Penggantian atau penambahan fluoroquinolone kepada regimen ubatan anti-tuberkulosis barisan pertama yang telah ditetapkan tidak memberikan sebarang manfaat atau risiko tambahan.

Batuk kering (TB) adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis. Lebih dua bilion orang di seluruh dunia dipercayai dijangkiti TB terpendam dan kira-kira 10% daripada orang-orang ini akan mengalami TB aktif pada kemudian hari dalam kehidupan. Pertubuhan Kesihatan Sedunia kini hanya mengesyorkan rawatan dengan fluoroquinolone untuk pesakit-pesakit yang tidak boleh mengambil ubat-ubatan barisan pertama yang piawai. Dalam ulasan ini, kami memeriksa kesan memasukkan fluoroquinolone sebagai rawatan barisan pertama pada orang dengan TB yang dianggap sensitif kepada ubatan.

Kami memeriksa penyelidikan yang diterbitkan sehingga 6 Mac 2013 dan kami mengenal pasti lima ujian terkawal rawak (1330 orang) yang memenuhi kriteria pemilihan kajian. Kajian telah dijalankan di negara berpendapatan rendah dan sederhana yang terletak di kawasan geografi yang pelbagai tetapi terdapat kekurangan kajian yang dijalankan di Asia. Kami mendapati tiada kajian yang mengkaji kesan memasukkan fluoroquinolone dalam regimen rawatan enam bulan TB standard ke atas kegagalan rawatan. Kita tidak tahu sama ada menambah atau menggantikan fluoroquinolone untuk ethambutol dalam regimen rawatan enam bulan TB standard dapat mengurangkan kegagalan rawatan, berulangnya penyakit, kematian, atau peristiwa buruk. Menggantikan fluoroquinolone untuk isoniazid dalam regimen rawatan enam bulan TB standard mungkin mempunyai perbezaan yang sedikit atau tiada ke atas kematian dan peristiwa-peristiwa buruk. Pada masa ini, terdapat sembilan kajian terkawal rawak yang sedang berterusan.

Peserta yang HIV-positif diwakili dengan baik dalam kajian yang termasuk, akan tetapi, tiada kajian tesebut berstratakan hasil mengikut status HIV. Selain itu, hasil utama semua kajian yang dimasukkan tercapai sebelum permulaan rawatan antiretroviral. Bukti adalah secara amnya kekurangan mengenai keselamatan dan keberkesanan penambahan atau penggantian fluoroquinolone dalam kanak-kanak (< 18 tahun) dan wanita hamil dan sedang menyusukan anak.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Khaw Loke Tim (International Medical University). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan sila hubungi loketimkhaw@imu.edu.my. Disunting oleh Tan May Loong (RCSI & UCD Malaysia Campus).

Tools
Information