Rehabilitasi anggota buatan bagi orang tua dengan kaki dipotong pada atau di atas lutut oleh sebab masalah peredaran darah

Latar belakang

Masalah dengan peredaran darah yang tidak mencukupi di kaki (dysvascularity), terutamanya pada orang yang berumur lebih daripada 60 tahun, boleh menjadi sangat teruk sehingga mereka memerlukan amputasi kaki. Ini mungkin berlaku setinggi pada atau di atas lutut. Keadaan perubatan yang disertakan dengan masalah tersebut (comorbidities) seperti diabetes dan kardiovaskular atau penyakit jantung boleh menjejaskan pemulihan seseorang. Apabila anggota kaki tiruan (prosthesis) di atas atau lutut dipasang, sukar bagi seseorang untuk mendapatkan semula mobiliti dan fungsi, dan sesetengah orang memilih untuk menggunakan kerusi roda. Motivasi, keselesaan, penampilan kosmetik, kefungsian, kebolehpercayaan, kemudahan penggunaan, mobiliti yang terdahulu, dan tenaga tambahan yang diperlukan untuk menggunakan kaki tiruan ialah semua faktor penting yang boleh menjejaskan kemerdekaan seseorang dan penggunaan prostesis. Ketakutan kejatuhan, jumlah kejatuhan, keadaan sosial, dan bantuan dan sokongan daripada orang lain juga memainkan peranan yang sangat penting. Penulis kajian mencari ujian yang membandingkan pelbagai jenis pemulihan yang boleh memberikan manfaat kepada mobiliti atau fungsi kepada orang yang lebih tua menggunakan anggota kaki buatan.

Ciri-ciri kajian dan keputusan utama

Penyelidik mendapati bahawa hanya satu percubaan terkawal yang mempunyai kualiti metodologi yang sederhana (carian terbaru, 14 Jun 2018). Percubaan ini mempunyai reka bentuk rentas, dan setiap 10 peserta mempunyai tiga berat prostetik yang seolah-olah sama seperti yang ditambahkan pada prostesis di bawah lutut dalam susunan secara rawak. Semua anggota kaki buatan ialah prostesis yang bergaya modular. Para peserta - sembilan orang lelaki dan seorang wanita - berusia lebih daripada 50 tahun, dan lapan berusia lebih daripada 60 tahun. Selama beberapa jam percubaan, empat peserta lebih suka akan berat yang ringan (150 g), lima memilih berat yang sederhana (770 g), dan satu lebih suka akan berat yang paling berat (1625 g). Tujuh daripada 10 orang berjaya menduduki tangga teratas dari yang paling ringan hingga yang paling berat. Berat tidak mengubah kelajuan berjalan kaki seseorang peserta dalam ujian berjalan dua minit. Kajian penulis melaporkan bahawa tiada ada kesan buruk.

Kualiti bukti dan kesimpulan

Kemasukan hanya satu percubaan dengan sebilangan kecil peserta, pendedahan pendek kepada berat yang berlainan dalam penentuan makmal, dan hakikat bahawa terdapat perbezaan berat antara orang dan prostesis mereka telah membatasi penggunaan penemuan ini. Keterangan yang terhad termasuk dalam kajian ini adalah berkualiti sangat rendah dan tidak mencukupi untuk memaklumkan pilihan pemulihan prostetik, termasuk berat prostesis yang optimum, selepas pemotongan transfemoral secara unilateral pada orang-orang dysvascular yang lebih tua.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Zi Yan Chiah (RCSI & UCD Malaysia Campus). Disunting oleh Teh Keng Hwang (Kolej Universiti Insaniah). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi (Chris_ZY@live.com)

Tools
Information