Intervensi untuk sindrom nefrotik idiopatik yang tahan steroid pada kanak-kanak

Apakah isunya?

Sindrom nefrotik ialah satu keadaan di mana buah pinggang membocorkan protein dari darah ke dalam air kencing. Kortikosteroid digunakan pada mulanya untuk mencapai remisi. Agen-agen lain seperti inhibitor calcineurin (cyclosporin, tacrolimus) atau perencat enzim penukar angiotensin diperlukan untuk kanak-kanak yang tidak bertindak balas terhadap kortikosteroid dalam episod pertama sindrom nefrotik (rintangan awal) atau membangunkan rintangan steroid selepas satu atau lebih tindak balas terhadap kortikosteroid (rintangan tertangguh).

Apa yang pengulas lakukan?

Kami mencuba Senarai Khas Cochrane Buah Pinggang dan Pemindahan (sehingga 17 September 2019). Kajian terkawal secara rawak dimasukkan jika mereka membandingkan agen imunosupresif yang berbeza atau agen bukan imunosupresif dengan plasebo, prednisone atau agen lain pada kanak-kanak dengan sindrom nefrotik tahan steroid. Kajian rawatan baru dimasukkan kerana ini termasuk kanak-kanak dan orang dewasa.

Apakah yang pengulas temui?

Ulasan ini mendapati bahawa cyclosporin berbanding dengan plasebo, tiada rawatan atau prednisone boleh meningkatkan jumlah peserta, di mana protein air kencing hilang (remisi lengkap) atau dikurangkan secara ketara (remisi separa). Perencat calcineurin (cyclosporin, tacrolimus) juga boleh meningkatkan jumlah anak-anak, yang mencapai remisi lengkap atau separa berbanding dengan cyclophosphamide intravena. Mungkin ada sedikit atau tidak ada manfaat agen imunosupresif lain yang dikaji setakat ini. Perencat enzim penukar angiotensin dapat mengurangkan jumlah protein dalam air kencing.

Kesimpulan

Perencat Calcineurin boleh meningkatkan kemungkinan remisi lengkap atau separa berbanding plasebo / tiada rawatan atau cyclophosphamide. Walau bagaimanapun, kepastian bukti adalah rendah kerana kajiannya kecil. Ia tetap tidak menentu sama ada intervensi lain boleh mengubah hasil disebabkan oleh beberapa kajian kecil. Kajian terkawal secara rawak yang lebih besar dan direka dengan baik diperlukan untuk menilai kombinasi rawatan lain untuk kanak-kanak dengan sindrom nefrotik tahan steroid.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (Klinik Kesihatan Bandar Tun Hussein Onn). Disunting oleh Dr Teh Keng Hwang- (UniSHAMS). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information
Share/Save