruktif kronik (COPD) pada kemasukan semula ke hospital dan hasil pesakit lain yang penting seperti kualiti hidup berbanding penjagaan selepas eksaserbasi yang biasa.

Ciri-ciri kajian: Penyelidik menyertakan 20 kajian yang melibatkan 1477 peserta dengan COPD. Program rehabilitasi bermula di hospital dalam beberapa kajian dan selepas dibenarkan keluar dari hospital pada orang lain. Program-program ini menunjukkan kepelbagaian yang besar dari segi latihan senaman (seperti bilangan sesi senaman yang lengkap, jenis dan intensiti latihan senaman), pendidikan pesakit (tiada program pengurusan diri yang luas) dan caraprogram diatur (dalam satu tetapan, seperti rehabilitasi paru-paru, untuk merentasi beberapa situasi, seperti hospital, pusat pesakit luar dan rumah).

Keputusan utama : Kualiti hidup dan keupayaan senaman bertambah baik dengan rehabilitasi, dan kesannya jauh lebih besar daripada perbezaan penting yang minimum. Keputusan untuk kemasukan semula ke hospital dan kematian adalah pelbagai, dengan beberapa kajian menunjukkan bahawa rehabilitasi paru-paru mengurangkan kemasukan ke hospital dan kematian berbanding dengan penjagaan masyarakat yang biasa (tiada pemulihan), dan kajian-kajian lain tidak menunjukkan kesan sedemikian.

Kualiti bukti: Ketidakpastian tentang sebab untuk perbezaan di antara kajian dari segi kemasukan semula ke hospital dan mortaliti menyebabkan penurunan kualiti bukti (bukti berkualiti sederhana untuk pengurangan dalam kemasukan semula ke hospital dan bukti berkualiti rendah untuk pengurangan kematian). Kualiti bukti adalah tinggi untuk kualiti hidup dan keupayaan senaman.

Kesimpulan: Rehabilitasi paru-paru meningkatkan kualiti hidup dan keupayaan senaman dan merupakan intervensi yang selamat untuk pesakit dengan COPD setelah mengalami eksaserbasi. Walau bagaimanapun, punca kesan yang merata terhadap kemasukan semula ke hospital dan mortaliti tidak jelas sepenuhnya. Kajian masa depan harus meneroka sama ada sejauh mana program rehabilitasi dan organisasi program tersebut dalam sistem penjagaan kesihatan tertentu (seperti dalam situasi rehabilitasi vs termasuk dalam penjagaan berterusan dari hospital ke rumah untuk penjagaan pesakit luar) menentukan kesan rehabilitasi selepas eksaserbasi COPD.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi wong.chunhoong@hotmail.com

Tools
Information